Bagaimana hendak mendapatkan kediaman yang cekap tenaga?

4:47:00 PM Sally Samsaiman 1 Comments

Tenaga elektrik...antara tenaga yang terpenting yang kita gunakan..Hampir setiap kediaman di Malaysia ini menggunakan tenaga elektrik untuk melaksanakan pelbagai aktiviti harian dan bagi menghidupkan peralatan elektrik yang memudahkan kebanyakan tugas seperti penyedut hampagas, mesin basuh dan juga cerek air.

Setiap isi rumah akan menyumbang kepada penambahan beban penggunaan tenaga elektrik, oleh itu, pemahaman dan kaedah menjimatkan tenaga adalah aspek yang sangat penting yang perlu diketahui dan diambil berat oleh semua penduduk di negara ini.
Kredit : http://peyshin-93.blogspot.com/
Selain daripada air, elektrik adalah keperluan asas yang menjadi nadi kehidupan manusia. Jika salah satu tiada ataupun tergendala seperti catuan air yang dialami sekarang ataupun terputus bekalan elektrik...banyak masalah yang akan timbul dan ini makin membimbangkan apabila bahan api fosil yang digunakan untuk menjana elektrik semakin berkurang.

Seperti yang dah sedia maklum, kenaikkan harga pada bahan api atau bahan mentah akan menyebabkan kenaikkan harga untuk membekalkan keperluan ini dan yang paling penting keperluan asas ini bukan percuma malah untuk menggunakannya kita perlu dibayar kepada pihak utiliti yang membekalkan kepada pengguna. Ini bermakna sejumlah wang perlu diperuntukkan setiap bulan untuk membiayai keperluan ini walaupun kerajaan memberi subsidi seperti rakyat tidak perlu membayar bil elektrik yang penggunaannya kurang daripada RM20 atau 300 Kilowatt Sejam (kWj).

Namun, masih ramai yang mengeluh kerana mereka tidak tahu bagaimana hendak menggunakan tenaga dengan cekap bagi membantu mereka mengurangkan bil utiliti bulanan mereka. Jadi, hari ini mari kita lihat apakah langkah yang boleh kita lakukan untuk menjadi pengguna yang bijak.

  • Sebagai pengguna, kita perlu memastikan pemasangan dan peralatan elektrik di kediaman adalah betul dan sesuai mengikut standard yang diperakui oleh agensi yang berkaitan seperti SIRIM dan Suruhanjaya Tenaga.
  • Gunakan mentol jimat elektrik. (Sila rujuk gambar)
Credits :
Kredit : https://groups.yahoo.com
  • Elakkan membuat sebarang penyambungan elektrik tanpa kebenaran kerana ini akan membuatkan kediaman terdedah kepada litar pintas.
  • Kita juga boleh mengaplikasikan pemasangan berpusat yang berfungsi untuk mengawal dan mengatur penggunaan elektrik jika tidak digunakan. Ini membantu  elektrik dimatikan dengan serentak contohnya seperti yang banyak digunakan di bilik hotel. Kalau perasan, selalunya elektrik disebuah bilik hotel hanya boleh diaktifkan menggunakan sekeping kad dan apabila tiada penghuni di ruang berkenaan, tiada peralatan elektrik akan menyala kerana seluruh punca elektrik dimatikan secara automatik.
  • Kita juga perlu bijak menggunakan peralatan elektrik. Kini banyak peralatan di pasaran yang dilabelkan sebagai menjimatkan tenaga. Cari barangan yang ada label kecekapan tenaga.
  • Kita juga boleh cuba sumber tenaga alternatif seperti tenaga solar kerana tenaga ini lebih mudah dan sumbernya tidak akan pernah habis kerana matahari akan sentiasa ada.
Sebenarnya, banyak cara yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan kediaman yang cekap tenaga..Disamping mengurangkan bil utiliti setiap bulan, kita juga dapat membantu mengurangkan pencemaran. Janakan penggunaan tenaga dengan bijak, implikasikan tenaga alternatif untuk kemudahan di masa hadapan.
Lebih mesra alam, lebih bagus!

You Might Also Like

1 comment:

  1. waahhh baru tahuu. lampu mcm tu banyak makan punyerr

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!