Jodoh..? Allah jawab segalanya.

Hari ni sally nak kongsikan satu artikel...artikel ni kira soal-jwab tentang jodoh yang mana Allah SWT dah jawab dalam Al-Quran sebelum sempat kita fikir soaln tu..hihi..
Meh sally nak share sikit:
1- KITA BERTANYA :
Kenapa sehingga kini aku masih belum dikurniakan jodoh..? Siapakah yg layak buatku?

ALLAH MENJAWAB :
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." [Surah An Nur : Ayat 26]

2- KITA BERTANYA : 
Aku orang bujang lagi miskin, makan dan minum pun hanya cukup untuk keperluan sendiri..Apakah aku layak untuk berkahwin?

ALLAH MENJAWAB :
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan.Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." [Surah An Nur : Ayat 32]

3- KITA BERTANYA :
Tapi ramai yang kata aku masih belum lagi mampu..?
ALLAH MENJAWAB:
"Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya.." [Surah An Nur : Ayat 33]

4- KITA BERTANYA :
Walaupun masih belum mampu, aku juga ingin hidup bahagia...Apakah aku layak untuk semua itu..?

ALLAH MENJAWAB :
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang.

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.." [Surah Ar Rum : Ayat 21]

5- KITA BERTANYA :
Kalau begitu, aku mmg sudah layak untuk berkahwin...tapi bagaimana caranya untuk aku mencari pasangan hidup..?

ALLAH MENJAWAB :
"Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina". [Surah Al Mu’min : Ayat 60]

6- KITA BERTANYA :
Aku dah berdoa, kenapa masih belum makbul..?

ALLAH MENJAWAB :
”Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat”. [Surah Al-Baqarah : Ayat 153]

”Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. [Surah Alam Nasyrah : Ayat 5 – 6]

7- KITA BERTANYA :
Aku tau sabar itu sebahagian daripada iman, namun tiada ke cara yang boleh aku usahakan..?

ALLAH MENJAWAB :
”Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. [Surah Muhammad : Ayat 7]

8- KITA BERTANYA :
Kalau begitu, bagaimana caranya...??

ALLAH MENJAWAB :
"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong agamaNya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Kuasa.." [Surah Al-Hajj : Ayat 40]

9- KITA BERTANYA :
Setelah semua itu aku lakukan, bila Allah akan menolong aku?
ALLAH MENJAWAB :
"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.." [Surah Al-Baqarah : Ayat 214]

Lepas ni sape tanya lagi...suruh dorang baca blog sally...hahaha...sape yang tanya lagi...tau la nasib kome...hahaha...Soalan yang boleh tanya cuma,

bila sally nak g Korea masuk meminang Yonghwa...?

sekian...kekekeke... :P

 

Post a Comment

27 Comments

  1. semoga dipermudah semuanya bagi kita :D

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing sally. nice entry :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum sally, hehe. semoga dipermudahkan segala urusan kamu ya ~~~

    ReplyDelete
  4. Jodoh, Ajal, Maut semua Allah yg tentukan antara cepat & lambat je.....;-)

    ReplyDelete
  5. Nice sharing.. Moga dipermudahkan.. :D

    ReplyDelete
  6. good sharing sally..cik nor dah 30 +++...still mennati jodoh...hanya Allah yang tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..cukup nor lg hebat...tak goyah langsung...InsyaAllah..sally Doakan yg terbaik utk cik nor

      Delete
  7. sebelum kawin, soalan2 camni yang buat awin stress sangat. skrg ni, dh tukar soalan lain pulak sejak dah kawin...

    bila nk ada baby? lum ada rezeki lg ke? bila nk tmbah ahli? uwaaaaaaaaaaa....mmg stress dengan soalan itu....jodoh itu rahsia allah, zuriat juga rahsia allah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..semuanya rahsia Allah awin...InsyaAllah..Doakan yg terbaik utk diri sendiri ye.. :)

      Delete
  8. nice one sally, thumbs up...bestlah terasa2 macam nak share jer...wakakakak..habis hari ni pukul rata nak share orang punya ek?? lol....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..share jela kak..x kisah pun aihh..Hihi..benda yg baik kita sebarkan.. :)

      Delete
  9. Saya LIKE entri ni ! Insya-Allah , mudah-mudahan . Amin .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you! Hehehe..may all the things that good happen to you soon :)

      Delete
  10. dah lama takde org tanya akk bila nak kawen? hahaa...

    kalau akk, akk jawab...tanya Allah, dia tahu jawapannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk! jgn ada org tya husband akak sudah! hahahaha...

      yup! this is what I'm gonna tell them :D

      Delete
  11. semuanya telah dijawab oleh Allah..

    ReplyDelete
  12. Sumenya allah dah tentukan sejak azali lagi

    ReplyDelete
  13. Jodoh, ajal maut rezeki dan segala nya.. suda ttulis ntuk kita.. cuma masa tu xtau bila ntuk kita perolehi kurniaan Allah swt ni.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..sangat tepat..tapi ada jugak yg nak persoalkan...manusia... ;)

      Delete
  14. Semoga Allah akan selalu memudahkan jalan bagi sahabat
    آمِÙŠْÙ†ُ ÙŠَا رَبَّ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ†

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!