The types of coffee (based on my knowledge)

2:48:00 PM Sally Samsaiman 46 Comments


Bercakap pasal kopi ni sebenarnya ada banyak perbezaan pada setiap satunya, hari ni Sally nak ceritakan beberapa jenis minuman yang berasaskan kopi mengikut apa yang Sally tahu laa...Sally suka minum Americano, Latte dan Mocchiato...semuanya kena mengikut mood juga pada masa tuu....


Macchiato.
Caffè macchiato, sometimes called espresso macchiato, is an espresso coffee drink with a small amount of milk added, today usually foamed milk.

Macchiato dalam bahasa Italy ialah "Marked"...Macchiato ni sesuai untuk orang yang tak rasa nak minum kopi tapi nak minum kopi..hahaha...sebab rasa kopi dia yang light tu buatkan kita takkan rasa pahit dan yang paling penting...dia ada susu..hehehe...if Starbucks, I would recommend the Caramel Mocchiato.

Latte.
A latte is a coffee drink made with espresso and steamed milk. The term as used in English is a shortened form of the Italian caffè latte or caffellatte, which means "milk coffee".

Secara mudahnya, latte ni sama je macam kita punya "white coffee" tu...cuma nama glamor sikit dan yang penting dia guna espresso bukan pakai kopi cap kapal api tu..hehehe...in Starbucks, please have Iced Vanilla Latte.

Mocha.
A coffee beverage prepared with espresso, chocolate, and hot milk.

Yang ni sally rasa, rata-rata dah pernah minum...dalam bahasa melayu kita Neslo (Nescafe + Milo)...haaa...tapi macam biasa la...benda yang membezakan ialah espresso nya...kalau kat Starbucks, boleh cuba Iced Caffe Mocha atau frappucino dan jangan lupa mintak whipped cream. Lately ni addict dengan Mocha pulak!

Cappucino.
A cappuccino is an Italian coffee drink which is traditionally prepared with espresso, hot milk, and steamed-milk foam. The name comes from the Capuchin friars, referring to the color of their habits.

Yang ni hampir sama dengan latte, yang membezakan ialah dia menggunakan dua jenis susu yang berbeza, hot milk dan steamed-milk foam. Cappucino kalau nak minum, mintak cappucino je la..Mana ada yg lain..hahaha...


Americano.
Caffè Americano, or Americano is a style of coffee prepared by adding hot water to espresso, giving it a similar strength to, but different flavor from, regular drip coffee. The strength of an Americano varies with the number of shots of espresso and the amount of water added.

Yeay! Americano merupakan minuman favorite cinta hati sally, Yonghwa..hehehe...he can actually drinks Americano up to 10 times per day...gila laaa! Yonghwa mmg addicted dengan caffeine...same like me...ya..ya..I know it's not good for our body..hahaha..

Americano ni spesis Kopi O kita la...dia hanya campuran espresso dengan air sahaja ye...without any sugar added...kalau larat minum la..kalau tak amik la gula kat tempat amik straw tu...bagi kasi ada rasa sikit..tapi kalau kawan sally dia kata, beli Americano merupakan air yg paling rugi sekali...hahaha..sebab dia tak reti nak rasa kopi tu...

Espresso.
Espresso is coffee brewed by forcing a small amount of nearly boiling water under pressure through finely ground coffee beans.They will pull each intensely rich shot within a precise five-second window and ensure each has three distinct layers or they toss it out and start again.

Espresso ni merupakan coffee yang paling pekat..dan sally sangat tak sarankan kalau korang nak minum...sebab dia hanya menggunakan air dalam kuantiti yg sedikit tapi kuantiti kopi yang banyak...dalam kata mudahnya dia tu macam pati kopi laa...Espresso ni merupakan based untuk setiap jenis minuman sebab ianya pati...Buat masa ni sally baru pernah rasa 2-3 kali je espresso...tu pun dengan triple shot...which lead me to not to sleep for 2 days!

46 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Pengambilan Baru Program Sarjana Muda iNED (e-PJJ & PLK) Sesi September 2014 (UiTM)

1:32:00 PM Sally Samsaiman 18 Comments

Selamat petang! Baru sempat nak jengah blog hari ni...tadi ingat nak masuk ke I-class untuk online classes hari ni,...pastu ada terpandang satu advertisement pasal kemasukan program PJJ di UiTM untuk sesi September 2014.

Permohonan mengikuti Program Sarjana Muda iNED (e-PJJ & PLK) Sesi Kemasukan September 2014 telah dibuka. Permohonan boleh dibuat secara online. Untuk maklumat lanjut mengenai kursus yang ditawarkan boleh klik SINI..

Klik disini ---->> Permohonan Online Ijazah Sarjana Muda Sesi Kemasukan September 2014

Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Mei 2014 (Ahad) dan tarikh akhir penerimaan borang permohonan & dokumen sokongan adalah sebelum 28 Mei 2014 (Rabu)
 
laman web rasmi IneD : http://www.ined.uitm.edu.my/ 
 
So, kepada sesape yang berniat nak sambung ijazah dalam masa terdekat ni..boleh la isi borang ye...kena cepat sikit sebab UiTM ni mmg dia bukak agak awal daripada PJJ di Universiti lain...
 

18 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Sustainable Smart Living House.

11:00:00 AM Sally Samsaiman 1 Comments

 Nowadays, people keep talking about the increasing of the utility bills and other related stuff in Malaysia. The lower income citizen especially, they really feels hopeless with the continuously increasing stuff that they have to bear. With utilities bills on the rise, today, I would like to share with you'll to see the chances to live in a home that showcases sustainability, without sacrificing comfort or style.

Credits : http://www.novaiskra.com
BEDROOM
  1. Purchase 5-star energy efficient fans and use appropriate fan speed. Use only when needed.
  2. Use suitable night curtains to reduce heat and get a good sleep, During day, use suitable curtain.
BATHROOM
  1. Don't take unnecessary long showers to conserve energy and also water consumption.
  2. Buy solar water heater if possible and just use when it necessary.
  3. Unplug shavers, hairdryers and other beauty tools once you have finished using it.
  4. If you use a battery-powered beauty tools or tooth brush, use rechargeable energy sufficient batteries.
  5. Minimize the usage of the water and reuse water whenever possible.
  6. Repair leaks as soon as they are discovered.
STUDY ROOM / MINI LIBRARY / OFFICE IN HOME
  1. Unplug router when not in use to save energy and to protect it from electric surges during thunderstorms.
  2. Use task lighting to light up work desk.
  3. Turn off all plugs when not in use and don't forget to unplug.
PORCH
  1. Use energy efficient lighting.
  2. Use daylight sensor / auto sensor light to ensure the light will be turned on / off when needed.
Credits : http://freshome.com
LIVING ROOM / DINING ROOM
  1. Make use of natural light as much as possible.
  2. Buy 5-star energy efficient television, if possible.
  3. Turn off all plugs (television/DVD player/radio/Astro) when not in use and don't forget to unplug.
  4. If possible, purchase a surge protector that can allow you to shut off power to all entertainment electronics in one click.
  5. Use furniture manufactured from locally-sourced material with cooling properties such as bamboo and teak.
  6. Use suitable curtains to reduce heat.
KITCHEN
  1. Reheat or cook in smaller portion.
  2. If possible, buy 5-star energy efficient microwave to reheat or just use the stove.
UTILITY ROOM
  1. Iron as many clothes as possible at one time.
  2. Wash your cloth using the washing machine when only in full loads.
  3. Use the power of sun to dry the cloth instead of using the cloth dryers.
Credits to the articles from SEDA Malaysia books.
 
There's so many ways that we can actually implement in our routine of daily life to ensure that we can get our own sustainable smart living house and that should starts with our self. You can make a difference by combining the best appliances with an efficient, sensible approach to using energy. Let's have a better Malaysia with better environment.

1 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

MR & MRS Hafiezy Mini Giveaway

8:18:00 PM Sally Samsaiman 26 Comments

Perghhh...gagah tunggu 30th Mac sebab nak wish pada hari yang sepatutnya...balik kelas je terus bukak laptop semata-mata nak join GA daripada Puan Zara kesayangan..

To my dear Zara dan suami,
"Happy 2nd anniversary my dear...umur yang muda bukan penghalang untuk menjadi pasangan yang bahagia...Sally doakan Zara dan suami sentiasa berada dibawah lindungan Allah...semoga dipanjangkan jodoh dan dipermudahkan semua urusan dalam kehidupan berumahtangga....Semoga dipercepatkan rezeki untuk menimang cahaya mata dan semoga menjadi pasangan yang kekal sehingga hujung nyawa...May Allah bless you guys..."



Rebut peluang menang Wang tunai RM50 : Top Refferal, Wang Tunai RM50 : Best Wishes , Monopod x 2 : Random.Org , 100 pcs Namecard Blog Vanilla & Chocolate + Bookmark . Siapa yang berminat sila tekan banner di atas . Terima kasih :)

* * * * MR & MRS Hafiezy Mini Giveaway akan berlangsung selama 3 Minggu * * * *
( 28 Mac 2014 - 19 April 2014 )

26 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Kalau Disney Frozen jadi drama Korea..?

12:30:00 PM Sally Samsaiman 22 Comments


Bagi mereka yang suka tengok cite Korea atau dalam erti kata lain gila tengok cite Korea, kadang-kadang tu kita takkan terlepas daripada membayangkan cerita-cerita yang ada kat dunia ni kalau dijadikan versi Korea kan...Lagi-lagi sekarang ni ramai artis Korea yang cover lagu tema cerita Frozen, "Let It Go" .. Jom kita tengok antara artis Korea yang hampir sama dengan watak dalam cerita tu..

Elsa = Sooyoung

Watak Elsa ni agak susah sikit sebab dia bukan je kena pandai menyanyikan lagu tema "Let It Go," tapi dia jugak kena pandai memainkan [eranan dan emosi dalam pelbagai gaya...Sooyoung daripada SNSD sangat sesuai untuk menjiwai watak ni... macam masa dia berlakon dalam drama Dating Agency: Cyrano.

Anna = Jung Eun Ji

Jung Eun Ji  memang seorang pelakon yang bagus dan dia mmg akan bawak watak Anna dengan berjayanya macam dalam drama Answer Me 1997.

Kristoff = Lee Seung Gi

Yang ni mmg takkan dapat disangkal lahi...ho maiii...suka gila tengok lesung pipit Lee Seung Gi...Lagipun sebab perwatakan Seung Gi yang periang...mmg sangat la sesuai!

Hans = Seo In Guk

Terus terang cakap, kalau Seo In Guk  menyanyi lagu duet dengan kita, semua orang pun mati-mati akan percaya tentang cinta pandang pertama..Nanti kalau rajin boleh search kay YouTube, gandingan Seo In Guk dengan Jung Eun Ji masa dorang nyanyi lagu "Love Is an Open Door".

Olaf = Yoon Si Yoon

Yang ni watak yang paling menjadi sebutan dalam filem animasi Frozen ni...Olaf, orang salji yang paling comel kan..hehehe...Dalam drama Flower Boy Next Door, Yoon Si Yoon memainkan watak yang paling bagus yang menggegarkan industi drama Korea...hehehe...kalau dia jadi Olaf, mmg sangat terbaik la jawabnya!!!

Duke Weselton = Jang Won Young

Jang Won Young mmg terkenal dengan watak yang kaki sindir, dan yang paling banyak tipu muslihat...so mmg dah kena sangat la watak dia dalam cerita ni..hahaha...

Oaken = Lee Won Jong

Lagi satu watak yang sally suka...Oaken, penjaga kedai tu...kalau tengok dia nampak macam naive macam innocent je kan...Lee Won Jong boleh berlakon jadi penyayang, jadi baik dan kugak jadi psycho...lagipun sweater dorang dah sama dah pun kan..hehehe...


overall, sally rasa semua orang mesti tgh seronok lagi kan tengok cerita Frozen ni..sebab sally sendiri siap subscribe kat Astro kot...aduh! mmg sally sendiri rasa cerita ni sangat best..serius! Sally suka gila..gila..gila tengok cerita ni..hehehe..

Korang..?

p/s : Sally ada kat kelas ni..auto-published je ye :)

22 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Menangani kecekapan tenaga elektrik di rumah atau di pejabat.

10:05:00 AM Sally Samsaiman 0 Comments

Yeay! Apa benda yang sally merepek ni lagi..hehehe….kecekapan tenaga? Apa yang korang tau pasal kecekapan tenaga? Kecekapan tenaga ini ialah bila kita menggunakan tenaga elektrik seminima yang mungkin dalam kehidupan harian kita tapi kita dapat berjimat tanpa perlu jejeskan tahap keselesaan hidup…

Boleh beza tak..? Kita guna alatan elektrik yang sama, tapi at the same time kita dapat jimatkan penggunaan elektrik kita. Hah! Sape nak tau? Sape nak tau..? ihikkss…Jimatkan penggunaan elektrik dapat membantu mengurangkan perbelanjaan bulanan bil utiliti kita…suka tak..?


Sebelum korang bising-bising kenapa nak kena gunakan tenaga elektrik dengan minima dan cekap, meh sally nak bg tau antara sebab kenapa kita kena menggunakan tenaga elektrik dengan cekap. Seperti yang korang tau, di Malaysia kita menggunakan bahan api fosil sebagai contoh arang batu untuk menjana kuasa. Malaysia juga terpaksa mengimport bahan api ini dari luar yang semakin lama bekalannya makin susut dan ini membuatkan kos untuk memiliki bahan api ini makin meningkat.


Bahan api fosil yang dibakar untuk menjana tenaga ini juga akan menghasilkan gas-gas yang merbahaya dan untuk memelihara kesihatan dan jua alam sekitar untuk generasi masa hadapan, kita harus kurangkan pembakaran bahan api fosil. Sihat, jimat..apa lagi yang kita nak kan..? Apabila kita mengurangkan bil bahan api atau elektrik, kita sebenarnya telah memainkan peranan untuk membantu memelihara bumi.


Penggunaan elektrik dirumah ataupun di pejabat sangat bergantung kepada saiz populasi didalam sesebuah kawasan tersebut..berapa ramai yang menggunakan, peralatan apa yang digunakan serta cara bagaimana peralatan itu digunakan. Bil elektrik secara amnya akan meningkat mengikut peredaran masa sebagai contoh, penambahan peralatan elektrik dan sebagainya.


So, macam mana cara kita nak gunakan peralatan ni dengan cekap..? Macam mana kita nak kenal dengan barangan elektrik yang cekap tenaga?



Gambar atas ni adalah contoh label tenaga yang di gunakan di Malaysia...Label kecekapan tenaga dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga kepada pengilang alat elektrik untuk dan mempromosikan alat eletrik cekap tenaga dalam pasaran. Pengilang perlu mematuhi piawaian dan syarat ujian prestasi tenaga yang diwujudkan oleh Suruhanjaya Tenaga untuk kadaran bintang ini sebelum kelulusan diberikan untuk setiap model yang di keluarkan.


Label kecekapan tenaga ini memberi maklumat kepada pengguna tentang penggunaan tenaga bagi setiap peralatan elektrik. Label kadaran tenaga label menunjukkan anggaran penggunaan tenaga bagi setiap peralatan elektrik berdasarkan sistem kadaran kecekapan tenaga. Kadaran 1-5 ditunjukkan dalam label bermakna (1) adalah yang paling kurang cekap dan (5) adalah yang paling cekap.


Label ini mengandungi anggaran jumlah penggunaan tenaga tahunan dalam kilowatt-jam bagi setiap alat elektrik, berdasarkan keputusan ujian makmal yang diiktiraf. Maklumat yang disediakan akan membantu pengguna untuk memilih model yang paling cekap tenaga semasa membuat pembelian peralatan elektrik. Penggunaan peralatan elektrik 5-Bintang akan mengurangkan penggunaan elektrik dan bil elektrik di rumah.


Antara alat eletrik yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga bagi Kadaran Bintang Kecekapan Tenaga ialah peti sejuk, penyaman udara, televisyen dan kipas yang digunakan di rumah dan juga dipejabat. Sebagai pengguna, kita seharusnya bijak berfikir dan pandai membuat pilihan tentang alatan yang kita ingin beli.


Hakikatnya, peralatan elektrik yang cekap tenaga ni memang agak mahal sebenarnya kalau kita nak beli tapi dia sebenarnya sangat menjimatkan dan mungkin jugak meningkatkan tempoh penggunaannya atau jangka hayat dia. Dalam kata mudahnya, benda yang elok ada harganya. Jadilah pengguna bijak!

0 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Weekend yang tak weekend sangat!

9:31:00 AM Sally Samsaiman 8 Comments

Well, akhirnya...akhirnya kelas untuk semester ni dah bermula..even kelas dalam talian dah bermula sejak 2 minggu lepas...fuhhh...masa tgh busy denga auditor akaun, masa ni jugak kelas...haihh..rasa tak daya dah nak bangun...rasa macam nak tidur 2-3 hari kat rumah...lately ni rasa penat yang teramat sangat....

InsyaAllah kejap lagi nak jumpa dengan kak msredcheesecake, sebab nak bagi something dekat dia tapi xtau la sempat ke tidak sbb dia takde kat area shah alam ..hehehe...even partner sally Qim takde minggu ni...ada jugak la orang nak teman kan..hehehe...Doakan sally okay-okay je ye this week...rasa penat sangat la sebenarnya...nasib baik pagi ni ada jumpa kawan-kawan baru kat kelas...

Have a great weekend guys!

8 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Keputusan selepas cabaran 10 Hari bersama Slim Fast Diet!

8:22:00 PM Sally Samsaiman 40 Comments

Sepatutnya tiga hari lepas dah kena review, tapi disebabkan kekangan masa...baru hari ni sally berkesempatan nak bagi feedback pasal kebaikkan dan apa yang dah terjadi kepada sally selama 10 hari..weehooo~


Disebabkan cik sally ni beratnya terlebih daripada 75kg kan..so, dapat la dua kotak..dan cara minum dia mestilah 15minit sebelum makan..dan disebabkan ada 2 kotak...itu bermakna sally kena minum 2 kali sehari...which is sally pilih untuk minum sebelum sarapan dan jugak sebelum masa makan malam...entry penerimaan produk boleh baca kat SINI...

First of all, sally nak ucapkan terima kasih buat My Beauty Herbs dan jugak kak MiaLiana atas kesudian mereka memilih sally menjadi antara mereka yang terpilih untuk mencuba produk ni...tak dinafikan memang ianya merupakan produk perlangsingan yang sangat berkesan dan yang penting ianya mmg mengawal selera makan kita...tak caya..? kena cuba sendiri laa..hahahaha...


Apa yang bagus sangat produk ni..? Sama je macam produk yang lain kan..?

Mesti ada terdetik dalam hati korang pasal benda ni...tapi nope! ianya mmg merupakan cara kurus dengan cepat...Kordial Slim Fast Diet memang sangat berkesan untuk mengempiskan perut anda, melegakan sembelit (sebab korang mmg akan kerap ke tandas which is sally pada hari pertama..ulang alik ke tandas 7 kali...), memantau selera makan dan membuatkan kita sentiasa rasa kenyang. Ianya juga membekalkan tenaga dan yang paling penting, benda yang paling kita nak ialah menyingkirkan bonjolan lemak yang kurang menarik yang ibu sally panggil tayar disekeliling badan..*sigh*

Kadang-kadang ada daripada kalangan kita ni orang panggil gemuk air...Kordial SFD ni juga dapat mengurangkan pembendungan air dalam badan, meningkatkan kadar metobalisma badan, membantu menghilangkan toksin yang memudaratkan dan yang terakhir sekali, menganjalkan kulit untuk penampilan lebih muda dan lebih sihat berseri...!


Actually segan nak bagitau berat sebelum..hahaha...so, sally cuma kongsikan berapa berat yang sally dah dapat turunkan kan ye...Gigih la g Giant Hypermarket tadi sebab nak timbang...actually, sally takut nak timbang kat khalayak ramai tu...sebab dulu pernah sekali mesin tu jerit, "Anda obese"...fuhhh...kuang asam punya mesin...nasib baik la mesin hari ni baik hati sikit..hehehe....


So, within 10 days cabaran untuk mengurangkan berat badan, sally hanya mampu kurangkan 4kg je...mungkin sebab minggu ni sally kurang minum air...ada juga kekangan sebab catuan air kan...jadi tak berapa banyak air sally minum...sebab bila minum Slim Fast Diet ni kita kena banyak minum air sebab tu salah satu cara untuk ianya berfungsi iaitu membersihkan kolon secara sihat dengan adanya Oligo, Ekstrak Cassia Augustifolia dan juga Psyllium Husk, dan lagi satu kesilapan sally sebab kurang bersenam...haihhh...ruginya rasa!

Daripada segi bentuk badan...mmg ada sedikit beza pada ukur lilit...even hilang 2cm pun still ada jugak perubahan kan..? Nampak la jugak perut buncit ni dikempiskan...even sikit...Alhamdulillah..berkat kesabaran sally dan jugak bantuan daripada minuman Slim Fast Diet...rasa macam nak sambung lagi...even rasa herba dia tu sangat la tak tahan tapi bila dapat rasa rasberi tu terus rasa sedap...umpamanya macam minum air ribena versi ada herba sikit la...tapi seriously dia mmg sedap, tak tipu...tapi bau herba tu biasa la...dah namanya pun keluaran My Beauty Herbs.

Nak langsing dengan sihat? Sally cadangkan anda cuba Slim Fast Diet by My Beauty Herbs!


Giveaway SlimFast Diet dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs dengan hadiah dan wang tunai bernilai RM 3,600 untuk dimenangi.

40 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Jung Yonghwa Cover [The Brothers Four – Try To Remember]

2:30:00 PM Sally Samsaiman 10 Comments


Try to remember the kind of September
When life was slow and oh, so mellow
Try to remember the kind of September
When grass was green and grain was yellow
Try to remember the kind of September
When you were a tender and callow fellow
Try to remember and if you remember
Then follow, follow.
Try to remember when life was so tender
That no one wept except the willow
Try to remember the time of September
When love was an ember about to billow
Try to remember and if you remember
Then follow, follow.
Deep in December It's nice to remember
Although you know the snow will follow
Deep in December It's nice to remember
The fire of September that made us mellow
Deep in December our hearts should remember



10 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Minggu tunggang terbalik.

9:00:00 AM Sally Samsaiman 19 Comments

Sejak kebelakangan ni mmg sally terlalu sibuk di pejabat...yela..dah nak kena audit untuk tahun 2013 punya account...biasa la..mmg lewat sikit sebab kami ada 3 buah company dan nak kena audit satu per satu la...hurmmm...

Buat masa ni mmg sally susah sikit nak update entry...kadang-kadang tu terpaksa buat entry auto-published sebab risau blog ditinggal lama..nak blogwalking pun susah...maaf la kepada yang singgah tapi sally tak balas kunjungan tu..mmg masa sangat terhad sekarang...

Lagipun, semester 4 pembelajaran sally di UiTM pun dah bermula sejak 2 minggu lepas...minggu ni pun ada kelas sebenarnya...dah la partner sally, Qim tu takde this week sebab pergi mengerjakan umrah...bersendirian la sally minggu ni..huhuhu...

And my biggest problem so far, I can't sleep...sedihnya...for the past 3-4 days, Sally tak boleh tidur malam...kadang tu mata berjaga sampai pukul 2-3 pagi and I have to get up at 6.30am untuk bersiap pergi kerja...Jangan tanya kenapa susah nak tidur because I've got no idea about that...rasanya mewarisi penyakit insomnia ni daripada arwah papa...Selalu tidur lewat, dan bangun seawal mungkin...kesiannya badan...haihhh~

Actually, this week was a total miserable week for me...I don't know how to explain..it just a stressed and the most tired week I ever had...and for the first time in my life, I don't know how to control my lifestyle..makan kemana, tido kemana, baca nota sampai 2-3 pagi, pergi kerja badan tak cukup rehat, mata letih, kualiti kerja sangat teruk and, that's it! all about the negative things happened in my miserable week..

Hopefully, next week would be better..InsyaAllah.

19 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Jiwa kembali kacau..sebab kau..

9:29:00 PM Sally Samsaiman 12 Comments

Hard to admit...tapi mmg ni la yang sally rasakan sekarang...


It's been 6 years till now...dah 6 tahun...lately ni rasa hati tu sayu sangat...lagi-lagi bila ibu dah tanya...kenapa takde kawan lelaki which is dia refer kepada boyfriend...huhuhu...camne nak cakap ek...bukan takde...tak
nak..ye..tak nak...sebab ape tak nak...sebab..sebab...masih menunggu...

It's the stupid thing I've ever do...telling people to move on and I'm stuck here, for 6 years...loving the same person all this time... haihhh...sampai satu tahap...tutup hati...tutup siap kunci untuk orang lain...camne la nak tunaikan hajat ibu..?

I saw you on whatsapp, I saw you in other people's Facebook timeline...and I keep seeing you everywhere...dem..I hate this feeling so much! Like seriously hate and I just dunno what to do...me is confused! 
Sekarang hanya mampu..tahan diri..tahan jiwa..kawal hati...


12 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Next Travel Schedule.

10:20:00 AM Sally Samsaiman 32 Comments


Sape tau mana nak cari globe besar ni..?

Hehehehe....sape ingat entry 2014 CNBLUE Live in Singapore. Hehehe...semalam, borak dengan kak Nadia..dia tak jadi ke Kunming, China..tak tau kenapa...and she needs a vacation for sure..hehehe...lama lagi nak tunggu g Korea bulan 11 katanya...yes, dia mmg nak g Korea pun tahun ni..buat kali ketiga..hahaha...

Disebabkan Malaysia takde dalam route untuk konsert CNBLUE tahun ni..which is boleh pulak dia skip...boleh sampai Bangkok, sampai Singapore tapi dia skip Malaysia. Dem. So, terpaksa la sally g jumpa cinta hati sally kat sana...ngee~

So, dah godek-godek laman web AirAsia..tiket pun murah...cuma problem sekarang floor plan untuk konsert and harga tiket pun belum release lagi...haihhh...kacau betul laaa! Kang tetiba malas nak pergi kang..haaa...okay, which is sally sendiri belum confirm nak pergi pun sebenarnya..hahahaha...

Ye..ye...mmg takde kaitan pun sally dengan konsert tu berlangsung atau tidak..hahaha..

Then, kak Nadia ajak berjalan ke Singapore..hehehe...pastu g jumpa globe besar gedabak tu kat Universal Studio Singapore (USS)...okay, habis la duit yang disimpan untuk travel lain...alahaii...

Eh, ada sesape pernah g USS tak..? meh la kongsi kat sally...bagi la link-link yang korang ada...tgh nak buat itinerary ni..hehehe...Don't forget to drop your comment

32 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Smiling Sunrise.

8:00:00 AM Sally Samsaiman 14 Comments


Happy Friday kesayangan!


Kehidupan tu kadang-kadang tak sama macam apa yang kita rancang...kadang-kadang menjadi..kadang-kadang tak...sebaiknya kita rehda dan ikut apa yang Allah rancangkan...sebab DIA sebaik-baik perancang...Selalu orang kata, move on..jangan pandang ke belakang...tapi bagi sally...tak salah kalau kita nak pandang kebelakang..sebab daripada situ la kita boleh belajar daripada kesilapan kita...Pandang kebelakang bukan nak mengenang atau menangisi nasib, tapi pandang kebelakang untuk dapatkan kembali kekuatan kita...dan maju kehadapan...

14 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Status Halal Pepero.

9:49:00 PM Sally Samsaiman 29 Comments

Merujuk kepada entry WW sally beberapa hari lepas...berkenaan status halal produk makanan ringan daripada Korea, Pepero...so, kat bawah ni ada beberapa pendapat mengenai status halal berkenaan...



So kat atas ni ada 2 screen shot yang sally dapat daripada laman sosial Facebook..sally tak paksa korang untuk percaya atau nak memaksa korang terima apa yang mereka cakap ni...setiap orang ada pendirian dia sendiri...

Bagi pihak JAKIM, lain pula jawapannya...

Pengguna yang dihormati sekalian, Sejak kebelakangan ini, Jakim menerima banyak aduan dan pertanyaan berhubung status halal Coklat jenama Pepero keluaran negara Korea. Untuk makluman para pengguna sekalian, produk tersebut adalah BUKAN pemegang sijil halal Malaysia ataupun mana-mana Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf. Disediakan oleh:-Unit Perhubungan Awam (PRO):03 8892 5048 (Nadia Zammil Md Nasir)03-8892 5047 (Puan Nurul Asma binti Mat Isa).

Sumber: SINI

Sally ni bukan golongan yang cerdik pandai...ataupun yang bijak dalam ilmu agama...cuma bagi sally...selagi mana kita yakin dengan sesuatu perkara dan benda tu tidak melanngar syariah dan jugak tak memudaratkan..InsyaAllah benda tu takde masalah...tapi macam yang sally cakap pada awalnya la..pucuk pangkalnya hati sendiri...kalau rasa nak makan, makan...kalau ragu-ragu..tinggalkan..

29 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Celebrating Ibu's birthday :)

2:34:00 PM Sally Samsaiman 26 Comments

Dilema mereka yang bekerja swasta...disaat orang yang bekerja kerajaan dah seronok withdraw duit...yang swasta masih lagi mengira hari dekat kalender...hahaha...

Sebabkan semalam birthday ibu, lepas teman dia g UTC sebab nak renew lesen memandu dia...tak nak kalah...nak yang ada gambar..tak nak renew kat pejabat pos dah sekarang..hahahaha...ikut kan aje la...ingat balik tu nak makan kat Secret Recipe..saja la nak belanja dia kan..tapi sebab dah menginjak ke senja...jadi balik rumah je terus...

Balik rumah, mandi, solat...sally terus la call abang pizza...hehe..



Semalam celebrate birthday ibu, belanja dia makan pizza jela..sebab gaji belum lagi ada dalam bank tu..masih ditahan di bank..hahahaha...insyaAllah lepas gaji nanti boleh la belanja dia makan lebih sikit...

26 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Feed-in Tariff (FiT)

10:03:00 AM Sally Samsaiman 0 Comments

Malaysia kita kini dalam proses memasuki ke era penggunaan tenaga boleh diperbaharui. Pelaksanaan Feed-in Tariff (FiT) menyediakan teras yang sangat diperlukan bagi industri tenaga boleh diperbaharui. Penggunaan teknologi boleh diperbaharui pada awalnya tidak diterima di Malaysia, namun sedikit demi sedikit teknologi ini makin diterima di Malaysia berikutan kenaikkan kadar harga bahan api fosil yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik.

FiT membolehkan elektrik yang dihasilkan daripada sumber-sumber tenaga boleh diperbaharui untuk dijual kepada utiliti kuasa (TNB, SESB & NUR Distributions Sdn. Bhd.) pada harga premium tetap untuk tempoh yang khusus dan ditentukan oleh jenis tenaga boleh diperbaharui contohnya tenaga solar. Dalam erti kata lain, kita menjadi penjana tenaga elektrik dan kita akan dibayar. Contohnya sekarang kita mendapat bekalan elektrik daripada TNB dan setiap hujung/awal bulan kita akan membayar bil utiliti kepada mereka. Namun perbezaan kepada FiT ini, kita adalah penjana dan TNB, SESB & NUR yang akan membayar kepada kita.


Dana Tenaga boleh diperbaharui yang ditubuhkan di bawah Akta Tenaga Boleh Diperbaharui diuruskan dan diselia oleh pihak SEDA Malaysia. Dana Kumpulan Wang Tenaga boleh diperbaharui hanya boleh digunakan bagi membuat pembayaran bayaran tuntutan yang dibuat oleh firma-firma utiliti kuasa dan untuk menampung perbelanjaan pentadbiran yang berkaitan dengan pelaksanaan FiT. Dana wang tenaga boleh baharu ini juga digunakan untuk mengadakan lebih kuota untuk untuk menggalakkan lebih ramai individu untuk menjana elektrik mereka sendiri, disamping penggunaan dirumah, mereka juga boleh menjual kepada pihak TNB, SESB & NUR. Di bawah skim ini, penjana tenaga boleh baharu akan dibayar jumlah mengikut sistem mereka dan juga tenaga yang telah dihasilkan.



Laman web SEDA Malaysia : http://seda.gov.my/

Dana wang tenaga boleh baharu ini disalurkan supaya boleh menambah kuota untuk mengadakan lebih banyak FiT di Malaysia..Untuk memohon FiT, Malaysia memerlukan kuota yang diluluskan oleh pihak SEDA Malaysia. Mesti korang rasa bagus kan ada teknologi ni..? tapi pemasangannya tak kurang mahal juga sebenarnya...sebab tu jugak la...kuota di Malaysia sikit sangat dan memerlukan masa untuk memohon tapi bila kita dah termasuk dalam FiT ni...kita sebenarnya tengah menjalankan pelaburan dalam jangka masa panjang..dan dalam masa 5 tahun atau kurang kita dah boleh dapat balik pulangan dan juga ada simpanan untuk masa hadapan sebab kontrak untuk FiT ni melebihi 20 tahun.

FiT memberikan kita keuntungan bukan sahaja untuk membayar kos pemasangan, tetapi untuk membuat keuntungan dan juga untuk membuat pelaburan jangka panjang. Tujuannya adalah untuk memberi ganjaran kepada kita setiap kali kita menjana tenaga elektrik. 
Pembekal elektrik kita akan membayar kita jumlah tertentu setiap kWj elektrik kita jana.

Kenapa kita kena jalankan teknologi tenaga boleh diperbaharui ni..? 

Kesan yang paling ketara akibat pembakaran bahan api fosil ialah penghasilan karbon dioksida dan ini membawa kepada kesan pemanasan global. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara. Peningkatan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi.  Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat, dan persekitaran menjadi panas.

FiT adalah pilihan utama yang perlu diberi keutamaan bagi Malaysia untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil. Ia, bagaimanapun, perlu disokong sepenuhnya dengan dasar, projek-projek dan program-program yang direka untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida dan menguruskan tenaga dengan cekap dan berkesan, khususnya dalam sektor termasuk kuasa penjanaan, pengangkutan, perancangan bandar, air dan pengurusan sisa, dan pertanian. Sehubungan dengan itu, ia juga penting untuk memupuk budaya menggalakkan penggunaan tenaga dengan cekap untuk mengurangkan penggunaan elektrik.

0 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Yonghwa will release solo album in second half of 2014!

8:56:00 AM Sally Samsaiman 20 Comments

Hello to the fan-girl of Yonghwa and CNBLUE!

ya, I know that's referring to me..hehehe 


On March 25th, FNC Entertainment has announced plans for CNBLUE’s Jung Yonghwa’s solo album. FNC Entertainment’s Han Sungho updated the “FNC Talk” portion on their homepage and confirmed that they are currently in the middle of preparing Jung Yonghwa’s solo album. He started the message by thanking fans as they wrap up CNBLUE’s promotions for “Can’t Stop.”

According to the agency, they are planning to release the solo album on the second half of this year and is directly aimed at producing a number of material. The agency went on to state they will be using “FNC Talk” as their latest platform to announce official statements and communicate with their fans.

After wrapping up promotions for they latest album “Can’t Stop,” CNBLUE will continue meeting with their fans through their nationwide tour “2014 CNBLUE Live - Can’t Stop.”

Credit: SportsChosun + FNCTalk + koreaboo.com

Even though I'm one of the biggest fan or in simple word I'm kind of obsessing..Well, actually I'm not feeling to good about this..maybe because Yonghwa started as a band with CNBLUE and suddenly FNC Entertainment making an album just for him..Deeply inside, I'm hoping that CNBLUE could stand just the way there are now...as a brothers in a group...without any solo performance or solo album among them...Hopefully they will never end up just like other group, that started with solo and at the end the group is demolished...I want my CNBLUE back, as a group for sure!

Just hoping this would be just a method of marketing strategy, perhaps. 

20 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Wordless Wednesday! [CNBLUE]

3:47:00 PM Sally Samsaiman 16 Comments

CNBLUE Can't Stop Album [Special Edition] 

 




















Ni baru betul-betul punya wordless..siap terkedu lagi! hehe =)

Ampun!

16 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!