Macam mana nak kurangkan bil elektrik kita..?

Selalu kita merungut bila mana dapat bil elektrik, mahal...itu belum lagi masuk kena bayar surcaj 1.6% untuk Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) yang diuruskan oleh SEDA Malaysia, yang diambil dalam bil elektrik bagi mereka yang menggunakan elektrik yg melebihi 300kwj iaitu bersamaan dengan RM77 keatas sebulan dan bagi pengguna di Sabah ialah RM69 sebulan bersamaan dgn 300kwj...



Hah! daripada korang merungut tak tentu hala...meh sally nak bagi tips sikit macam mana nak kurangkan bil elektrik kita....meh tengok ape yang kita boleh buat kat rumah untuk jimatkan penggunaan elektrik!

  • Cabut plug daripada extension / soket

Tutup dan keluarkan plug peralatan elektrik apabila tidak digunakan. Semua peralatan seperti pemain DVD, dekoder ASTRO, television, and radio menggunakan sedikit tenaga apabila dalam mode rehat dan tidak dimatikan. Mod rehat biasanya menggunakan hampir 20% tenaga berbanding kegunaan biasa. Dah alang-alang nak tutup tu...baiklah off je terus, cabut...Lagi jimat! Kalau-kalau mampu, cuba tukar model lama peralatan elektrik.



Boleh la cuba untuk tukar terutamanya jika dah melebihi 10-15 tahun. Model lama secara biasanya menggunakan lebih daripada 3 kali tenaga berbanding model-model baru. Rujuk kepada label kecekapan tenaga apabila membeli peralatan elektrik . Produk-produk ini akan di label daripada 1 hingga 5 bintang, di mana 5 bintang membawa maksud lebih cekap.

  • Gunakan cat yang cerah/putih untuk bilik.

Cat yang cerah atau lebih baik berwarna putih boleh memantulkan cahaya daripada lampu yang dipasang. Lagipun warna cerah kan ke ceria!

  • Bersihkan peralatan elektrik dengan lebih kerap.

Setelah peralatan mula digunakan, kotoran akan mula terkumpul di atas permukaan peralatan dan mengurangkan kerja (output) perkakas ini ataupun memaksa perkakas ni bekerja dengan lebih kuat untuk melakukan kerja, ini menggunakan lebih banyak. Contoh yang paling ketara kipas la kan..

  • Penggunaan seterika secara berhemah.

Ini boleh mengelakkan pembaziran pemanasan semula seterika setiap kali digunakan.

  • Penggunaan mesin basuh.

Pastikan mesin basuh digunakan dengan muatan penuh, jangan la dua tiga helai dah sibuk nak mesin...selain dapat kurangkan penggunaan tenaga elektrik, dapat jimat air juga dan jimat masa!

  • Penggunaan Pemanas Air

Sape yang suka pakai water heater masa mandi..? Tgh-tgh panas bahang ni...tak payah la pakai...Kurangkan penggunaan water heater masa mandi. Apa salahnya mandi guna air sejuk sekali sekala...baru boleh feeling mandi kat telaga kat kampung..hikhik...

Hehehe...tu je kot...dah takde idea nak letak apa...nanti kalau ada yang lain sally tambah ye..sebenarnya banyak cara nak jimatkan penggunaan tenaga elektrik ni...tau tak, kita boleh jimat hampir RM4 sebulan kalau kita tak biar dekat stand by mode tu! Stand by mode tu macam kita tutup TV tapi tak tutup suis dan juga tak cabut plug...dalam sebulan kita boleh jimat RM4 daripada bil bulanan...sebulan RM4 x 12 bulan = RM48...

Ish..ish...daripada bayar mahal-mahal baik la kita simpan dan cuba latih diri gunakan elektrik dengan berhemah...alaaa..tak susah pun kan..? Kalau kita latih diri, jadikan amalan setiap hari...mesti boleh...Cuba buat dulu baru tau kesannya..biarkan la kalau orang lain tak buat...yang jimat tu kita, bukan orang lain...bila kita dah berjaya..mesti ramai akan ikut jejak langkah kita...Cuba ya!

Post a Comment

21 Comments

  1. Assalamualaikum dan salam singgah sini dik Sally...dalam penggunaan mesin basuh Diana sama macam kat atas tu...cuci kain seminggu sekali,jimat air dan tenaga..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam kak..betul la tu...guna bila dah full load...jangan 2-3 helai pun nak pakai mesin basuh :)

      Delete
  2. wow tips yang bagus.. hehe.. walaupun penjimatan tu nampak macam sikit tapi kalau d kumpul setahun, banyak jgk yang kita dah jimat kan? hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg betul Anne...lagi-lagi kalau kita dapat kurangkan bil...tak kena surcaj :D

      Delete
  3. huhu..kenaa dok khemah la mcm ni.pah 2 mndi kat sungai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu sampai macam tu...janji pandai guna...bukan kena elak gunakan..buat ape ada kemuadahan kalau tak nak guna...cuma jadi bijak sikit laa

      Delete
  4. good! hehe. tq sally comel. hehe

    ReplyDelete
  5. bil elektrik setakat ni alhamdulillah, still rendah. bil air maintain rm 6 tiap2 bulan.

    ReplyDelete
  6. Betul :D
    Thanks kak sally hihihih <3333

    ReplyDelete
  7. ehehe btl tu sally..skrg nie semua dah naik so kena brjimat cermat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak jimat, kena bertindak daripada sekarang kan...

      Delete
  8. bil air, letrik buat msa ni.. alhamdulillah.. xbyk..pjimatan tu pntg, nnti over belanja gara2 bayar bil.. masalah.. ~.~

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat tu Zara...kadang-kadang bil yang buat budget lari kan :D

      Delete
  9. bagus semua tips penjimatan tenaga elektrik ini sally.. masa akak kerja dulu selalu iron baju untuk dipakai seminggu tu.. rasanya cara tu lebih menjimatkan tenaga elektrik juga..

    ReplyDelete
  10. Tq..bil letrik mkin lme mkin mlmpau..buln ni jer rm270..huhuhu

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!