ZE:A Illusionist Concert Live in Malaysia 2014 dibatalkan!

10:55:00 AM Sally Samsaiman 8 Comments

Dalam bulan November lepas kan....Sally ada bagitau pasal konsert kumpulan ZE:A yang akan diadakan pada 18th January kan...boleh tengok dalam entry SINI....Lepas kehadiran LeesSang dan Lee Kwang Soo...sepatutnya sabtu lepas ZE:A pulak yanag akan buat konsert kat Malaysia...tapi malangnya dah di batalkan sebab ada perselisihan kontrak dengan ejen.

Masa press conference daripada pihak penganjur, dorang bagitau, walaupun telah berusaha bagi menyelesaikan beberapa isu, mereka tetap tidak dapat mencari jalan penyelesaian. Oleh itu seperti terma yang dinyatakan dalam kontrak awal, tiada jalan lain selain daripada menamatkan kontrak tersebut. Pihak penganjur turut memohon maaf kepada semua peminat kerana ia adalah satu keputusan yang tidak dijangka.

"Kami mohon maaf. Kami telah melakukan segala yang kami mampu untuk memastikan konsert berlangsung seperti dijadualkan. Namun pihak kami akan tetap memulangkan kembali semua duit tiket konsert kepada semua peminat..."-Penganjur



ZE:A Illusionist Concert Live in Malaysia 2014 sepatutnya berlangsung di Star Stage, Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur pada Sabtu lepas (18th January 2014).

Untuk maklumat lanjut mengenai pembayaran balik wang tiket, layari laman sesawang Air Asia Red Tix. Tu pun kalau korang ada beli laa...hehehe...nak buat camne...takde rezeki la mereka yang nak pergi tu...Sally tak meroyan sangat sebab sally takde la minat sangat pun...cuma ambik tau je laa...hikhik...

You Might Also Like

8 comments:

  1. tak beli tiket, tak kenal...hik hik...

    ReplyDelete
  2. tetiba batal. kesian sapa yang da beli tiket huhu

    ReplyDelete
  3. ada juga dengar pasal konsert zea ni batal

    ReplyDelete
  4. mm..nak buat cemana, lain kali leh datang lagi...

    ReplyDelete
  5. takde rezeki nak buat macam mana kan.. akan datang pasti akan diadakan lagi..

    ReplyDelete
  6. pelik juga nama dia...ika pertama kali juga ni

    ReplyDelete
  7. byk nye kes cancelled ni. apa masalah sponsor sebenarnya??

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!