Solar Farm milik Kumpulan Melaka Berhad (KMB)

12:00:00 PM Sally Samsaiman 1 Comments

Kumpulan Melaka Berhad (KMB) berfungsi sebagai investment arm kepada kerajaan Negeri Melaka, khususnya dalam sektor pembinaan, pembangunan hartanah, pelaburan dan pelancongan tapi yang sally nak cerita ni lebih khusus kepada pelaburan dalam teknologi yang dibangunkan sekarang iaitu tenaga Solar.

Korang tau kan tenaga solar ni adalah tenaga yang boleh baharu selagi mana matahari ada kat atas kepala kita kan...ehehe....Melaka merupakan negeri pertama dalam Malaysia yang menguruskan Solar Farm mereka sendiri. Projek Solar Farm dilaksanakan dalam tiga fasa, iaitu fasa satu berkapasiti (1.30 megawatt), fasa kedua (1.22 megawatt) dan fasa tiga (2.48 megawatt) di atas tanah seluas tujuh hektar yang dibeli daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM). So, sekarang ni total dah 5 megawatt yang mana bekalan tenaga elektrik dari Solar Farm ini akan dijual kepada TNB menerusi perjanjian pembelian tenaga boleh baharu (REPPA) selama 21 tahun.
Tapi korang tau tak apa sebenarnya Solar Farm ni...?
credit : http://www.kmb.com.my
Sabtu lepas, sally dan beberapa orang blogger dibawa oleh pihak SEDA Malaysia untuk melihat sendiri solar farm milik KMB di Melaka World Solar Valley, di Rembia, Alor Gajah...kat sini kami diterangkan tentang solar farm dan juga apa yang dapat disumbangkan oleh tenaga ni...pada asalnya mmg tak faham dan rasa nonsense bila kerajaan Melaka membelanjakan hampir 46juta untuk membangunkan tenaga ni...Kos pembinaan projek dibiayai melalui pinjaman Malaysia Debt Ventures Berhad dengan tempoh pembayaran balik 15 tahun.

But guess what..? ini bukan pembaziran...tapi ini cara mereka membantu membangunkan ekonomi negeri Melaka dan jugak memberi pulangan balik kepada Kerajaan Negeri...tapi macam mana caranya..? mesti korang pun terfikir kan..? sama macam sally sebelum mereka bagi penerangan....

panel solar yang ada di Solar Farm Melaka.
Projek yang dibangunkan menggunakan photovoltaic(PV) solar panel berteknologi Jerman ini dijangka dapat mengurangkan penggunaan tenaga konvensional terutama bahan bakar minyak diesel dalam aktiviti harian. Matahari kita ialah antara tenaga yang boleh baharu sebab telah membekalkan tenaga selama berbilion tahun. Tenaga ini boleh ditukarkan menjadi bentuk tenaga yang lain seperti tenaga haba dan elektrik. Ini ialah tujuan sebenar perlaksanaan teknologi tenaga solar di Solar Farm ni...

Tenaga solar boleh ditukar menjadi tenaga elektrik dalam dua cara iaitu menggunakan aphotovoltaic(PV) solar panel atau "solar cell"...dan juga menggunakan Loji Kuasa Suria (Concentrating Solar Power Plants). Yang ada di solar farm milik KMB ialah antara contoh penggunaan photovoltaic(PV) solar panel. 
photovoltaic (PV) solar panel.
 Photovoltaic (PV) solar panel atau "solar cell" yang menukarkan cahaya matahari terus kepada tenaga elektrik. Setiap "solar cell" dikumpulkan menjadi panel dan susunan panel. Sebenarnya panel diatas terdiri daripada beberapa "solar cell" yang disusun menjadi solar panel dan solar panel ni akan di susun untuk menyerap tenaga daripada matahari.
Semua tenaga yang dikumpul pada panel solar tu akan dibawa ke inverter untuk ditukar menjadi tenaga elektrik. Di Solar Farm ni mereka ada 8 inverter yang beroperasi.




Di Solar Farm KMB mereka mensasarkan untuk menghasilkan 6,162 megawatt per hour dalam setahun dan ini boleh memberi pulangan hampir sebanyak RM121 juta dalam tempoh 21 tahun. Sally rasa rancangan ni bagus dan boleh menjana pendapatan negara jugak kalau digunakan meluas.
Tapi korang mesti nak tau macam mana mereka jana pendapatan dengan tenaga solar..? Kenapa mereka jual kepada TNB dan juga cara nak tahu berapa banyak keuntungan mereka..? Yang ni sally akan cerita dalam next entry berkenaan Feed-In Tariff.

You Might Also Like

1 comment:

  1. terima kasih, Ms Sally kerana berkongsi pengetahuan.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!