Kalau Disney Frozen jadi drama Korea..?

12:30:00 PM Sally Samsaiman 22 Comments


Bagi mereka yang suka tengok cite Korea atau dalam erti kata lain gila tengok cite Korea, kadang-kadang tu kita takkan terlepas daripada membayangkan cerita-cerita yang ada kat dunia ni kalau dijadikan versi Korea kan...Lagi-lagi sekarang ni ramai artis Korea yang cover lagu tema cerita Frozen, "Let It Go" .. Jom kita tengok antara artis Korea yang hampir sama dengan watak dalam cerita tu..

Elsa = Sooyoung

Watak Elsa ni agak susah sikit sebab dia bukan je kena pandai menyanyikan lagu tema "Let It Go," tapi dia jugak kena pandai memainkan [eranan dan emosi dalam pelbagai gaya...Sooyoung daripada SNSD sangat sesuai untuk menjiwai watak ni... macam masa dia berlakon dalam drama Dating Agency: Cyrano.

Anna = Jung Eun Ji

Jung Eun Ji  memang seorang pelakon yang bagus dan dia mmg akan bawak watak Anna dengan berjayanya macam dalam drama Answer Me 1997.

Kristoff = Lee Seung Gi

Yang ni mmg takkan dapat disangkal lahi...ho maiii...suka gila tengok lesung pipit Lee Seung Gi...Lagipun sebab perwatakan Seung Gi yang periang...mmg sangat la sesuai!

Hans = Seo In Guk

Terus terang cakap, kalau Seo In Guk  menyanyi lagu duet dengan kita, semua orang pun mati-mati akan percaya tentang cinta pandang pertama..Nanti kalau rajin boleh search kay YouTube, gandingan Seo In Guk dengan Jung Eun Ji masa dorang nyanyi lagu "Love Is an Open Door".

Olaf = Yoon Si Yoon

Yang ni watak yang paling menjadi sebutan dalam filem animasi Frozen ni...Olaf, orang salji yang paling comel kan..hehehe...Dalam drama Flower Boy Next Door, Yoon Si Yoon memainkan watak yang paling bagus yang menggegarkan industi drama Korea...hehehe...kalau dia jadi Olaf, mmg sangat terbaik la jawabnya!!!

Duke Weselton = Jang Won Young

Jang Won Young mmg terkenal dengan watak yang kaki sindir, dan yang paling banyak tipu muslihat...so mmg dah kena sangat la watak dia dalam cerita ni..hahaha...

Oaken = Lee Won Jong

Lagi satu watak yang sally suka...Oaken, penjaga kedai tu...kalau tengok dia nampak macam naive macam innocent je kan...Lee Won Jong boleh berlakon jadi penyayang, jadi baik dan kugak jadi psycho...lagipun sweater dorang dah sama dah pun kan..hehehe...


overall, sally rasa semua orang mesti tgh seronok lagi kan tengok cerita Frozen ni..sebab sally sendiri siap subscribe kat Astro kot...aduh! mmg sally sendiri rasa cerita ni sangat best..serius! Sally suka gila..gila..gila tengok cerita ni..hehehe..

Korang..?

p/s : Sally ada kat kelas ni..auto-published je ye :)

You Might Also Like

22 comments:

  1. Suka tgk Jung Eun Ji & Seo In Guk dalam Answer Me 1997 ;D hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik kan?? Hahaha...suka gilaaaaa!!!

      Delete
  2. gumiho tetap dihatiku hahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak! ada Lee Seung Gi je la amir! :P

      Delete
  3. Replies
    1. gosh! dia punya lesung pipit tu..! adeh!

      Delete
  4. benci benar dengan si Jang Won Young tu.... kalao berlakon menjadi sungguh watak dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. lorrr..kesian kat dia kak...dah nama pun berlakon..tapi selalunya mmg bengang jugak la tgk! hahaha

      Delete
  5. Hahahah.. comel ny ! Zara blom tgk lagi frozen ni.. ='(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai..kenapa tak tgk lagi?? Ruginya...

      Delete
  6. Kite tak pernah tengok cerite Frozen ni.
    Tapi kelakarlah tengok pelakon korea jadi wtk dalam cite frozen ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..kadang-kadang terbawa sangat perasaan..hahaha

      Delete
  7. homaii qila bel dkt astro 3 kali hahahaha best gila nyanyi nyanyi lagu semua best awh perfect true love antara sisters kannn hihihiih <3
    qila suka kristoff je :p hihihihi
    yang lain qila takkenal lah hihihi tp mesti best kan. Korea buat cerita dh ah selalu perfecct hewhew

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi..sampai 3 kali..hahaha..Kalah kak sally!!

      Perasaan mmg gitu selalu..semua nak sabit dgn Korea!

      Delete
  8. yg watak olaf tu setuju sgt...hhee... hero yg kiut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak nmpk Olaf je semuanya akak sokong kan..hehe ;)

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!