Saturday, November 30, 2013

Alhamdulillah :)

11:32:00 PM 16 Comments

Lately ni sally meroyan sebab assignment...hehehe...tepat jam 11pm tadi...semua assignment dah selamat di compile lepas sorang-sorang kena marah dengan sally..hahaha...when it comes to marks, assignment...I'm gonna be strict enough!

tak kisah la...even agak last minute jugak memaksa dorang siapkan assignment...as long as dorang siapkan kerja masing-masing, sally pun selamat dan kurang sikit kadar stress dalam diri..hihi...

Esok kelas full dari pukul 8.30 pagi sampai 6.45 petang...kalau ada masa sally update live dari kelas ye...hehehe...sekarang cik Sally nak masuk beradu...esok nak kena bangun awal nak menapak ke Shah Alam tu..hehe...

Good Night! 

Hadiah Simple Segmen #2 by SS dah selamat dipos.

5:09:00 PM 12 Comments


Tadaaa...sukacita nak bg tau yang semua hadiah segmen dah selamat di pos pagi tadi...so far ada 14 org yang dah claim hadiah...cuma tinggal 2 orang yg belum claim hadiah mereka..kalau ditakdirkan dorang tak claim..nanti sally akan random yg lain pulak...hehehehe....thanks kepada semua yg dah claim hadiah...kalau dah sampai, jgn lupa bg tau sally..okay?

posted from Bloggeroid

Dumpling? Mandu? Wantan?

1:00:00 PM 33 Comments
Semalam tetiba teringin nak makan dumpling...ingat nak buat sup ayam @ sup fish ball...lepas tu makan dumpling dengan nasi panas..perghh...sedap gila! hehehe..tapi semalam ibu dah masak pulak...so, makan la tengahari ni...so, sally saje nak tunjuk..kot-kot la kalau ada yang nak buat jugak...simple je pun...kalau malas nak masak boleh je buat ni..hehehe...bahan-bahan dia...


  1. Ayam kisar
  2. Kulit wantan
  3. Sayur-sayuran...semalam lupa beli sayur..so, ada carrot je kat rumah..boleh letak cendawan, sengkuang cina, or pape la ikut selera masing-masing.

pastu campur dengan daging ayam kisar tadi...letak la perasa, garam...lada hitam..ikut selera..hehe...


Pastu lipat dan goreng!


Orang cina panggil dumpling, orang korea panggil mandu, orang malaysia panggil wantan yaww! 

posted from Bloggeroid

Friday, November 29, 2013

I'm Confused.

8:30:00 PM 19 Comments

Mungkin ada yang baca entry kak +Mia Liana yang beliau ada dapat jemputan untuk mengikuti SEDA Malaysia - Blogger Site Visit Day Trip. Alhamdulillah...sally pun dapat juga jemputan yang sama... +Ainim Suju pun dapat jugak....rasa happy pulak bila fikir dapat peluang untuk jumpa lagi dengan dorang...

Dan kalau korang ingat, sally ada cakap yang sally nak ke Melaka pada Sabtu depan, 7th Dec...untuk majlis perkahwinan kawan sekelas sally....pada tarikh yang sama jugak sally dapat jemputan untuk menghadiri SEDA Blogger Site Visit Day Trip...

So sekarang ni sally tgh confused nak pilih yang mana....

Nak ke kenduri kahwin atau nak ke SEDA Blogger Site Visit Day Trip...?

Kiri pun sally nak, Kanan pun sally nak...aishhh...kena potong dua la gini..!

Unfeeling.

3:30:00 PM 10 Comments
I wish upon a star, I wonder where you are
I wish you're coming back to me again
And everything's the same like it used to be..

I see the days go by and still I wonder why
I wonder why it has to be this way
Why can't I have you here just like it used to be...

I don't know which way to choose
How can I find a way to go on?
I don't know if I can go on without you..

I wish that I could fly, I wonder what you say
I wish you're flying back to me again
And everything's the same like it used to be...

Even if my heart's still beating just for you
I really know you are not feeling like I do
And even if the sun is shining over me
How come I still freeze....?
No one ever sees, no one feels the pain
I shed teardrops in the rain....

p/s : Don't ask me why...let me be like this... 

..................................

11:25:00 AM 12 Comments

Assignment mode : ON...
I'm counting days, counting hours, counting every single minute to settle up my 5 assignment due on this incoming Sunday...huwaaa....I hate making a group assignment!

Anyone wanna help me..?

^_^''

One Word - SubhanaAllah!

9:00:00 AM 12 Comments
Navagio Beach, Greece..
Well, actually mesti korang pernah tengok something yang lagi cantik kan..? Sesungguhnya Allah tu Maha Pencipta! Serius sally suka laut...suka yang teramat suka...orang kata manusia ni ada 4 elemen kan..? Sally rasa sally air la...hehehe...

Salam Jumaat..

AWAY ~ AUTO PUBLISH

Thursday, November 28, 2013

Sape nak gigi putih macam Fazura..?

7:00:00 PM 14 Comments


Serius cakap la, sally belum pernah cuba lagi...hehehe...korang kalau nak try boleh la...

Eh, ada lagi petua lain tak nak putihkan gigi..? Sally sekarang tgh obses tengok gigi sendiri lepas balik buat scaling...hahahaha....selain daripada kulit dalam pisang, korang boleh jugak guna arang...pastu +Aya Zuki kata boleh pakai soda bikarbonat...eh..? yeke aya..? hahaha...

Cer komen petua sikit!

:)

Menunggu.

9:30:00 AM 12 Comments

"Kucing jiran sebelah nampak comel...hehehe...ada chance la aku nak ngurat dia...aku kan hensem.."

kata Pak Janggut di dalam hati...

Hahahaha...Happy Thursday guys!

Wednesday, November 27, 2013

Youngest baby fact.

9:53:00 PM 17 Comments
tetiba perasan!

Sally suka tulis tajuk entry dalam english...pastu isi dalam entry semua bahasa melayu...hahaha...tu la...nak bajet omputih sangat kan...

Hehehe...mukadimah!

Sally rasa rata-rata blogger ada yang dah kongsi...ada yang kongsi fakta tentang anak sulung, anak no 3 la...so, hari ni sally nak kongsi fakta tentang anak yang paling comel, paling manja, paling baik - anak bongsu!

ehemm...ehem...I'm talking about myself..hikhik...jom kita tengok antara fakta tentang anak bongsu...
  • Senang memaafkan orang
  • Garang macam harimau...hehehe...baby harimau...roarrr
  • Kalau ketawa tak ingat dunia, sampai la dia terlanggar sesuatu...macam kerusi, orang
  • Sangat sensitif, berhati lembut
  • Ramai peminat
  • Mudah menyayangi orang, senang jatuh hati
  • Sukar melupakan orang yang dia sayang
  • Selalu menjadi tumpuan orang ramai
  • Sentiasa ada senyuman di bibir walaupun sedang bersedih...even it's a fake one.
  • Sentiasa mengingati kawan-kawan, terutama yang lama...
So, youngest baby...ada yang kena ke..? Basically, banyak persamaan dengan sally...ada yg betul, ada yang tak...korang..?



Slot Mutiara Hati TV9 | Saranghae I Love You (Final Episode)

3:00:00 PM 15 Comments
Ingat tak, 16th Oktober lepas Sally ada update pasal sinetron yang menggabungkan dua negara, Indonesia dan Korea kan..? Kalau belum baca...boleh tengok sini...Slot Mutiara Hati TV9 | Saranghae I Love You....akhirnya...dah nak sampai penghujung....

Hari ni merupakan hari terakhir...episod terakhir...tetiba curious nak tau kesudahan dia....ada yang follow cerita ni jugak ke...? Semalam sally baca blog blogger famous amous kita, Fatin Liyana...dia pun ada cerita pasal sinetron ni... guess what? She even met all those people yang berlakon dalam sinetron ni..hehehe...gila best kot!

Korang boleh ke LINK ni dan LINK ni untuk cerita penuh...serius, happy je rasa bila baca blog dia...even sally bukan la follower tegar beliau but...kadang-kadang tukar angin apa salahnya..kan..?

Full Credit : http://honeykoyuki.blogspot.com

Korang yang follow cerita ni, jangan lupa tengok final episode dia petang ni, okay..?

AWAY ~ AUTO PUBLISH

Tuesday, November 26, 2013

Wedding Caterer.

1:30:00 PM 12 Comments
Tetiba terfikir...ada tak wedding caterer yang serve makanan Korea..? yela kan...buatnya betul-betul kawen dengan Yonghwa...takkan nak kasi dia makan sambal belacan..?

eh, mukadimah tu bukan utk dibaca...tu suara hati sally je....eh...korang dah terbaca..? Mohon jangan terasa gatal tangan nak penampor sally...sekian...harap maklum...sebab sally penat dah tampor diri  sendiri...hahaha...

ok, joking!

InsyaAllah tahun depan turn kakak sally pulak untuk menamatkan zaman bujang dia...fuhh...selang setahun pulak kan...baru je penat settle kenduri abang sally bulan June yang lepas...kali ni turn kakak pulak...kenapa macam cepat sgt persediaan..? Sebab tunang kakak sally seorang surveyor yang ikut kapal...so, he'll be leaving for around 2-3 month...takut tak sempat...byk benda yang kami kena settle awal...lagi-lagi part baju dorang...Sally kan wedding planner tak bertauliah..ngeee~

Ok, back to topic....Katerer yang menjadi pilihan Sally...


Sally pernah dua kali makan bawah katerer ni...dua kali tu jugak sally mmg fully satisfied! serious! Resepi original orang Johor yaww..hahaha....kena kawen dengan orang Johor jugak lepas ni..hahaha....



Mama, kakak sally dan tunang dia dah pergi buat food testing...and guess what...they super liked it! Mula-mula kakak sally macam tak berapa yakin je dengan pilihan sally...dia kata,

"kau, kalau makanan semua sedap...mana ada yang kau tak suka..!"

Kejam punya kakak...hehehe...tapi at last! dia mmg suka dan terus confirm katerer ni untuk jadi katerer masa wedding dia...So, sesapa yang nak lantik dorang untuk katering, boleh call no yang tertera atau klik je link kat atas tu untuk g ke blog dorang...

Hehehe...so, ada sesape nak lantik sally jadi Unofficial Wedding Planner...?? Sebab lama sangat tunggu Yonghwa masuk meminang sally ni...hahaha...jadi wedding planner je mampu...

Monday, November 25, 2013

ZE:A Illusionist Concert Live in Malaysia 2014

10:08:00 PM 10 Comments
Kumpulan ZE:A ni mungkin tak sepopular kumpulan Infinite mahupun kumpulan EXO yang jadi kegilaan budak-budak sekarang...tapi dorang ni ada charm dorang sendiri...Terdiri daripada 9 orang penyanyi...Kevin, Kwanghee, Siwan, Junyoung, Taeheon, Heechul, Minwoo, Hyungsik dan Dongjun...pertama kali sally kenal kumpulan ni masa tengok Running Man, ada Kwanghee...so, sampai sekarang sally kenal Kwanghee je...yang lain tak...atau mungkin korang pernah tgk dia dalam drama "To The Beautiful You" berlakon si samping Choi Minho (Shinee) & Sulli f(x)..

Hwang Kwanghee
Sally secara personal, tak berapa minat pun dengan kumpulan ni...tapi ada la satu dua lagu yang sally suka dengar...contohnya macam lagu kat bawah ni...


ZE:A - Aftermath

Mama sally pun suka lagu ni...siap buat ringtone lagi kot...hahaha...mama kan suka tiru anak-anak dia....hah! lagi sorang yang sally kenal...Hyungsik...korang semua mesti tgk cerita "The Heirs" kan..? +Aefa Aerisya jangan cakap la...siap jatuh cinta kat si "Kim Tan" tu...kalau korang perasan ada satu watak nama Jo Myungsoo...hah! tu la dia Hyungsik..


So, sebenarnya nak bagi tau dorang akan datang ke Malaysia 18th January 2014...bertempat di Kenanga Whole Sale City Mall..konsert start pukul 8 malam...ni merupakan kali ketiga dorang datang ke Malaysia...kalau jadi...Sally takde la rasa nak pergi pun...saje je nak kasi tau kat korang...hehehe...korang nak tau ke..?

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

4:08:00 PM 26 Comments
Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat.
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan.


Jom dapatkannya sekarang...

Official Website : www.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.

Sunday, November 24, 2013

Ahad - FULL!

5:06:00 PM 18 Comments
Dari pagi berada kat coffee beans untuk shoot video untuk subject mandarin...haigoo...penat melayan kerenah nak shoot...nasib baik la semua subject group dengan dorang...kalau tak..mau penat nak fikir...dorang ni racun, dorang jugak la madu masa menghadapi kehidupan sebagai pelajar e-PJJ...minggu ni ada 2 individual assignment, 2 group assignment, 1 quiz dan latihan Mandarin...have to work harder! May Allah leads us to success..InsyaAllah!!




posted from Bloggeroid

Meeting ke Lepaking..?

4:00:00 PM 10 Comments
Seperti yang diberitahu dalam entry ni...sally ke kedai Burger Bakar Kaw Kaw untuk membincangkan perihal keberangkatan kitorang ke Melaka pada 7th dan 8th Disember ni...sebab kawan sekelas sally dah nak kahwin...even dia berasal daripada KL...tapi dia dan family sepakat untuk buat di Melaka, sebelah perempuan je.... jadi kami dijemput ke Melaka la...

So, orang Melaka yang nak jumpa dgn sally...bole roger-roger...hehehe...tu pun kalau nak jumpa la...so, Ika nak jumpa tak..?? hehehe....




Al kisahnya sepatutnya ramai lagi...tapi biasa la...last minute ada je masalah ... ada hal la, itu la ini la...so, end up la dengan 6 orang je...so, kami jadi wakil la...bincang semua...sebab kami kan nak tidur kat Melaka sehari...so, ada beberapa benda nak kena bincang....


Orang kata, orang Malaysia ni...buat ape pun...makan mesti ada...so, kami makan jugak la even konon "meeting" kan..? Sally tak tau kenapa sally end up makan chicken chop! serious tak paham...pergi kedai burger bakar untuk makan chicken chop..hahaha...


Overall makanan dia okay la...tapi sally lebih prefer burger bakar Abang Burn...lagi sedap lagi best kot! tetiba teringat kat meatball dia...perghh...tempting gila!


Keputusan dah ada, homestay dah confirm, duit belanja dah kumpul, duit hadiah dah decide...tinggal nak beli hadiah je...hehehe...so, hadiah ape yang sesuai nak kasi orang kawen ek..? asyik bagi set cawan, set pinggan...mmm...beli Slow Cooker okay tak..??

posted from Bloggeroid

Belated Birthday Party.

12:30:00 PM 18 Comments
Kalau ikutkan...dah berlalu seminggu dah birthday...mungkin sebab masa birthday sally jatuh pada hari kakak bertunang...so, dilambatkan la....

Actually benda ni jadi hari Jumaat lepas...tapi sebab lambat nak update...ye...malas sebenarnya..hehehe...so, hari ni la baru update...rasanya tak payah update...tp macam nak update jugak...hehehe...

lately ni takde idea la nak tulis...asyik kasi entry yang merapu je kat korang...




Dah rasa ayam Crazy Crunch...sedap jugak la...tapi sprinkle gula dia sangat la tak best!
It's belated...but who cares..? hehe :)

Bubblynotes : Bubbly Baby

12:18:00 AM 13 Comments
Entah kenapa terpanggil untuk buat satu entry...bukan la entry berbayar...jauh lagi entry reviewing orang....cuma mungkin satu entry yang concern...concern seorang adik mungkin..?

Bila tengok perkataan Bubblynotes atau Bubbly Baby...mungkin ada antara korang yang kenal and mungkin jugak tak berapa kenal...so, lets meet my blogging sister, kak +Farah Waheda Wahid / Bubblynotes ..


Kak Farah sekarang dalam fasa menunggu our Bubbly Baby untuk lahir...kenapa Bubbly Baby..? itu omak ehh je yang boleh jawab...entah kenapa tertunggu jugak baby ni...mgkn sebab daripada awal dah ikut perkembangan "dia"...so, macam perasaan curious tu sangat tinggi!...weh, serius kot! Bila baca komen yang dia tinggal kat blog, tetiba perasaan curious tu makin menebal..hehe...

But lately ni sally pulak yg jadi cemas...too much things reveal...one by one...hehehe...omak Bubbly Baby pun relax...kita yang baca yang resah...hahaha...ok, frankly speaking...I am nervous...kenapa..? entah...excited kot..hahaha...tetiba macam happy nak jadi makcik..eh? tetiba pulak....

Sally nak cerita pasal pregnancy ni...sumpah tak tau pape...hahaha...kadang-kadang bila baca kat blog kak Farah pun...benda yang takde kaitan yg sally komen...nampak tak cerita dia..? Nampak tak bila budak tak fokus...

If I'm not mistaken...kak Farah akan bersalin secara "cesarean"...ataupun bukan secara normal la...kena bedah...kalau tak silap laa...daripada pembacaan....

So, sempena birthday kak Farah yang ke 30an plus-plus hari ni 24th November...eh, yeke..? Tak kisah la betul ke tak...Sally nak ucapkan, 

"Selamat Hari Lahir kak...May Allah bless you...May Allah helps you during the delivery time...semoga akak sihat, semoga Bubbly Baby sihat dan lahir dengan selamat... semoga akak sentiasa diberkati, dimurahkan rezeki...and bring me my Bubbly Baby to this world...hehehe....InsyaAllah semoga semua dugaan yang akak terima mendapat balasan di akhirat kelak...I Love You kak..."


Lots of love,
Sally Samsaiman + Yonghwa...hahahahaha....

Saturday, November 23, 2013

REVIEW : Lucas Territory

9:19:00 PM 15 Comments
Tetiba rasa macam banyak sangat masa...walaupun permintaan daripada +Aefa Aerisya dan +Anne Nurain untuk blog mereka direview masih tidak diendahkan...hahaha....

Sebenarnya ada banyak benda nak story...tapi draft dulu laa...nak kena buat skrip video mandarin ni..hahaha...boleh camtu...?

Actually kan, sally perasan ada beberapa orang blogger letak sally dalam bloglist mereka...ada yang inform dan ada jugak yang tak inform...tapi sally tak mampu nak letak semua dalam bloglist pulak...lain kali sally letak ye...hehehe...kadang-kadang tu terharu jugak...cuma tak tunjuk laa...macam blogger Lucas Territory ni a.k.a +Dayat Lucas ... entah bila dia letak sally dalam bloglist dia...huhu...sebagai balasan, Sally review jela ek..?

Apa nak review..?

Budak ni special...entah kenapa...Sally rasa dia ni seorang yang talk-active di luar tapi mungkin jugak jenis yang pendiam...entah...macam tak tau...

Dia merupakan blogger baru yang sedang berjinak dengan dunia blogging....overall blog dia kemas cuma mungkin utk bloglist dan jugak blog achieve kena buat scroll bar...sebab agak panjang melebar sikit...bila kita boleh scroll...senang sikit....mungkin entry pun boleh kurangkan kepada 2-3 entry utk setiap page...

Kurang widget bagus! so, blog loading akan lebih cepat...


Mmmm...dah tak tau nak cakap ape...so korang sila lah berkunjung ke blog beliau...okay..? tekan je kat link atas tu...Sokonglah blogger tempatan...eh? dah macam iklan "makanlah buah-buahan tempatan"...hihi...sally tak reti nak review orang...hopefully takde yang kecik hati ye...

The most beautiful discovery true friends make is that they can grow separately without growing apart. - Dayat Lucas

Good night wishes.

12:20:00 AM 10 Comments
Penat! Baru je balik meeting..a.k.a lepaking dengan kawan-kawan sekolah..planning nak ke Melaka...ada salah sorang daripada budak kelas dah nak kahwin...hehehe...esok pagi la baru story...dah mengantuk!! Lots of love... Good night dearest bloggers...


posted from Bloggeroid

Friday, November 22, 2013

'Dulang' Girls..

12:00:00 PM 25 Comments
Perghh...hina gila nama 'dulang' girls...panggil la bridesmaid...kan cantik sikit bunyi nye...iye idok..? Tapi kan kita ni melayu...pakai je la nama 'dulang' girls tu....hahahaha....lagipun dah memang kena bawak dulang kan...

eh, chop! kenduri sape pulak ni...? hehehe...okay...kali ni bukan la kenduri kakak sally mahupun kenduri ahli kelurga jauh sekali kenduri sally sendiri..sebab wedding kakak, insyaAllah tahun depan...

So, kenduri sape..?

Kak Nor yang pakai tudung hijau pinkish tu.
Yeay! kenduri Kak Nor...kakak kepada my very best friend, Dayah...eh? tak kenal..? Alaaa...korang cari la entry lama-lama...confirm ada dia...hehehe...sebab dia belajar kat Sandakan, so jarang-jarang la dapat jumpa dia...sedih....dia ni tempat sally simpan masalah..hehehe....Sally dengan family dayah dah macam kelurga dah...lagipun dorang sekarang tinggal 4 beradik je...jadi keluarga makin tak besar...

Sebab kat kelantan dah takde sesape...so, kak Nor decide untuk buat kenduri kat KL je...so, takde la orang boleh jadi wakil dia....Sally la jadi mangsa kena tarik....hehehe....so, tu la mukadimah kenapa sally kena jadi 'dulang' girls...


Semalam kak Nor hantar kain...dia kata nak semua 'dulang' girls dia pakai baju kain sama...hehehe...so, nak kena tempah baju la sally....so, sekarang masih terfikir nak buat baju ape..? nak buat dress ke nak buat baju kurung je ek..?

Google's
p/s : Macam sweet pulak bila pakai baju warna sama..hehehe...

Cara menggayakan t-shirt konsert!

10:00:00 AM 12 Comments
Aicehh...konsert mana pulak la yang sally nak pergi ni...? Well, ni entry ni merupakan entry orang patah hati sebab tak dapat g konsert Super Junior esok..hahaha...so, entry ni I dedicate kat +Ainim Suju dan kembarnya..hehehe... +Nadya Dyana pun mesti pergi jugak ni...hehehe....

Google's
Pilih t-shirt Semuanya bermula dengan pemilihan t-shirt ketika anda mahu membeli. Rahsia pada t-shirt konsert yang bagus terletak pada fabriknya. Cari t-shirt konsert yang nipis dan daripada fabrik kapas lembut. Untuk keselesaan, pilih t-shirt yang longgar sedikit. Tak pun beli je t-shirt official konsert tu nanti...hahahaha

Padankan bersama 'skirt' Jangan jadi terlalu membosankan dengan hanya menggayakan dengan jeans sahaja. Cuba gayakan dengan 'skirt'. Tapi cari la yang sesuai...jangan la pakai skirt cutting duyung tu pulak...chiffon cantik kot...boleh try ape..?

Aksesori Tak salah untuk sedikit 'over' pada anting-anting, bangle atau cincin . T-shirt konsert sudah tentu nampak biasa-biasa, jadi tidak salah. Lagi besar aksesori anda lagi bagus!

Kasut 'Sandal' atau 'sneakers' merupakan pilihan yang bagus. Jika anda seorang yang berani, boleh lah menggayakan dengan but atau 'creepers'. Kasut bertumit tinggi agak kurang sesuai dan 'ballet pumps' nampak terlalu 'girlish' , jadi elakkan ya.

Kamera
Hahahaha...yang ni out of topic...just nak ingatkan jangan lupa bawak kamera je...nanti jadi macam sally yang dalam kesedihan sebab masa g konsert CNBLUE, tak dapat nak ambik gambar...

Sadis. Sedih.

p/s : Have fun to those who are going for concert...

Thursday, November 21, 2013

Crayon Burger.

3:30:00 PM 18 Comments
Memang sah, sally dan makanan mempunyai ikatan yang kuat antara satu sama lain..hahaha...Pernah dengar Crayon Burger..? Selalu kita dengar pasal Burger Bakar Abg Burn, Burger Bakar Kaw-Kaw, Burger McD....Crayon Burger ni apa pulak...? sambil makan sambil melukis guna crayon ke ape..?

Hehehe...actually Crayon Burger ni adalah sejenis makanan dan restorannya yang terletak di SS15 Subang Jaya, baru dibuka pada tahun ini. Minat owner dia terhadap makanan popular dunia iaitu burger memberi inspirasi kepada si pemilik untuk mempelbagaikan citarasa. Daripada isi kandungan daging, sehingga sos strawberi dan mentega kacang.

http://static.bmalaysia.com/assets/pages/09/49/09491b62cd9f58a4e5a4d59fb36927de_330.jpg

Setiap roti yang bewarna mempunyai rasanya tersendiri. Burger ini mempunyai kombinasi salad segar, nachos rangup bersama sos keju. Khas buat penggemar mentega kacang, pernah tak anda terfikir mentega kacang enak di makan bersama burger? Kenikmatan berganda boleh di peroleh dalam burger jenis ini. Burger daging bersama bacon daging diselaputi mentega kacang dan jem resberi. Pelik kan? Yang penting dia "no cholesterol weh!!"

Sally belum pernah makan lagi burger ni...sebab kat Subang Jaya...rasanya baru sekali dua je jejak ke Subang tu..hahaha....tapi saje nak review...macam best je kan...macam sedap je...hehehe...ada ke yang dah pernah cuba Crayon Burger ni..?? Korang suka makan yang mana..? Kongsi la sikit...

Restoran ini dibuka setiap hari Selasa hingga Ahad pada pukul 11 pagi hingga 10 malam. Untuk lebih maklumat tentang Crayon Burger, sila layari laman Facebook mereka, www.facebook.com/crayonburger

Don't Care.

1:04:00 PM 14 Comments
 

If I were you, I’d look in the mirror,
If I were you, I would be cautious and calm,
Such a beautiful blossom, beautiful tree and many beautiful things,
But that is not your case. You don’t know the beauty of life.

I don’t care. I have my friends to wait for me,
I don’t care. I have my fans to support me,
I’m gonna be okay. Gonna be okay,
I don’t care. I believe in my everything.

Thank you, friends. I’m not alone. Be with me, guys
Thank you, fans. You’re not alone. I’ll be with you
I’m gonna be okay. Gonna be okay
I don’t care. I believe in my everything

Don't Care - CNBLUE

p/s : I really don't care with what other people may say about me...because I know that the person beside me, my friend, my family only may judged me...instead of telling people the black side of me, why don't you try to know my better side..? I think we would be better as friend instead of enemy...don't you think so..?

Wednesday, November 20, 2013

CNBLUE Japan Best Album "PRESENT" Contest

9:00:00 PM 9 Comments
Kesinambungan daripada entry yang ni....kat Facebook ada satu peraduan...sape yang dapat teka dengan betul...akan dapat exclusive gift send by CNBLUE itself! So, sally dah join! 

CNBLUE has prepared a special present, ‘JAPAN BEST ALBUM ~ PRESENT’ for you. Guess whose flowers are matching each flower and each member? We believe you can make it.
What you have to do : Observing photos from A to D carefully and guessing member's name of each flower. The answer will be revealed on 21th Nov via various SNS channel of CNBLUE. 
The winners who show us the right answer will be provided special ‘PRESENTS’ sent by CNBLUE.


Cuba korang teka mana satu tangan LEE JUNG SHIN, LEE JONG HYUN, KANG MIN HYUK & JUNG YONG HWA...hah! mesti tak tau kan..? sebab korang tak obsess dekat CNBLUE macam sally kan..?

Tetiba rasa sadis terhadap diri sendiri. Kesian betul.

Jawapan sally :
A - LEE JUNG SHIN
B - LEE JONG HYUN
C - JUNG YONG HWA
D - KANG MIN HYUK

Nantikan jawapan dia esok! 21st November!!

CNBLUE going to released Best Japan Album - PRESENT

7:16:00 PM 5 Comments
CNBLUE is set to release their first best Japan album titled PRESENT.

FNC Entertainment, CNBLUE’s agency, announced that the official name of the album is CNBLUE Japan Best ‘PRESENT’ and it will present the Korean version of CNBLUE’s ten Japanese songs.

Photo credit: FNC Entertainment

This will be the first time that the group will be releasing a best album and it is also worth mentioning that the ten songs were written by the CNBLUE members and have been transformed into Korean versions by the members as well.

The title track of the album is LADY which is written by Jung Yong Hwa and was released in Japan on November 7th. LADY is a disco style song reflecting 70’s music and charted at number two on the Japanese Oricon chart and number one on the Japanese ringtone chart for a month.

The other tracks include One More Time, Blind Love, Robot, Time Is Over, Come On, Let Me Know, I Can’t Believe, Greedy Man and My Miracle.

SOURCES:
Reporter : Lee, KyungNam (lee1220@cj.net)
Any copying, republication or redistribution of www.enewsworld.com's content other than for personal uses is expressly prohibited without prior permission from enewsWorld.
[Copyright infringement is subject to criminal and civil penalties.]

Kesibukkan Menteri Zimbabwe ke 8.

11:57:00 AM 15 Comments
Well, sape menteri tu..? Sally laa...ye sally...tau tak semalam dan hari ni banyak gila kerja nak kena buat...penat gila weh hari ni...langsung takde masa nak rehat...aishhh...nasib baik ada 2-3 entry yang sempat sally buat autopublish...kalau tak mmg sunyi sepi la blog sally...

Semalam ingat balik rumah nak blogwalking...tapi line internet sangat menyakitkan hati...so, niat terkubur disitu.... Pasal Dreamcatchers semalam...kebanyakkan respon cakap kenal dreamcatchers ni daripada cerita Korea baru "The Heirs" dan ada jugak daripada cerita "Twilight"...but Sally tau pasal dreamcatchers ni kat Discovery channel kot kalau tak silap...pastu tu yang excited nak google tu....


Terima kasih jugak kepada blogger Veesandy atau kak Zawiah kerana perkongsian ilmunya...Actually sally takde pun gantung dreamcatchers or loceng yang berbunyi kena tiup angin tu...cuma sally suka design dreamcatchers tu je...hehehe...so, yang mana ada gantung tu...lebih baik kalau kita buang atau gantung kat mana yang dia tak bunyi...Simpan lagi bagus....

Kenapa macam lari daripada tajuk ni..?

Hahaha. Maaf.