Menangani kecekapan tenaga elektrik di rumah atau di pejabat.

Apakah yang dimaksudkan dengan kecekapan tenaga? Apa yang korang tau pasal kecekapan tenaga? Kecekapan tenaga ini ialah bila kita menggunakan tenaga elektrik seminima yang mungkin dalam kehidupan harian kita tapi kita dapat berjimat tanpa perlu jejeskan tahap keselesaan hidup.

Boleh beza tak..? Kita guna alatan elektrik yang sama, tapi at the same time kita dapat jimatkan penggunaan elektrik kita. Hah! Sape nak tau? Sape nak tau..? ihikkss…Jimatkan penggunaan elektrik dapat membantu mengurangkan perbelanjaan bulanan bil utiliti kita…suka tak..?

Sebelum korang bising-bising kenapa nak kena gunakan tenaga elektrik dengan minima dan cekap, meh sally nak bg tau antara sebab kenapa kita kena menggunakan tenaga elektrik dengan cekap. Seperti yang korang tau, di Malaysia kita menggunakan bahan api fosil sebagai contoh arang batu untuk menjana kuasa. Malaysia juga terpaksa mengimport bahan api ini dari luar yang semakin lama bekalannya makin susut dan ini membuatkan kos untuk memiliki bahan api ini makin meningkat.



Bahan api fosil yang dibakar untuk menjana tenaga ini juga akan menghasilkan gas-gas yang merbahaya dan untuk memelihara kesihatan dan jua alam sekitar untuk generasi masa hadapan, kita harus kurangkan pembakaran bahan api fosil. Sihat, jimat..apa lagi yang kita nak kan..? Apabila kita mengurangkan bil bahan api atau elektrik, kita sebenarnya telah memainkan peranan untuk membantu memelihara bumi.

Penggunaan elektrik dirumah ataupun di pejabat sangat bergantung kepada saiz populasi didalam sesebuah kawasan tersebut..berapa ramai yang menggunakan, peralatan apa yang digunakan serta cara bagaimana peralatan itu digunakan. Bil elektrik secara amnya akan meningkat mengikut peredaran masa sebagai contoh, penambahan peralatan elektrik dan sebagainya.

So, macam mana cara kita nak gunakan peralatan ni dengan cekap..? Macam mana kita nak kenal dengan barangan elektrik yang cekap tenaga?



Gambar atas ni adalah contoh label tenaga yang di gunakan di Malaysia...Label kecekapan tenaga dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga kepada pengilang alat elektrik untuk dan mempromosikan alat eletrik cekap tenaga dalam pasaran. Pengilang perlu mematuhi piawaian dan syarat ujian prestasi tenaga yang diwujudkan oleh Suruhanjaya Tenaga untuk kadaran bintang ini sebelum kelulusan diberikan untuk setiap model yang di keluarkan.

Label kecekapan tenaga ini memberi maklumat kepada pengguna tentang penggunaan tenaga bagi setiap peralatan elektrik. Label kadaran tenaga label menunjukkan anggaran penggunaan tenaga bagi setiap peralatan elektrik berdasarkan sistem kadaran kecekapan tenaga. Kadaran 1-5 ditunjukkan dalam label bermakna (1) adalah yang paling kurang cekap dan (5) adalah yang paling cekap.

Label ini mengandungi anggaran jumlah penggunaan tenaga tahunan dalam kilowatt-jam bagi setiap alat elektrik, berdasarkan keputusan ujian makmal yang diiktiraf. Maklumat yang disediakan akan membantu pengguna untuk memilih model yang paling cekap tenaga semasa membuat pembelian peralatan elektrik. Penggunaan peralatan elektrik 5-Bintang akan mengurangkan penggunaan elektrik dan bil elektrik di rumah.

Antara alat eletrik yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga bagi Kadaran Bintang Kecekapan Tenaga ialah peti sejuk, penyaman udara, televisyen dan kipas yang digunakan di rumah dan juga dipejabat. Sebagai pengguna, kita seharusnya bijak berfikir dan pandai membuat pilihan tentang alatan yang kita ingin beli.


 
Hakikatnya, peralatan elektrik yang cekap tenaga ni memang agak mahal sebenarnya kalau kita nak beli tapi dia sebenarnya sangat menjimatkan dan mungkin jugak meningkatkan tempoh penggunaannya atau jangka hayat dia. Dalam kata mudahnya, benda yang elok ada harganya. Jadilah pengguna bijak!

Post a Comment

0 Comments