Heart Broken Confession.

10:54:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments

I remember all those crazy things you said, you left them running through my head. You are always there, you are everywhere. But right now I wish you were here.


It's hard to wait around for something you know might never happen, but it's even harder to give up when it's everything you want.


I love crying in the rain, because when I do, no one can hear the pain.

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Confuse.

9:18:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments

entry ni akan menggunakan "aku", "dia" dan "kau" sebagai ganti...maaf atas penggunaannya...

Malam ni aku konfius...aku tak pasti yang aku rasa sekarang ni marah ataupun cemburu...aku tak pasti aku kena marah atau aku kena diam...atau aku kena menjerit bagi tau ape aku rasa...aku jadi konfius, kau nak bagi aku marah atau ape..?

Perasaan aku dah lama tenang, kenapa kau kena api kan balik benda yang dah lalu..? kenapa kena bangkitkan benda yang tak perlu..? kali ni aku mmg tak tau nak cakap ape dekat kau...yes! mungkin kau mmg terbaik dalam menyakitkan hati aku...kau mmg juara..sejak dari dulu....sampai aku rasa bodoh, kenapa kau yang aku kena sayang...? kenapa kau yg aku kena rindu...?

Tapi kali ni aku konfius, kau datang nak bagi aku marah atau kau nak bagi aku cemburu..? kau kena datang semata-mata nak bagi aku bengang..? aku ingat perempuan je lidah bercabang...kau pun sama..? yes, kau tau kelemahan aku...kelemahan aku ialah kau...jadi kau nak gunakan kelemahan aku utk...?

Every heart has a pain. Only the way of expressing it is different. Fools hide it in eyes, while the brilliant hide it in their smile.

Kau dah ada dia, sayang la dia...kau dengan aku dah jadi history...cerita kita dah jadi sejarah...jangan la kau buat apa yang kau buat dulu kat aku...ye, aku cemburu sebab dia yang ganti tempat aku...tapi aku pun marah sebab kau hampir jadikan dia macam aku...aku kuat, aku boleh hadapi...tapi dia tak...paling jauh pun aku menangis je...kalau dia...aku tak yakin...

Aku lepaskan kau kat dia...sebab aku tau dia lagi perlukan kau...mmg hati aku cakap tak...tapi otak aku cakap ya...sayang tu aku tetap rasa, cuma aku tak tau nak express macam mana...mungkin rasa sayang utk aku masih ada dalam lubuk hati kau, tapi macam yang aku kata...kita dah jadi sejarah....

If you leave without a reason don't come back with an excuse.

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Snek yang mesra kulit.

3:12:00 PM Sally Samsaiman 12 Comments

Kita selalu suka makan..kadang tu bukan sebab lapar pun...cuma rasa teringin nak mengunyah...selalu kita akan ambil snek yang mudah dan ringan macam biskut, roti atau yang paling bahaya...makanan ringan macam cikedis..hehehe...so, hari ni jom makan snek yang sihat dan mesra kulit!

Telur
Telur rebus sangat kaya dengan protein serta mudah dan cepat untuk disediakan pada bila-bila masa. Ia antara makanan terbaik yang sangat rendah kalori, tetapi pada masa yang sama sangat berkhasiat. Putih telur mengandungi protein, yang mana memudahkan pertumbuhan kolagen. Kolagen adalah penting untuk kesihatan kulit anda , kerana ia menggalakkan daya tahan pada kulit. Telur juga mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin A yang bermanfaat untuk kulit dan pertumbuhan, serta vitamin E, yang menghalang pengoksidaan sel-sel dalam tubuh badan.

Buah strawberi & beri biru
Buah beri adalah makanan ringan yang sempurna pada siang hari atau waktu malam kerana ia mengandungi sejumlah besar vitamin C, yang mana pengantioksidaan semulajadi terbesar. Buah strawberi sangat menakjubkan kerana mereka membantu kulit menjadi lembut dan licin. Selain itu, ia juga mengandungi asid salisilik, yang mana sesuai untuk kulit yang mempunyai masalah jerawat serta boleh mencerahkan pigmentasi kulit. Makan strawberi segar juga akan memutihkan gigi anda dan mengekalkan nafas segar.

Coklat gelap
Mmmm ... Snek lazat ini meningkatkan tekstur dan rupa kulit anda, dan juga menyumbang dalam perlindungan daripada sinaran matahari. Kajian telah menunjukkan bahawa coklat gelap membantu kita untuk mempunyai kulit licin dan lembap. Koko sangat tinggi dalam antioksidan, yang mana juga bertanggungjawab untuk mempunyai kulit yang berseri.

Kekacang
Diet yang sihat dan seimbang mengandungi kekacang mempunyai keupayaan untuk mengurangkan kedutan dan mengurangkan garis-garis halus di muka. Kacang 'walnut', badam, 'pistachio' dan kacang hazel sangat kaya dengan asid lemak omega-3 dan vitamin E yang baik untuk kesihatan kulit anda. Kekacang juga baik dalam mencegah beberapa penyakit seperti kanser atau penyakit kencing manis .

Keledek
Keledek kaya dengan sumber vitamin C dan vitamin A, yang penting untuk kulit yang sihat dan berseri. Vitamin A membantu pembaharuan sel-sel dan melambatkan proses penuaan. Jadikan keledek sebagai snek harian, ia pasti akan membantu anda untuk mencapai kulit yang hebat, licin dan berseri.

12 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Positive thinking.

9:00:00 AM Sally Samsaiman 6 Comments



Happy Thursday people! ^_^

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!