Bila la nak dewasa kalau gini...?

11:35:00 PM Sally Samsaiman 30 Comments

Jam bergerak menghampiri jam 12...mungkin ramai yg menunggu nak sambut tahun baru...sepatutnya malam ni sally keluar untuk BBQ dengan kawan sekelas...tapi tetiba hati rasa macam tak selamat je nak keluar malam-malam...pastu dengan keadaan Malaysia yg makin lama makin aman ni kan...rasanya baik duduk rumah je kot...blogwalking...hahahaha...

So, sebelum hadiah birthday sally ni basi sebab lagi 30 minit nak masuk tahun baru kan...baik sally update secepat mungkin! hahaha...even selang sehari...tapi still dah masuk tahun baru kan...

Sepatutnya hadiah ni sampai ke tangan sally masa Jumaat lepas, tapi sebab sally terlupa nak g ambil kat receptionist...so, hari ni la baru ambik...nasib baik tak hilang...well, ni hadiah belated birthday sally sebenarnya...ye...semua org suka bg sally barangan doraemon...hahaha



Hehehe...kawan office sally yang baik hati namanya Adawiyah...tapi dia ada kat site...sebab...err dia junior site supervisor...jadinya dia mmg kat site la...buat ape sitesupervisor nak duduk office...so, dalam plastik tu ada botol air dan jugak kad ucapan yg bagi sally super cute! mmg rare...lain daripada yg lain punya kad...

but still sally menunggu satu lagi hadiah...tumbler kaca yang ada doraemon...sudah semestinya...yang tu nanti kalau dah dapat la baru update..okay..??

p/s : masih mengharap nak anak patung doraeomon yg KFC tu...takde sape sudi bagi kat kita :(

30 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Ranking Alexa [1]

8:22:00 PM Sally Samsaiman 28 Comments

Orang bila menghampiri tahun 2014 ni, banyak yang bercerita pasal azam....sally tak nak la ikut trend..hahaha...so, sally nak cerita pasal pencapaian blog sally...well, even blog ni masih belum dapat pape anugerah jauh sekali diiktiraf...tapi sally sayang dia...

sebab apa...? sebab dia selalu ada untuk sally meluah perasaan...walaupun pada hakikatnya korang yang kena baca dan komen, tapi at least kita ada peneman bila kita rasa nak berbual tapi takde yang nak respon kat kita...hihihi


Buat masa ni...inilah ranking sally ... Globally dan ranking dalam Malaysia...jauh...masih jauh...sally teringin nak jadi macam kak +Mia Liana, kak +Farah Waheda Wahid  dan abang +Eraz Fadli yang masing-masing hanya menulis blog personal...tapi dah kukuh kedudukan mereka...hehehe...ye, sally mmg tgh bodek dorang ni...mintak tunjuk ajar..hahaha....

Sumber : Alexa Sally

eh, kalau korang rasa nak tengok ranking blog korang...boleh la tengok kat SINI...okay..? masuk je URL blog nanti dorang tolong kira kan...

p/s : Sally takkan ada kat takuk ni kalau korang tak datang singgah...entry terima kasih ni untuk korang! 

28 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Sape nak cari JODOH, mari dekat!

4:55:00 PM Sally Samsaiman 43 Comments


Amboi Sally! 

Hahahaha...mohon paham yang sally takde bukak agensi cari jodoh, mahupun jadi match maker untuk orang cari jodoh...sebab sally dah confirm kawen dengan Yonghwa...

dang! 

*eh, ibu baling periuk...larikkkk

erk...hahaha...baik mengaku! sape yang search jodoh kat blog sally ni..? banyak kali hit pulak tu...meh nak babap tangan dia...hahahaha....

Meh sally kongsi tips sikit...even masih belum jadi kat sally..hahaha...tapi tak salah kita cuba kan...??

  1. Amalkan membaca surah Yassin pada setiap malam atau lebih baik setiap kali lepas solat. Sebelum membaca, niatkan di dalam hati supaya Allah SWT menyegerakan jodoh, memberikan jodoh yang terbaik dan beriman untuk anda.
err...sebenarnya satu tips je yang sally ada..hahaha...pastu boleh la cuba amalkan doa ni...tapi yang sally jumpa utk perempuan je...maaf la lelaki-lelaki sekalian :P


p/s : Azam 2014, nak g Korea masuk meminang Yonghwa....hahahahahaha....sape nak kasi pinjam 178 billion macam annual income CNBLUE tahun 2013 kat sally..?

p/s/s/s : larikkkkk...kena kejar dgn ibu pakai parang...hahahahaha

43 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Master's Sun & The Heirs Parody @ SBS Gayo Daejeon

4:00:00 PM Sally Samsaiman 20 Comments

Okay, peringatan...ni entry Kpop ye...kepada yang faham...korang akan gelak guling-guling even takde subtitle..hahaha...kalau yg tak paham sila, senyum...

Firstly, SBS Gayo Daejeon was a major annual end-of-the-year music program broadcast on 29 December by Seoul Broadcasting System (SBS). It was started in 1997, and awards were given to entertainers until 2007. In the 2010 program,Super Junior’s Heechul, Jung Yong-hwa, Jo Kwon from 2AM and actress Hwang Jung-eum hosted.

The 2012 SBS Gayo Daejeon aired live from Korea University with performances from TVXQ, Super Junior, Big Bang, Dynamic Duo, Epik High, f(x), SHINee, Ailee, B1A4, 2NE1,Secret, B.A.P, SISTAR, T-ara, GLAM, Teen Top, CNBLUE, EXO, FT Island, Miss A,MBLAQ, A Pink, Infinite, 4minute, 2AM, After School, B2ST, and Kara.

Under the theme "The Color of K-Pop", some of the biggest groups create four super idol groups, recorded a new single, and performed it together on stage. There were four teams consisting of members of different idols groups labeled under the names of Mystic White, Dramatic Blue, Dynamic Black, and Dazzling Red, who sang songs created by the hottest producers of 2012. The MC's were Miss A’s Suzy, IU, and actor Jung Gyu Woon.

SBS Gayo Daejeon untuk 2013, berlangsung pada 29 December 2013 yang lepas...so, sally tak nak share pasal CNBLUE dalam ni...kang korang kata pilih kasih pulak...hehehe...so, meh tengok Parody yang melakonkan babak dalam drama korea "The Master's Sun" dan jugak drama yg baru tamat, "The Heirs"...



Part One

Part Two

Mohon jangan bandingkan cast dia yang ori dengan yang parody ni...okay..? hehehe...ye...ye...sally tau Lee Min Ho tu handsome :P 

20 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Facebook Datuk Seri Najib kena serang..?

11:46:00 AM Sally Samsaiman 48 Comments

Sally benci politik! serius...walaupun tu la jugak tunjak utama dalam sesebuah negara...sally benci bila politik dipolitikkan oleh org yang tak berapa bijak tapi berlagak bijak...
 

Yes, I'm a bit emotional here.

Laman Facebook rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus dipenuhi rungutan dan juga kritikan masyarakat berikutan kenaikan kos harga barang menjelang 2014. Dalam tulisan sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM 2014) di laman miliknya, beliau "diserang" bertalu-talu oleh pengguna Facebook yang merasakan kenaikan harga barangan dan peningkatan kos sara hidup terlalu membebankan mereka.

"2014 bakal menjelma dan sudah pasti tahun depan akan lebih bermakna dengan kemeriahan Tahun Melawat Malaysia. Saya difahamkan persiapan sedang giat dijalankan di 37 buah pintu masuk negara untuk menyambut kedatangan pelancong-pelancong. Sama-samalah kita buka pintu negara dengan senyuman dan ucapan 'Selamat Datang',"
kata beliau dalam laman Facebook rasminya.

Ekoran daripada posting berkenaan, beberapa individu kemudiannya membalas dengan luahan berkaitan peningkatan kos sara hidup. Seorang pengguna yang hanya dikenali sebagai Joseph Gasis berkata, beliau tidak pasti sama ada masih mampu tersenyum atau tidak pada tahun 2014.

"Saya baru belanjakan RM600 untuk uniform sekolah anak saya, kasut, beg sekolah, dan alat tulis. Tambang bas akan menjadi RM300 sebulan. Saya tidak bekerja sejak Jun 2013. Simpanan saya tidak akan mampu bertahan dengan kenaikan kos sara hidup umpama puting beliung," katanya.

Shahrul Bahaman pula hanya menulis "Tahun Baru yang menyedihkan".

Sementara itu, posting yang menerima 5,108 "Like" itu turut memaparkan kenyataan pengguna dikenali sebagai Norie Noriah yang berkata tahun 2014 bukanlah tahun untuk rakyat bergembira, dan kerajaan perlu melakukan sesuatu dalam menangani peningkatan kos sara hidup sebelum rakyat beralih arah.

"Rakyat tiada masa untuk bergembira menyambut tahun baru 2014..nak beli keperluan anak-anak pun tak mampu lagi. Tolong-tolonglah buat apa yang terbaik untuk rakyat supaya rakyat tidak beralih arah. Ekonomi makin teruk,"
kata Norie.

Muhamad Fahmi Lee pula menyampaikan ucapan "Selamat menyambut tahun barang naik Datuk'… p/s: bila dato' nk turun?"

Kenaikan kos sara hidup berdasarkan hasil kajian Pusat Kajian Demokrasai dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) bakal memberi kesan terhadap Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada 2018. Kajian berkenaan turut mendapati, kenaikan kos bahan api, tarif elektrik dan harga barangan adalah tiga perkara pokok yang menjadi perhatian masyarakat umum. Justeru, UMCEDEL menasihati Putrajaya agar melakukan sesuatu tindakan ekoran peningkatan kos sara hidup dalam masa terdekat sekiranya terus mahukan kuasa memerintah.

Pada September lalu, subsidi minyak dan gula dipotong, menyebabkan kenaikan harga kedua-dua bahan berkenaan. Tidak cukup dengan itu kerajaan mengumumkan tarif elektrik dinaikkan sebanyak 15% dan cadangan kenaikan harga tol juga pada 2014. Dalam Bajet 2014 yang diumumkan pada Oktober, Najib yang juga menteri kewangan mengumumkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula pada kadar 6% yang akan berkuatkuasa pada April 2015.

Terkini, Persatuan Pembuat Kiub Ais Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya mengatakan akan menaikkan harga ais sebanyak 50 sen setiap beg manakala harga air batu blok pula akan meningkat RM2.50 setiap blok mulai 1 Januari ini.
 

Ambik haa, tak pasal-pasal harga ais pun naik jugak...aduyai...stress tau tak...bukan nak menyalahkan BN...jauh sekali nak menangkan PKR...tapi sally rasa kenaikkan harga yang terlalu mendadak diketika orang semua tgh berkira tentang kehidupan...macam tak munasabah..mungkin ada baiknya kenaikkan, tapi jangan la sampai membebankan rakyat...sekarang ni kalau gaji RM1,000-RM2,000, tak dapat la nak hidup...serius! tapi tu la hakikat gaji golongan di Malaysia.

Korang rasa camne...??

48 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

emotion.

7:51:00 AM Sally Samsaiman 24 Comments


24 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!