Raya yang Korea sangat.

9:18:00 PM Sally Samsaiman 21 Comments

Petang tadi, kawan baik sally...Ain call...dia belajar kat Ipoh so jarang la dia balik...so, hari ni dia balik sebab cuti....macam biasa la...kalau balik je mesti dia nak g makan makanan Korea...ni sorang Melayu yang berlagak Korea...yg lagi sorang tu sally la...hahaha...

Macam biasa la...Korean Restaurant yang favorite sally...yang ada kat Ampang Point...Restaurant Gomonae...Ain ni tak sah kalau blk KL tak g makan kat sini...dia cakap sini punya Kimchi sedap...tapi mmg sedap pun..hehehe

 So, ni la Ain...kitorang kawan daripada darjah satu aku suka kamu...eh, tetiba ternyanyi lagu Mark Adam-Pencuri pulak..hahaha...serius la...kitorang mmg kawan dari darjah satu...cuma time tu takde la berapa rapat...hihi...
Abaikan muka budak-budak yang lapar pastu tunggu makanan lambat sampai..hihi...ade ke ambik gambar dengan Menu..? punya femes menu tu sampai semua orang nak bergambar dengan dia..hahaha....
 Yang atas tu Ain punya, sally makan yg bawah tu je...malas nak mkn pedas-pedas sbb takut perut meragam pulak esok...mau tak...dalam perut ni dengan Rendang Ayam ibu, rendang daging mama, kuah lodeh, nasi impit...LOL...kesian perut hari ni..hehehe
Ye, Sally akui...rakyat Malaysia mmg suka ambik gambar makanan sebelum makan...hahaha...lagi sekali selepas menu, benda yg paling femes dalam dunia ialah makanan...orang selalu ambik gambar dgn dia....termasuk budak bawah ni...

-___-''


So, how's your raya guys..??

21 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Official ucapan Salam Aidiladha

11:05:00 AM Sally Samsaiman 19 Comments

Tuuu...artis Malaysia mmg begitu...bila orang semua bagi ucapan raya...dia pun nak bagi ucapan raya...

Hahahaha...artis Malaysia tu ialah Sally...ye sally mmg suka badget retis...nak kasi official ucapan Selamat Hari Raya....

ok..

Salam Aidiladha daripada Sally dan keluarga...hari ni makan rendang daging, makan rendang ayam kuah kacang nasi impit tu ingat dunia sikit...hehehe....err...sebenarnya peringatan tu untuk sally..hehehe...

Makna sebuah pengorbanan...
Ketika diminta oleh Allah SWT untuk mengorbankan anak lelakinya sebagai tanda ketaatan, Nabi Ibrahim a.s. menerima perintah Allah SWT, walaupun dengan hati yang berat. Ketaatan Nabi Ibrahim a.s. telah dibalas oleh Allah SWT dengan mengurniakan seekor bebiri/kibas sebagai ganti kepada nyawa anaknya Nabi Ismail a.s.. Hari Raya Aidiladha atau Eid al-Adha, meraikan makna pengorbanan ini. Umat Islam di seluruh dunia meraikannya bersempena kesediaan Nabi Ibrahim a.s. melaksanakan perintah Allah SWT ini. Semoga dengan mengingati pengorbanan ini...kita sebagai umatNYA akan sentiasa menjaga ketaatan kita kepada Maha Pencipta...

SALAM AIDILADHA SEMUA!

19 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!