Apakah Yang Dimaksudkan dengan Feed-in Tariff (FiT).

Malaysia kita kini dalam proses memasuki ke era penggunaan tenaga boleh diperbaharui. Pelaksanaan Feed-in Tariff (FiT) menyediakan teras yang sangat diperlukan bagi industri tenaga boleh diperbaharui. Penggunaan teknologi boleh diperbaharui pada awalnya tidak diterima di Malaysia, namun sedikit demi sedikit teknologi ini makin diterima di Malaysia berikutan kenaikkan kadar harga bahan api fosil yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik.

FiT membolehkan elektrik yang dihasilkan daripada sumber-sumber tenaga boleh diperbaharui untuk dijual kepada utiliti kuasa (TNB, SESB & NUR Distributions Sdn. Bhd.) pada harga premium tetap untuk tempoh yang khusus dan ditentukan oleh jenis tenaga boleh diperbaharui contohnya tenaga solar. Dalam erti kata lain, kita menjadi penjana tenaga elektrik dan kita akan dibayar. Contohnya sekarang kita mendapat bekalan elektrik daripada TNB dan setiap hujung/awal bulan kita akan membayar bil utiliti kepada mereka. Namun perbezaan kepada FiT ini, kita adalah penjana dan TNB, SESB & NUR yang akan membayar kepada kita.



Dana Tenaga boleh diperbaharui yang ditubuhkan di bawah Akta Tenaga Boleh Diperbaharui diuruskan dan diselia oleh pihak SEDA Malaysia. Dana Kumpulan Wang Tenaga boleh diperbaharui hanya boleh digunakan bagi membuat pembayaran bayaran tuntutan yang dibuat oleh firma-firma utiliti kuasa dan untuk menampung perbelanjaan pentadbiran yang berkaitan dengan pelaksanaan FiT. Dana wang tenaga boleh baharu ini juga digunakan untuk mengadakan lebih kuota untuk untuk menggalakkan lebih ramai individu untuk menjana elektrik mereka sendiri, disamping penggunaan dirumah, mereka juga boleh menjual kepada pihak TNB, SESB & NUR. Di bawah skim ini, penjana tenaga boleh baharu akan dibayar jumlah mengikut sistem mereka dan juga tenaga yang telah dihasilkan.




Laman web SEDA Malaysia : http://seda.gov.my/

Dana wang tenaga boleh baharu ini disalurkan supaya boleh menambah kuota untuk mengadakan lebih banyak FiT di Malaysia..Untuk memohon FiT, Malaysia memerlukan kuota yang diluluskan oleh pihak SEDA Malaysia. Mesti korang rasa bagus kan ada teknologi ni..? tapi pemasangannya tak kurang mahal juga sebenarnya...sebab tu jugak la...kuota di Malaysia sikit sangat dan memerlukan masa untuk memohon tapi bila kita dah termasuk dalam FiT ni...kita sebenarnya tengah menjalankan pelaburan dalam jangka masa panjang..dan dalam masa 5 tahun atau kurang kita dah boleh dapat balik pulangan dan juga ada simpanan untuk masa hadapan sebab kontrak untuk FiT ni melebihi 20 tahun.

FiT memberikan kita keuntungan bukan sahaja untuk membayar kos pemasangan, tetapi untuk membuat keuntungan dan juga untuk membuat pelaburan jangka panjang. Tujuannya adalah untuk memberi ganjaran kepada kita setiap kali kita menjana tenaga elektrik. Pembekal elektrik kita akan membayar kita jumlah tertentu setiap kWj elektrik kita jana.

Kenapa kita kena jalankan teknologi tenaga boleh diperbaharui ini..?

Kesan yang paling ketara akibat pembakaran bahan api fosil ialah penghasilan karbon dioksida dan ini membawa kepada kesan pemanasan global. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara. Peningkatan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat, dan persekitaran menjadi panas.

FiT adalah pilihan utama yang perlu diberi keutamaan bagi Malaysia untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil. Ia, bagaimanapun, perlu disokong sepenuhnya dengan dasar, projek-projek dan program-program yang direka untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida dan menguruskan tenaga dengan cekap dan berkesan, khususnya dalam sektor termasuk kuasa penjanaan, pengangkutan, perancangan bandar, air dan pengurusan sisa, dan pertanian. Sehubungan dengan itu, ia juga penting untuk memupuk budaya menggalakkan penggunaan tenaga dengan cekap untuk mengurangkan penggunaan elektrik.

Post a Comment

0 Comments