Kenapa kena solat, pendapat daripada Ustaz / Sheikh / Tok Guru

9:19:00 AM Sally Samsaiman 22 Comments

Entry pertama pada tahun 2014, nak share yang baik-baik je...so, awal tahun...benda yang paling penting dalam hidup kita ni...tiang agama kita...ialah solat....para Ustaz, Sheikh dan Tok Guru ada pendapat mereka sendiri kenapa solat tu penting selain ianya mmg merupakan rukun islam kita...

1. Org yg tak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dan selalu nampk salah orang lain. - Ustaz Azhar Idrus

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya. - Ustaz Kazim Elias

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..." 
 - Ustaz Don Daniyal

4. Selalulah solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda. - Datuk Ismail Kamus

5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , atleast kalau mati , mati dalam solat. - Ustaz Haslin Baharin

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar 33x, doa kemudian baru bangun” - Al-Habib Ali Zainal

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
-Tok Guru Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya" - Sheikh Abdullah Jahaf.

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
Ustaz Dasuki Rani

10. Jgn cakap: "Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"
Tapi cakap: "Jom solat, nnt kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya...InsyaAllah"
- Tuan Guru Harun Din

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah. - Ustaz Pahrol

Banyak pendapat mereka tentang solat...lebih-lebih lagi kita dapat lihat personaliti orang tu daripada cara dia yang menjaga solatnya...kalau janji dgn Allah pun dilambatkan, tak mustahil janji dengan manusia dia akan mungkiri kan..??


So, jom sama-sama kita jaga solat...jaga iman...semoga berjumpa di syurga Allah ^_^

You Might Also Like

22 comments:

  1. Replies
    1. thanks Gee! hehehe...semoga ada kebaikkannya :)

      Delete
  2. Jom solat .. Solat itu penting .. Merupakan antara ibadah yg wajib ditunaikan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dik...insyaAllah...semoga sama-sama la kita sentiasa mengingati :)

      Delete
  3. Bagus ni sebagai peringatan bersama

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah Anim...sama-sama kita jadikan teladan :)

      Delete
  4. in sha ALLAH. thn yang bagus kak sally sebab berkongsi sesuatu yang baik :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama Hana...sama-sama kita hayati ye

      Delete
  5. :) tq share sally... ^_^ sejuk hati membaca

    ReplyDelete
  6. perkongsian yang sangat bermanfaat mengenai solat.. terima kasih kerana mengingatkan akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama kak...sally pun selalu terleka ;D

      Delete
  7. setuju sangat, solat tu tiang agama... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Ika~ bnda ni yg paling ringan tapi yg paling berat kena hisab nanti

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!