Movie | RoboCop

5:30:00 PM Sally Samsaiman 13 Comments


Seperti yang korang semua tau...sally dapat pass Premiere Screening untuk filem RoboCop kelmarin...sape dah tengok RoboCop..? hihihi...sally ni pun alhamdulillah la dapat rezeki...actually sally tak minat sangat tgk wayang...except kalau ada cerita yang betul-betul sally nak tgk la...



Synopsis:
Start cerita dia pada tahun 2028, Alex Murphy ( Joel Kinnaman) seorang pegawai polis dalam siasatan tentang keluar masuk senjata daripada bilik bukti yang hilang dan dijual kepada pengganas. Masa tu, ada sebuah syarikatOmniCorp tgh reka robot untuk menggantikan polis di jalan raya tapi senator dia halang sebab robot takde perasaan..

Polis yang corrupt dalam balai tu cuba bunuh Alex Murphy sebab tak nak bagi dia siasat lebih dalam...dorang letupkan kereta dia dan Alex cedera parah... OmniCorp nampak cara nak pulihkan Alex dengan mengubah dia jadi pegawai polis yang separuh robot dan separuh manusia.

Comment:
Hehehe...sally suka yang original version...yang version ni sally tak minat sangat laa....daripada 5 bintang...sally kasi 3 je...sebab jalan cerita dia tak berapa hebat but in terms of dia punya outfit...tu awesome...suit yang warna hitam cantik more than suit yang warna silver..hahahaha...rata-rata orang yang tgk pun rate rendah je...sebab mungkin expectation kami jalan cerita dia lebih baik daripada yang original version.

Trailer:

Untuk lebih kepuasan hati, better korang pergi tengok sendiri la...ohh! before sally lupa...ramai yang bertanya camne sally boleh dapat tiket free selalu kan..? terima kasih la kepada pihak KLIPS. Cara dia senang je...korang sign in dengan KLIPS dan korang share trailer terbaru, dan tunggu la kalau dapat tiket secara percuma! So far dah hampir 10 kali sally dapat tiket dan juga beberapa premiere screening untuk latest movie...

So, kalau rasa nak tiket free macam sally, boleh join KLIPS!

13 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Feed-In Tariff (FiT) di Malaysia, relevan ke..?

3:30:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments

Macam yang sally janji dalam entry Solar Farm milik Kumpulan Melaka Berhad (KMB)... hari ni sally akan bercerita tentang Feed-In Tariff atau singkatannya (FiT). FiT merupakan pemangkin kepada tenaga boleh baharu (TBB) dan juga mengurangkan penghasilan karbon dioksida (CO2) yang mana tidak baik untuk alam sekitar. 

Kesan yang paling ketara akibat penghasilan (CO2) dan sedang hangat diperkatakan oleh dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat , persekitaranya menjadi panas.

Dan apa pula kaitan antara FiT dengan tenaga boleh baharu di Malaysia?

credit : http://ecoideal.com.my
 Tak faham pun gambar tu kan..? hahaha...meh sally nak kasi tau meh...


Pun tak faham jugak kan...? hehehe...ok, kali ni serius ek...serius! *muka serius sikit

FiT membolehkan elektrik yang dihasilkan daripada sumber-sumber tenaga boleh diperbaharui untuk dijual kepada utiliti kuasa (TNB, SESB & NUR Distributions Sdn. Bhd.)
 ) pada harga premium tetap untuk tempoh yang khusus dan ditentukan oleh jenis tenaga boleh diperbaharui contohnya tenaga solar. Dalam erti kata lain, kita menjadi pengeluar tenaga elektrik dan kita akan dibayar. Contohnya sekarang kita dapat bekalan elektrik daripada TNB kan..? dan setiap hujung/awal bulan kita akan bayar bil. Sama la kaedahnya dengan FiT cuma bezanya sekarang...kita ialah pengeluar dan TNB , SESB & NUR pula yang akan bayar kita.

http://ahmadfaizal.com/wp-content/uploads/2013/11/RE-fund-1-peratus.png
Credit : http://ahmadfaizal.com
 Tapi apa pulak kaitan antara FiT dengan Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) yang diambil dalam bil elektrik bagi mereka yang menggunakan elektrik lebih daripada RM77 keatas sebulan...kemana disalurkan dana tersebut? dan kenapa perlu ada kenaikkan daripada 1% kepada 1.6%..?


Dana wang tenaga boleh baharu ini diuruskan oleh pihak SEDA Malaysia yang mana cuba untuk mengadakan lebih kuota untuk untuk menggalakkan lebih ramai individu untuk menjana elektrik mereka sendiri, disamping penggunaan dirumah, mereka juga boleh menjual kepada pihak TNB. Di bawah skim ini, penjana tenaga boleh baharu akan dibayar jumlah mengikut sistem mereka dan juga tenaga yang telah dihasilkan.

 Untuk memohon FiT, Malaysia memerlukan kuota yang diluluskan oleh pihak SEDA Malaysia. Mesti korang rasa bagus kan ada teknologi ni..? tapi pemasangannya tak kurang mahal juga sebenarnya...sebab tu jugak la...kuota di Malaysia ni sikit sangat dan memerlukan masa untuk memohon tapi korang tau tak..? once kita dah install FiT ni...kita sebenarnya tengah menjalankan pelaburan dalam jangka masa panjang..?

FiT adalah untuk memberikan kita keuntungan bukan sahaja untuk membayar kos pemasangan, tetapi untuk membuat keuntungan dan juga untuk membuat pelaburan jangka panjang. Tujuannya adalah untuk memberi ganjaran kepada kita setiap kali kita menjana tenaga elektrik. Pembekal elektrik kita akan membayar kita jumlah tertentu setiap kWj elektrik kita jana.

Laman web SEDA Malaysia : http://seda.gov.my/

Dan kiranya dana wang tenaga boleh baharu yang diambil daripada bil elektrik kita ni disalurkan supaya boleh menambah kuota untuk mengadakan lebih banyak Feed-In Tariff di Malaysia...mungkin ramai yang marah dengan kenaikkan ni...sally pada awalnya pun macam tu...tapi kalau kita cekap menggunakan tenaga dirumah, dan dapat mengurangkan bil elektrik kita kurang daripada RM77 sebulan kita sebenarnya tak payah bayar pun kan...? betul tak..? kenapa sally berani cakap camni..? sebab rumah sally yang berkapasiti 3 orang yang TV on 24 jam pun dapat kurangkan bil as long as kita pandai gunakan tenaga tu sebaiknya. 

Korang boleh baca entry sally yang ni --> SEDA ke tak sedar..?

Dalam entry tu sally ada jugak terangkan cara nak jimatkan tenaga elektrik..hehehe...hopefully membantu! 

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Solar Farm milik Kumpulan Melaka Berhad (KMB)

12:00:00 PM Sally Samsaiman 1 Comments

Kumpulan Melaka Berhad (KMB) berfungsi sebagai investment arm kepada kerajaan Negeri Melaka, khususnya dalam sektor pembinaan, pembangunan hartanah, pelaburan dan pelancongan tapi yang sally nak cerita ni lebih khusus kepada pelaburan dalam teknologi yang dibangunkan sekarang iaitu tenaga Solar.

Korang tau kan tenaga solar ni adalah tenaga yang boleh baharu selagi mana matahari ada kat atas kepala kita kan...ehehe....Melaka merupakan negeri pertama dalam Malaysia yang menguruskan Solar Farm mereka sendiri. Projek Solar Farm dilaksanakan dalam tiga fasa, iaitu fasa satu berkapasiti (1.30 megawatt), fasa kedua (1.22 megawatt) dan fasa tiga (2.48 megawatt) di atas tanah seluas tujuh hektar yang dibeli daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM). So, sekarang ni total dah 5 megawatt yang mana bekalan tenaga elektrik dari Solar Farm ini akan dijual kepada TNB menerusi perjanjian pembelian tenaga boleh baharu (REPPA) selama 21 tahun.
Tapi korang tau tak apa sebenarnya Solar Farm ni...?
credit : http://www.kmb.com.my
Sabtu lepas, sally dan beberapa orang blogger dibawa oleh pihak SEDA Malaysia untuk melihat sendiri solar farm milik KMB di Melaka World Solar Valley, di Rembia, Alor Gajah...kat sini kami diterangkan tentang solar farm dan juga apa yang dapat disumbangkan oleh tenaga ni...pada asalnya mmg tak faham dan rasa nonsense bila kerajaan Melaka membelanjakan hampir 46juta untuk membangunkan tenaga ni...Kos pembinaan projek dibiayai melalui pinjaman Malaysia Debt Ventures Berhad dengan tempoh pembayaran balik 15 tahun.

But guess what..? ini bukan pembaziran...tapi ini cara mereka membantu membangunkan ekonomi negeri Melaka dan jugak memberi pulangan balik kepada Kerajaan Negeri...tapi macam mana caranya..? mesti korang pun terfikir kan..? sama macam sally sebelum mereka bagi penerangan....

panel solar yang ada di Solar Farm Melaka.
Projek yang dibangunkan menggunakan photovoltaic(PV) solar panel berteknologi Jerman ini dijangka dapat mengurangkan penggunaan tenaga konvensional terutama bahan bakar minyak diesel dalam aktiviti harian. Matahari kita ialah antara tenaga yang boleh baharu sebab telah membekalkan tenaga selama berbilion tahun. Tenaga ini boleh ditukarkan menjadi bentuk tenaga yang lain seperti tenaga haba dan elektrik. Ini ialah tujuan sebenar perlaksanaan teknologi tenaga solar di Solar Farm ni...

Tenaga solar boleh ditukar menjadi tenaga elektrik dalam dua cara iaitu menggunakan aphotovoltaic(PV) solar panel atau "solar cell"...dan juga menggunakan Loji Kuasa Suria (Concentrating Solar Power Plants). Yang ada di solar farm milik KMB ialah antara contoh penggunaan photovoltaic(PV) solar panel. 
photovoltaic (PV) solar panel.
 Photovoltaic (PV) solar panel atau "solar cell" yang menukarkan cahaya matahari terus kepada tenaga elektrik. Setiap "solar cell" dikumpulkan menjadi panel dan susunan panel. Sebenarnya panel diatas terdiri daripada beberapa "solar cell" yang disusun menjadi solar panel dan solar panel ni akan di susun untuk menyerap tenaga daripada matahari.
Semua tenaga yang dikumpul pada panel solar tu akan dibawa ke inverter untuk ditukar menjadi tenaga elektrik. Di Solar Farm ni mereka ada 8 inverter yang beroperasi.




Di Solar Farm KMB mereka mensasarkan untuk menghasilkan 6,162 megawatt per hour dalam setahun dan ini boleh memberi pulangan hampir sebanyak RM121 juta dalam tempoh 21 tahun. Sally rasa rancangan ni bagus dan boleh menjana pendapatan negara jugak kalau digunakan meluas.
Tapi korang mesti nak tau macam mana mereka jana pendapatan dengan tenaga solar..? Kenapa mereka jual kepada TNB dan juga cara nak tahu berapa banyak keuntungan mereka..? Yang ni sally akan cerita dalam next entry berkenaan Feed-In Tariff.

1 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Welcome La Vie est Belle!

11:00:00 AM Sally Samsaiman 7 Comments


Pronunciation dia, La-Vie-a-belle

Hahahaha...actually ni keluaran tahun lepas...tapi sally suka bau dia...beli yang tester je pun...nak beli yang 75ml...belum rasa nak beli...hahaha...nanti la kalau rajin dan kalau ada budget lebih...

eh, korang pakai perfume apa ek..?

p/s : Selamat bercuti...! ^_^

7 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Happy CNY & Happy Holiday!

8:24:00 AM Sally Samsaiman 14 Comments



Tetiba hari jumaat cuti kan...? tu sangat la heaven sebab esok pun cuti...semalam dapat balik awal...pukul 3.30pm, boss dah bagi balik keja...padahal xde orang cina pun dalam office tu..hikhikhik....

Semalam pun dapat angpow daripada company and ada few suppliers yang bagi masa dorang datang HQ untuk ambik cheque...alhamdulillah rezeki bulan ni...mungkin bos tau bulan depan kami nak g bercuti kot...sebab tu dia bagi...

hikhikhik...actually ada few good things happen...tapi tak boleh reveal kat sini...just boleh cakap, alhamdulillah! Hari ni nak kena pergi beraya rumah uncle...as you know mama sally kan chinese...and her brothers still not converting...so, hari ni nak g kumpul angpow kat rumah uncle! yeay!!

Hehehe...selamat bercuti korang...! Jangan nakal-nakal..

^_^

14 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

International Sustainable Energy Summit (ISES) 2014

8:51:00 PM Sally Samsaiman 10 Comments

 
International Sustainable Energy Summit 2014 atau turut dikenali sebagai ISES 2014 merupakan salah satu daripada program bawah kelolaan Sustainable Energy Development Authority (SEDA)... ISES 2014 merupakan ISES kedua yang akan diadakan pada 18th-19th March 2014 di Sunway Resort Hotel & Spa, Petaling Jaya...

 

ISES 2014 aims to share good practices and help identify means of providing necessary know-how, technology and financing for transformation toward energy independence and sustainable development. ISES 2014 also provides a platform and opportunity for Renewable Energy and Energy Effiency industry professionals in Malaysia and the world to meet, discuss and get latest updates and related issues on Sustainable Energy in Malaysia.

Seperti yang kita semua tau...kos bahan api kini makin lama makin meningkat...so, sebagai langkah untuk menyedarkan rakyat Malaysia khususnya...pihak SEDA Malaysia telah menganjurkan ISES 2014...Program ni juga turut disokong oleh Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)....


pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang 2 hari tersebut...antaranya ada pameran yang terbuka kepada umum dan juga ada persidangan yang mana akan membincangkan topik International Case Studies on Sustainable Energy Policies, Financing Sustainable Energy Projects, dan juga Sustainable Energy Technologies (Renewable Resources & Energy Efficiency).
 
181113 programme 

Akan ada ramai speakers daripada seluruh pelusuk dunia yang akan berkongsi informasi ni...antaranya:


Untuk maklumat lanjut tentang program & juga pembelian tiket : http://www.ises.gov.my/

Bagi sally, persidangan ni sangat la informatif...sebab daripada sini kita boleh didik diri kita dan ajar diri kita tentang kepentingan tenaga boleh baharu ni...daripada kita merungut tentang kenaikkan harga...baik kita belajar cara nak tangani kenaikkan ni nanti...kan..?

10 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Kesengalan di petang hari.

4:19:00 PM Sally Samsaiman 24 Comments



Tak dapat banana milk ni...minum Vitagen pun boleh la...bentuk dah lebih kurang sama...kaler pun dah hampir-hampir sama...lagipun Vitagen kan baik untuk penghadaman...sokonglah barangan buatan malaysia...tapi silalah mengidam barangan buatan Korea...hahahaha...

*statement sedapkan hati sendiri.

24 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Korean Drama | Bride of the Century

12:30:00 PM Sally Samsaiman 18 Comments

Dah lama tak review cerita baru kan..? tahun ni sally kurang sikit tgk cerita korea...mungkin sebab kekangan masa...yang sally tengok pun kat Astro jela...tu pun kadang tertinggal episod..hehehe...tapi semalam Ain share satu cerita baru...macam best...sebab ada Lee Hongki...okay, curang kejap kat Yonghwa...


Hehehe...ni cast dia...Hongki & Yang Jin Sung~


SYNOPSIS
A mystery about a missing wealthy family daughter who disappears right before her wedding. Two companies bring in an impostor who looks just like her and plots and schemes take place. The Taeyang Corporation is the largest conglomerate in South Korea. The family that runs Taeyang has been under a curse for 100 years. The curse began when the first bride of the family's first son died. Under this situation, a love like fairy tale occurs while conspiracies run rampant. 

CAST
Sama-sama la kita nantikan kat Malaysia ye...starting  15th February 2014...jangan lupa tengok tau nanti! hehehe....tetiba excited macam nak tengok Marry Him If You Dare dulu...weee~

18 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

CNBLUE Candle : Sweet Note

10:30:00 AM Sally Samsaiman 14 Comments


Sally suka banyak benda dalam dunia ni...selain daripada Doraemon, Perfume...sally suka kumpul lilin...tetiba kesayangan sally boleh pulak bawak keluar CNBLUE Candles : Sweet Note....aigooo...dah mana pulak la nak cari benda ni kat Malaysia ni...? sape nak g Korea....?? Nak kirim!!


Ada 4 bau...semua lilin ni guna nama daripada tajuk lagu CNBLUE.. ada Love Light, Imagine, Blind Love dan jugak Let Me Know...aigooo...dah jadi satu hal pulak nak cari benda ni...kang ada jugak yang terbang ke Korea nak cari ni...hehehehe...okay, tipu je ^_^

p/s : CNBLUE sekarang ada kat Peru untuk Blue Moon World Tour.

14 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Premiere Screening | Robocop

7:30:00 PM Sally Samsaiman 22 Comments


Ye...malam ni dapat jemputan untuk Premiere Screening untuk filem Robocop yang bakal ditayangkan esok di seluruh Malaysia...hehehe...kira antara orang pertama yang tengok la ni kan..hikhik...


untuk review dia...esok la ye...sebab baru nak g feeling tengok wayang malam ni..hehehe....

22 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Wordless Wednesday!

3:59:00 PM Sally Samsaiman 27 Comments

AEON Ampang.



27 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Review Ephyra : Hari Ke-6

2:57:00 PM Sally Samsaiman 18 Comments


Okay...jangan pelik...mmg tu la rupa sally kalau close up! I hate those parut jerawat...aigooo~ pasal tu bila dapat sponsor daripada pihak ephyra...terus happy jiwa dan raga...ahahaha...tapi yela...takdela hari ni makan terus esok muka cantik macam retis korea...semua memerlukan masa...nak kena renew balik sel-sel yang ada...semua tu ambik masa....

Pada hari ke 6 sally consume ephyra...sally masih belum nampak sebarang perubahan pada wajah...kecuali muka mmg kurang berminyak...no need to wear any compact powder...awesome kan...? rambut yang selalu gugur pun dah kurang...tak payah sibuk nak cari syampu anti kelemumur, anti gugur bagai..hehehe...alhamdulillah....

Tapi yg sally perasan...sally sangat bertenaga...even tidur 4-5 jam pun sally boleh kekal cergas sepanjang hari..eh, macam kenal tagline tu ek..? hahaha...tapi mmg serius la...lagi-lagi minggu ni kan penuh masa dengan cousin sally ... seawal pagi pukul 6am sally dah bangun dan siap g kerja...balik rumah terus siap nak keluar bawak dia berjalan sekitar KL...so, balik selalu dah around 12am - 2am...so, mmg pack kan..? tapi guess what..? sally tak rasa lesu pun...mengantuk pun tidak...ada la menguap tu tapi xdela penat sangat...

So far, itu je yang sally nampak...tapi mungkin lebih lama mungkin akan ada lebih benefit dia kan...? Dan berita baik kepada pengunjung blog sally...korang boleh dapat harga istimewa kalau beli dengan sally...hehehe....benda baik kita kongsi la kan...kalau nak cuba...boleh isi borang kat SINI....

Semoga apa yang sally kongsi ni boleh bagi sikit feedback positive kat korang...alhamdulillah...sebab sally pun rasa lebih sihat...terima kasih la kepada pihak ephyra...kalau nak tunggu sally beli...berfikir 2-3 kali jugak..hehehe..tapi rezeki...alhamdulillah! ^_^

18 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Projek Cheese Leleh~

12:30:00 PM Sally Samsaiman 31 Comments

Lepas balik dari pergi makan chicken chop kat burger bakar abang burn, jam dah menginjak ke pukul 12...ingatkan balik dapat la tido...sekali cousin sally ajak buat cheese leleh pulak...

pulak dah! budak ni meroyan ke apa nak memasak tgh malam...tapi sally layankan jugak la...sebab takut hari ni dia kena kerja...even sebenarnya dia cuti...tapi kena ganti orang...dia takut tak sempat buat katanya......

Bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan yang diperlukan : Biskut Jacobs, Cream Cheese, Susu Pekat, Plain Yogurt and Cheddar Cheese...DONE!

Senang je pun kan nak buat benda ni...first pukul dengan mixer cram cheese tu, masukkan susu pekat dan plain yogurt...yang ni ikut cita rasa...jangan bagi manis sangat, jangan masam sangat...ikut selera sendiri la...


Pastu susun biskut...nak bagi tekstur dia sedap sikit...celup biskut dalam air susu @ air masak...supaya dia jadi agak lembut sikit...setiap lapisan biskut tu letak la cheese mixture tadi...buat la dalam 4-5 lapis...ikut bekas yang korang guna laa...


So, ni final touch...parut cheddar cheese tu atas lapisan tadi..pastu simpan dalam peti ais...makan time sejuk...sedap!

Sally habis buat benda ni around pukul 2 pagi...ni pun masih mengantuk...nasib baik pagi tadi dah minum Ephyra! pemberi tenaga sepanjang hari...hehehe ^_^

31 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Chicken Chop di Burger Bakar Abang Burn?

10:32:00 AM Sally Samsaiman 15 Comments

Meatball ~
Burger Bakar Abang Burn...sape tak kenal kan...semalam niat hati nak keluar shopping kat Danau Kota...sekali pergi sana..tutup pulak! sadis gila...on the way balik tu...singgah makan kejap sebab lapar...aiseh! Menu meatball mmg satu kemestian kalau sally g sini...

Octopus Takoyaki~
Nak rasa chicken chop dengan lamb chop Abang Burn...tapi kena tunggu agak lama sebab dia nak kena ambik masa sikit nak masak..huhu...so, sempat order takoyaki dulu...sedap jugak tapi kedekut octopus! eh, kita tgh cerita pasal chicken chop kan..?


masa tengah order semalam...dia bg tester...perghh...mmg sedap kot! daripada elok-elok sally nak makan burger...terus tukar jadi chicken chop...at first nak rasa lamb chop...tapi lambat sangat la...huhu...so far...rasa dia mmg sedap...mmg juicy...dia ada jugak version frozen...kira kalau nak masak kat rumah pun boleh la...

Chicken Chop~
So, dia mmg ayam semata je ek..jangan nak demand ada coleslaw bagai ye...french fries ke...sebab ni kira macam dia tolong masak yang version frozen tu la...tapi ada 2 keping ye...berbaloi dengan harga dia la...bagi sally...sebab ada 2 keping...so..sedap!

p/s : selagi cousin sally ada kat rumah...mmg menternak lemak je la setiap hari -_-'

15 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Wordless Wednesday!

9:54:00 AM Sally Samsaiman 5 Comments


No comment at all..huhu...

5 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

I'm a nice human.

6:30:00 PM Sally Samsaiman 11 Comments


I'm a nice human, if you do so.

Senang je basic hidup ni...korang buat baik, orang pun akan buat baik...mungkin ada segelintir la kena pijak kepala...tapi fikir balik laa...apa la sangat yang korang dapat kalau buat jahat kat orang..? kan..?

Sally pun macam ni...serius cakap la...kalau orang berbudi bahasa...sally akan jadi sebaik-baik manusia...tapi serius...sally pantang kalau orang cuba nak pijak kepala dan buat benda yang tak baik kat sally or family sally...sally tak reti nak maafkan orang kalau perbuatan dia dah keterlaluan!

p/s : I'm not in the mood -_-'

11 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Power Bank.

3:45:00 PM Sally Samsaiman 34 Comments

Selepas 2-3 kali out station ...sally baru perasan yang sally takde power bank...setiap kali nak kemana-mana mesti sally pinjam power bank abang or kawan sally...okay, kesian sangat kan...?

Gaji pun dah masuk...jadi terasa macam nak beli power bank la pulak...search pelbagai jenis power bank...akhirnya tertarik kepada jenama Pineng....rasanya ramai yang tau kot....kebetulan kawan sally masa kat kolej dulu jadi pengedar Pineng yang original...terpanggil pulak nak beli dengan dia....


model yang buat sally tertarik harus lah model PN903...


Model yang ni kecik sikit berbanding dengan PN910...walaupun kapasiti dorang sama...yang model PN903 ada penanda aras suhu dan jugak kecik la...tu yang sally suka...sebab dia tak makan space sangat dalam beg...hehehe....insyaAllah lepas raya cina nak ambik satu la...sebab sekarang ni dah bercuti...CNY la katakan...poslaju pun cuti...hehehe....

kalau korang nak beli...boleh la whatsapp LekaihsStore (Naza) - 016-6089250

p/s : promote..tolong bisnes kawan ^_^

34 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Terasa diri dah tua.

12:00:00 PM Sally Samsaiman 30 Comments


FAKTA : Kebanyakkan wanita Malaysia hanya mendapat 50% keperluan kalsium mereka.

begitulah yang tertulis atas anlene concentrate...lately ni sally selalu dengar kaki sally berbunyi masa nak bangun berdiri atau tgh solat...dah macam orang tua dah...hahaha...sadis gila kan bunyi dia..?

So, start hari ni nak try la minum anlene concentrate ni...mana tau kot elok ke kan...kita cuba dulu...

^_^

30 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Dating dengan Le Cousins

10:27:00 AM Sally Samsaiman 12 Comments



Yup...masa cuti semester ni...masa untuk sepupu sally berjalan-jalan...hehehe...yang lelaki tu sekarang tgh amik degree kat Universiti Malaysia Kelantan...yang perempuan tu nurse kat Hospital Sg Buloh...sally dan Aqila sebaya...cuma beza bulan je kami...

Aqila lahir 16.1.90 dan sally lahir 16.11.90...kalau sekali tengok macam takde beza pun kan..? tak banyak cousin yang sally rapat sebab sally jarang balik kampung...lagipun yang sepupu lain semuanya baru nak masuk sekolah rendah...tak reti pulak nak berkawan...hahahaha....

Semalam saje melepak kat Bukit Ampang...nak tengok keadaan KL ni...sape pernah g bukit Ampang..? dari sini boleh nampak keseluruhan KL ni...KLCC pun boleh nampak...malam mmg cantik la sebab banyak lampu kan...hehehe....

 
Semalam sally cuba teh tarik strawberry...mmm...sedap jugak...cuma dorang ni kedekut susu...hahahaha...tapi overall..sedap! spend masa dengan family mmg seronok kan...??
 

12 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!