Grooming Si Pak Janggut.


Bila kucing yang berbulu tebal ni...bulu dia selalu bergumpal....tak baik untuk kesihatan kucing...so, sebagai tuan yang baik...kena la tolong sikat kan atau bahasa cantiknya kena la grooming dia supaya bulu tu takde la tergumpal...

Kucing Parsi tergolong di dalam kategori long-haired, dimana ia mempunyai double coat yang membentuk lapisan bulunya. Lapisan pertama adalah pendek, tebal dan padat manakala lapisan kedua pula lebih panjang, jarang dan lembut.

So, ni la sebab bulunya amat mudah berselirat, tergumpal dan memerangkap kotoran. Sepertimana kucing long-haired yang lain, kucing Parsi mudah membentuk mats yang terjadi akibat gumpalan bulu yang sudah gugur tetapi terperangkap di antara bulu yang sedang tumbuh. Gumpalan ini akan semakin membesar kerana ia menarik bulu-bulu lain dan ini akan menyebabkan kesakitan pada kulit kucing jika ditarik.

Gumpalan ini biasa terjadi pada kawasan yang sukar dicapai oleh kucing. Percayalah, kucing Parsi anda tidak akan mampu menjaga keseluruhan bulunya dan anda perlu membantu kucing anda dalam hal ini. Antara kawasan yang biasa terjadinya gumpalan dan simpulan adalah ketiak, abdomen, belakang telinga, ekor, bahagian bawah ekor dan bahagian belakang kaki belakangnya. Walaupun ianya nampak remeh tetapi ingatlah bahawa gumpalan bulu ini biasanya terjadi hampir pada permukaan kulit. Bukan sahaja bulunya yang terperangkap di situ malah segala kekotoran dan kelembapan yang menyebabkan kulit mengalami ruam dan kepedihan. Untuk kes yang serius, anda mungkin perlu membawanya ke vet untuk dicukur keseluruhan bulunya.

Menyikat juga dapat mengurangkan bebola rambut atau hairball yang terkumpul di dalam perut. Bebola rambut ini merupakan bulu gugur yang terperangkap di dalam perut kucing semasa ia mengandam atau menjilat bulu-bulunya.

Sikat yang terbaik adalah dari jenis metal comb dengan giginya yang panjang, sesuai dengan bulu panjang yang dimiliki oleh kucing Parsi. Sesetengah kucing tidak menyukai sesi menyikat ini namun ia masih boleh diajar. Jika terlalu sukar dan kucing anda sentiasa melarikan diri, berikan makanan sebagai hadiah setelah selesai sesi menyikat. Sesi menyikat ini lebih mudah diajar pada anak kucing berbanding kucing dewasa. Jika semuanya berjalan lancar, kucing anda pasti akan mengiau keseronokan dan mula berbaring setiap kali melihat anda mengeluarkan sikatnya. 


Nak hantar grooming ke kedai mmg tak la kan...mahal...sally kan kedekut..hikhik....so, sikat jela sendiri...yang penting si Pak Janggut ni suka....seronok dia berbaring sakan...hahaha...tapi mmg kena rajin la sebab kalau bela kucing parsi atleast sekali sehari kena sikat bulu dia...alaa...sambil tengok TV tu...sikat jela..hehe....


Post a Comment

32 Comments

  1. comelnyaaaaaaaaa kucing diaaaa!!! hikhik

    ReplyDelete
  2. Hohoho..
    Makin stylo le tok janggut pasni

    ReplyDelete
  3. baru baje cara nak komen kt blog sally. hikhik. try yea!

    NinaAz

    ReplyDelete
    Replies
    1. salh link kot kak Nina...tak boleh bukak pun :(

      Delete
  4. berapa hengget la gaknya kalau groomong dia kat kedai...hik hik... kita pun grooming kat umah je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti la kak...kalau tak silap dulu less than RM100... :)

      Delete
  5. eee comel gilaaa diaaa hitam putih hihihihi
    kak sally peluk cium kan tauuu <33333

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan dia pun comel kan...hahahaha...
      dah selalu dah kena gomol-gomol :P

      Delete
  6. alooo comelnya siap lending lagi kucing tu

    ReplyDelete
  7. Amboii. Baiknya tuan dia ni :D Haha.. Sbb tu tak bela kucing parsi. Cukuplah Vee jaga budak kecik kat tadika tu dari pagi ke petang. Haha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...dah la baik, comel plak tu tuan dia...hehe...xpela..vee jaga those kiddies je... :)

      Delete
  8. owhh hana baru tahu. thnx kak sally. tp so far kcing hana semua bulu pendek. haha

    ReplyDelete
  9. amboi c pak janggut bergaya sakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus laaa...baru awek sblh rumah pandang...hikhik :)

      Delete
  10. alahai lebatnya bulu. leceh tak nak jaga cik sally? tapi comel.. haishhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...leceh tu xde la...tapi byk bnda nak kena tgk...

      Delete
  11. OH..sally pun bela kucing ya.baru tahu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lorrr...Anim baru tau ke...? Dah lama dah laaa....hehe

      Delete
  12. comelnya. huhu . tpi Munirah takut kucing. hehe

    ReplyDelete
  13. mmg selalu sikat2 sambil tengok tv.. hehe.. kalau Abang E'el sy tu, sampai tertido2 dia.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...? Tu la...selalu kena sikit...lupa je terus bergumpal bulu dia....

      Delete
  14. Esok nak balik kampung jumpa kucing kesayangan..

    ReplyDelete
  15. bagus tu sally...manage sendiri je...ika pun masa bela arnab dulu grooming sndr je...

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!