Tuesday, July 30, 2013

Anugerah Lawak Warna.

1:46:00 PM 4 Comments
Assalamualaikum...
Kalau yang gemar tengok cerita di Astro Warna channel 132 pasti tau tentang Anugerah ni...yang akan berlangsung pada 16 Ogos ni...Anugerah ni anjurkan khas untuk komedi di Malaysia ni...
Ramai la peminat artis-artis yang lawak ni sedang pulun habis untuk memastikan artis yang dorang minat menang..ada yang yakin Zizan Raja Lawak akan menang...
Hehehe...korang dah vote ke belum..? kalau belum...klik kat banner tu untuk vote..

New obsession :)

10:00:00 AM 7 Comments
Assalamualaikum…
Kesinambungan daripada Iftar @ MAEPS Bistro, Serdang semalam…lepas balik daripada makan…terus on the way balik…pastu kami pun pergi la Uptown Cheras…sebab kawan sally nak alter seluar yang dia beli kat situ jugak..huhu…sambil berjalan tu mata tertarik kat benda ni…
Cantik tak bracelet ni..? hehehe…yang ni sally custom made sendiri..pilih rantai dengan buah dia..yang penting Eiffel tower tu..sally minat gila kumpul bracelet…hobi sally selain daripada kumpul keychain, sally suka kumpul cincin, kasut, bracelet and perfumes!
Ok la...Just nak kongsi bracelet baru je pun...hehehe…

Thanks blogger Ejulz!

9:10:00 AM 8 Comments
Assalamualaikum…
Kad raya ni sampai petang semalam..tapi tak sempat nak update…thanks to blogger Ejulz atau nama sebenarnya Asrul Harfan untuk kad rayanya..hehehe…ada lagi beberapa kad raya yang sally tunggu daripada rakan blogger dan jugak kawan-kawan facebook…
Tahun ni dapat sikit je kad raya..sape nak kasi kad raya kat sally lagi..? hehehe...


Monday, July 29, 2013

Iftar @ MAEPS Bistro, Serdang

2:11:00 PM 6 Comments
Assalamualaikum...

semalam merupakan hari pertama sally berbuka di luar..hahaha...gila save budget kan...? all this time makan kat rumah je...semalam kebetulan budak batch diploma sally nak adakan gathering...so, join jugak la mereka...nasib la ada driver..tumpang kawan sally yang kebetulan duduk berhampiran dengan rumah...actually kakak ni anak kepada kawan baik ibu..huhu..
MAEPS Bistro ni terletak di MARDI kat Serdang...ada buffet utk berbuka puasa...agak mahal..mungkin sebab ada kambing golek-golek kot...hahahaha...sally actually tak minat sangat makan steamboat..lebih selera kalau makan BBQ camtu..tapi dah dorang pilih sini kan..layankan aje..hahaha...actually gambar byk kat henpon kawan sally...yela..depa kan henpon mahal-mahal =.='
sally suka ambik gambar makanan je..hahaha....
suasana dia okay la...ada yang bahagian air-cond and ada jugak bahagian open space...kitorang ambik yang open space..sebab budak lelaki ni kan koje nya hisap rokok je...haha...

Ada kuih muih, tauhu bakar, ABC, Cendol...yang penting Teh Tarik dia sedap!
Kambing golek-golek yang punya panjang kami beratur!
Seafood..sedang-sedang je...tak la fabulosss sangat...

ohh! lupa...ada satay, murtabak, roti jala...
ada je nasi dengan lauk pauk...mee goreng ape sume..laksa...tapi sally malas nak makan..sebab takut kenyang cepat...rugi la bayar mahal-mahal tp makan sikit..kan...? tapi dessert dia best la...ada macam-macam bubur and ice-cream!!

ni bila barang-barang dah direnangkan..hehehe...dia akan provide kita dengan 2 jenis sup...sup kosong dengan tom yam...sup dia agak flat..tapi tomyam dia sedap and pedas sikit! hehehe....
ni je yg sempat capture..yang lain sibuk membawa makanan dan memenuhkan meja..
last but no least! hehehe...sally dengan kambing golek-golek and Thousand Island Salad! yum yum...

kalau terasa nak g berbuka kat sini..boleh la klik bawah ni..terus ke Facebook page mereka :)

Sunday, July 28, 2013

Iftar dengan Burger Bakar Abg Burn

11:30:00 AM 3 Comments
Assalamualaikum...fuhhh! akhirnya dapat jugak berbuka dengan burger bakar..kakak sally yang janji nak g makan burger before puasa...tapi dah Ramadhan yang ke 18 baru tercapai janjinya...aiseh! bukannya kempunan ke ape...saje je...actually teringin gila nak rasa burger Al-Lazat yang special utk Ramadhan tu...time Ramadhan je abg burn buat burger Al-Lazat...
tapi-tapi...bila dah sampai kat situ...benda lain yang diorder...ni semua salah kakak sally laa...macam-macam pulak yang dia mengidam..itu laa...ini laa...aiyo! last-last beli burger daging....huwaaa....sally nak buger Al-Lazat! sally ingat nak jugak beli...tapi risau sebab nafsu nanti kang terbuang pulak makanan tu...sedih!
sebabkan tak dapat burger Al-Lazat...sally tukar dengan meatball abg burn...hehehe...lagi sedap dari meatball IKEA...tapi yela...lain orang lain rasanya kan...sebab sally ni kan lidah melayu...pedas tu mesti kena ada !! hehehehe...gambar memang agak comot sikit sebab tapau bawa balik rumah...at first ingat nak g makan kat sana je...tapi hampeh! sebab bukan main ramai lagi orang yang dah reserved meja...so pity of me!

takpe laa...esok lusa nak pergi lagi sekali...hari ni tak sempat sebab nak pergi berbuka kat MAEPS, Serdang...hehehe...ada ke yang berbuka kat sana...kalau ada..tegur-tegur la sally yee... :)

p/s : Abg Burn! nak burger Al-Lazat!! hehehe... :)

Saturday, July 27, 2013

Pernah tgk CJ7....?

9:27:00 PM 11 Comments
Assalamualaikum....
ingat tak cerita CJ7..? yang Stephan Chow berlakon tu...yang dia miskin sangat...ingat tak budak kecik yang berlakon tu..? yang first jumpa CJ7..? nama budak ni Jiao Xu...tapi yang sally nak cakap sekarang...


korang tau tak budak ni sebenarnya perempuan..? hahaha...mungkin ada yang tau and mungkin jugak ada yang tak tau sebenarnya budak comel ni ialah budak perempuan dan sekarang dah membesar menjadi seorang remaja yang cantik...tak caya...?


cantik kan...? serius sampai sekarang sally masih belum percaya yang dia ni perempuan...nampak dia berlakon real je macam budak lelaki..hehehe... :)

Huwarghhh...mengantok!

10:37:00 AM 3 Comments
Assalamualaikum...
huwarghhhhh 
*mengeliat kejap..
mengantuk gila...dah la semalam tidur lewat sebab tolong kakak sally buat kuih rayo....pagi pukul 4.30am mama dah kejut sahur...adoi!
sekarang ni tgh dalam proses nak buat kuih bangkit pulak...semalam dah settle almond london...kejap lagi dia nak merayap pergi Jalan TAR pulak...alahai kakak...kau makan ape la sampai byk sangat tenaga...dah la semalam kata nak makan Burger Bakar Abg Burn...alih-alih dia tido awal pulak...sakit hati kita...

tu jela..nak g sambung gentel kuih raya...selamat berpuasa....jangan boros sangat ye...

Thursday, July 25, 2013

Duit Raya pertama tahun 2013

2:39:00 PM 8 Comments
Assalamualaikum...

Alhamdulillah...rezeki pertama duit raya tahun ni...baru je gaji masuk sekali dgn bonus..dapat pulak duit raya...sungguh la kuasa Allah dalam memberi rezeki tu kita tak dapat nak jangka...tadaaaa..ni duit raya sally...supplier kitorang yang bagi....even dia cina...setiap tahun dia akan bagi duit raya kat kami semua...excluding boss ya..depa dah kaya..hahahah...

tak kisah la banyak ke sikit...janji rezeki kan...semoga bertambah rezeki dia..hehehe...

kadang tu ada jugak supplier yang cengkelat (nak lari) daripada kasi duit raya...so, ni la pengganti dia....
selalunya by end of the month Ramadhan...confirm berlambak hamper ni nanti...jadi stok makanan kami la sampai Ramadhan tahun depan...gila banyak kan..? dah la duduk office ni berapa kerat je...mana larat nak makan semua oiii....

so, kita kena bersyukur dan cakap ape...?

ALHAMDULILLAH :)

Pertandingan mewarna rumah...

11:22:00 AM 3 Comments
Assalamualaikum...
hahaha...tajuk entry..tak boleh blah! hehe...actually takde kaitan dengan mana-mana pertandingan pun...cuma sally yang nak cat rumah...macam yang sally cerita dalam entry yang ni...terima kasih kepada yang memberi suggestion..macam-macam kaler...dari hijau...pink..orange..terima kasih sally ucapkan...
bila dah bercerita tentang cat ni...mesti kita akan teringat iklan cat Nippon Paint yg comel tu...berlari kesana-kesini...pastu cat rumah..ingat tak...? tak...? nah..tengok laa...


omaiii...kan best kalau dorang ni datang umah sally...pastu cat sekali..jimat dan tak banyak keja...hahaha...boleh gitu..? Cat sinonim dengan Nippon Paint...so, sally pun ape lagi...usha la Nippon Paint punya official website...nanti korang Google jela okay..?
sambil godek-godek...jumpe satu link yang tunjuk contoh rumah yang dah siap kaler..omaiii...cantik gila kot...dah rambang mata dah nak pilih kaler ape...warna coklat campur orange...warna grey putih...dark purple dengan kuning..omaaiiii...byknya kaler....
root:colours:colour+schemes+for+home:exterior:bungalow:bungalow_3:magical+blue+purple:1:1
root:colours:colour+schemes+for+home:exterior:bungalow:bungalow_3:zingy+yellow+orange:1:2

root:colours:colour+schemes+for+home:exterior:bungalow:bungalow_3:zingy+yellow+orange:1:3

haihhh..kena pilih slow-slow ni...dah mereng kejap nak pilih warna ape untuk rumah...

p/s : Alhamdulillah...bonus dah masuk :)

Tuesday, July 23, 2013

Kaler ape tahun ni..??

3:54:00 PM 6 Comments
Assalamualaikum...

hehehe..yela..sally pun semangat raya jugak! tapi kali ni sally bukan cerita pasal tema baju raya ye..sally tengah fikir nak Cat Rumah! dah lama rasanya cat rumah tu...dah masuk 3-4 tahun dah...cat yang warna kuning pun dah bertukar jadi kaler beige...hihi...dapat tak bayangkan..?

So, tahun ni sally decide nak cat rumah jugak...alhamdulillah...dapat bonus untuk raya ni..jadi sally terpanggil untuk cat rumah..hehehe...

warna ape yang sesuai ek..? cer kasi pandangan....komen tau!

p/s : korang cat rumah tak tahun ni..??

“Saya Sudah Bertunang Dengan Uqasha Senrose” – Pekin Ibrahim

12:49:00 PM 3 Comments

Assalamualaikum..

ohartis-pekin-ibrahim-uqasha-senrose-bertunang

Sebelum ini melalui gambar yang dimuatnaik oleh pelakon Uqasha Senrose menimbulkan tanda tanya tentang hubungan cintanya bersama pelakon Pekin Ibrahim. Ada gosip yang mendakwa mereka telah pun berpisah.
Namun, Pekin tampil membuat pengesahan bahawa hubungan mereka masih lagi berjalan seperti biasa dan tidak mempunyai sebarang masalah.
“Memang kebelakangan ni status dia nampak sedih sebab dia mengadu terlalu penat shooting disebabkan jadual pengambaran yang padat. Sebenarnya puisi tu tak bermaksud apa-apa pun,” ujar Pekin Ibrahim.
Malah, Pekin juga membuat pengakuan bahawa dia dan keluarganya telah pun menghantar rombongan merisik dan telah pun bertunang pada awal bulan ini.
“Ya, saya dan keluarga telah menghantar rombongan merisik dan saya dan Uqasha sudah bertunang pada awal bulan ini,” kata Pekin Ibrahim tanpa berkongsi sebarang butiran lanjut.
SUMBER

Justin Wan arah filem "Fast 7"

10:00:00 AM 0 Comments

Assalamualaikum!
Berita baik untuk semua peminat cerita bersiri Fast & Furious....

Pengarah filem seram, Justin Wan mengejutkan ramai pihak kerana menjadi pilihan produser bagi mengarah filem "Fast and Furious 7" yang akan datang. Dia akan menggantikan pengarah Justin Lin yang mengarah filem "Fast and Furious" sejak dari francais "Tokyo Drift".
Dalam satu temubual bersama Wan dan bertanya bagaimana jalan cerita "Fast and Furious 7" dapat menarik minatnya untuk mengarah filem ini, Wan mendedahkan bahawa dirinya telah meyakinkan produser "Fast 7" untuk mengambilnya bekerja.

Justin Wan arah filem "Fast 7"

"Saya benar-benar suka tema filem yang satu ini. Saya tidak boleh mengulas lanjut tentangnya tapi saya memang menyukai temanya yang mempunyai kaitan dengan saya. Cerita ini ini juga ada kaitan dengan nombor 7 selepas berakhirnya nombor 6, yang merupakan cerita dendam klasik," kata Wan.
"Saya merupakan peminat tegar (genre ini), Oleh sebab itulah saya ingin menjadi pengarah untuk cerita ini. Saya melihat filem ini seperti sebuah filem dendam pada tahun 70an, namun filem ini masih kekal seperti siri "Fast and Furious" sebelumnya.

Dia juga mengambil inspirasi daripada filem seperti "The French Connection" dan "Death Wish" untuk francais filem ini. Vin Diesel juga menyatakan bahawa francais baru itu akan dilakukan di Los Angeles.
James Wan kini sibuk dengan produksi "Fast 7" selain mempromosikan filem barunya iaitu "The Conjuring" yang akan ditayangkan pada 1 Ogos di Malaysia dan 15 Ogos di Singapura.

Monday, July 22, 2013

Menu IFTAR harini..confirmed!

10:32:00 AM 2 Comments
Assalamualaikum...

hehehe..masuk koje..pagi isnin..update blog..terus cakap pasal makanan? adoi! spoil la sally ni..hahahahha...actually nak tunaikan janji je...sepatutnya sally kena masak makanan ni on last Saturday kat rumah ibu...tapi disebabkan sally berbuka dirumah mama (step-mom)...so, perancangan tergendala laa...sally ada 2 mak...kerlasss kan..?

Actually takde la masakan yg hebat gila sampai kalah restoren 5 stars kan...sally mengidam nak makan something called Italian foods...wallah~
Gempak gila kan..? nak masak Spaghetti Bolognaise je pun...sally suka sangat makan spaghetti...tak tau kenapa...kalau hadap sorang pun takpe...tak pandang tempat lain punya...

So, nak kasi tau..hari ni sally nak masak Spaghetti Bolognaise and buat moist chocolate cake KOT :)
*Gambar sekadar hiasan...tolong jgn terliur...ampun!


Sunday, July 21, 2013

Hattan nikah semula dengan bekas isteri.

1:30:00 PM 3 Comments
Assalamualaikum...

alhamdulillah dan tahniah...sebab Datuk Hattan akan bernikah semula dengan bekas isteri nya yang dulu...rasanya semua dah tau kot...sally je lambat sikit...

Setelah bercerai pada 10 Mac 2005 dengan Arianie Abidin, 42, sudah lama penyanyi Datuk Hattan, 49, menjalani ibadah puasa dan menyambut Syawal tanpa kehadiran isteri. Namun, Ramadan dan Syawal kali ini pasti memberi sejuta makna kepada penyanyi "Mahligai Syahdu" ini kerana dia bakal bersama kembali dengan bekas isteri setelah lebih lapan tahun berpisah.
 
Menerusi HIP, Hattan memaklumkan perkahwinannya akan dilakukan pada 24 Julai ini bertempat di Hotel JW Marriot, Putrajaya dalam suasana ringkas dan santai. Majlis pernikahan kecil-kecilan yang hanya mengundang 200 tetamu itu dimulakan dengan upacara akad nikah, jamuan berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan Terawih.

Hasil pernikahan kali pertama mereka pada 17 Disember 1996, Hattan dan Arianie dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Eiman yang kini berusia 15 tahun.

Kata Hattan lagi, dia ingin Adam merasa kemeriahan menyambut Syawal bersama keluarga dan mahu Adam hidup bahagia. Malah, Hattan juga tidak mahu Adam berasa janggal menumpang kasih sayang ibu tiri.
Apabila ditanya mengenai perasaannya yang bakal dinikahkan semula dengan Arianie yang bekerja sebagai pramugari itu, dia tidak merasakan debaran tapi lebih bahagia kerana dia memang susah untuk melupakan Arianie setelah mereka berpisah, Ketika itu, dia memang selalu berdoa agar mereka kembali bersatu kerana tiada satu pun wanita yang dapat menandingi Arianie. Doa itu juga turut dipanjatkan sewaktu mengerjakakn umrah tahun lalu. 

 Hattan nikah semula dengan bekas isteri
"Mungkin doa saya dan Adam dimakbulkan Allah SWT. Sewaktu mengerjakan umrah tahun lalu, saya meminta jodoh saya dan Arianie disatukan kembali. Saya turut bertanya pada Adam apa yang dimintanya di hadapan Kaabah. Jawab Adam, adik minta ayah berkahwin dengan ibu semula. Mungkin ini juga berkat mengerjakan solat sunat taubat tanpa jemu. Kalau sebelum ini, setahun sekali pun susah untuk dilaksanakan, tetapi sejak berubah, boleh dikatakan saya rajin melakukannya sehingga saya dapat merasakan perbezaan," ujarnya.Ditanya pula mengenai perancangan Hari Raya, Hattan mengatakan dia akan beraya di kampung halamannya di Seri Menanti, Negeri Sembilan bersama Arianie.

Segmen dah tamat........

12:53:00 AM 0 Comments

Assalamualaikum...alhamdulillah segmen yg dah sebulan sally anjurkan dah tamat...senarai peserta masih belum finalised...susah nk update guna tab ni...aishh...so,isnin baru sally dapat update dan umumkan pemenang...sama-sama kita nantikan...insyaAllah....

Saturday, July 20, 2013

Berbuka di rumah mama.....

9:48:00 PM 1 Comments

Assalamualaikum....hari ni sally berbuka kat rumah mama...sambil tolong kakak sally buat tester kuih raya dia..huhuhu...dia ni mmg suka ambik last minute punya decision...dah puasa 11 hari baru dia nak jual kuih raya pulak...aiseh...hahahhaha.....
Korang berbuka kat mana? Buka kat rumah sendiri ke kat rumah family yang lain??

*eh...ada tak cadangan kat mana sesuai nak buka puasa dengan kawan-kawan area KL ni...yg open space yg best..? Komen tau..

Love...xoxo...Sally :)


Movie | The Wolverine

11:30:00 AM 2 Comments
Assalamualaikum....

entry ni sally auto-publish...almaklumla sekarang kan bulan puasa...so, hari sabtu incik boss kasi cuti ! so,sally nak review cerita baru yang bakal ditayangkan pada 26th July 2013...kepada peminat Hugh Jackman dan peminat X-Men..boleh la kepawagam yang berhampiran.......

 
Storyline 
Hugh Jackman returns as Wolverine in this sequel to the member of the X-Men's first solo outing. Mark Bomback and The Usual Suspects' Christopher McQuarrie penned the script, which takes its inspiration from the Chris Claremont/Frank Miller Marvel miniseries from the 1980s dealing with the character's adventures in Japan as he fights ninjas in the ceremonial garb of the samurai. Knight and Day's James Mangold directs. ~ Jeremy Wheeler, Rovi
Director James Mangold
Casts Hugh Jackman, Will Yun Lee, Hiroyuki Sanada, Hal Yamanouchi, Tao Okamoto
Genre Action & Adventure

Friday, July 19, 2013

Movie | R.I.P.D (Rest In Peace Department)

12:19:00 PM 1 Comments

Assalamualaikum...
sudah-sudah la dengan kisah Ashraf Muslim tu..ehee...

jom review movie terbaru lagi best! hahaha...filem ni belum ditayangkan kat pawagam Malaysia...saje nak kasi korang excited sikit tengok trailer dia...ewahhh...

Storyline 
Jeff Bridges and Ryan Reynolds headline the 3D supernatural action-adventure R.I.P.D. as two cops dispatched by the otherworldly Rest In Peace Department to protect and serve the living from an increasingly destructive array of souls who refuse to move peacefully to the other side. Veteran sheriff Roy Pulsifer (Bridges) has spent his career with the legendary police force known as R.I.P.D. tracking monstrous spirits who are cleverly disguised as ordinary people. His mission? To arrest and bring to justice a special brand of criminals trying to escape final judgment by hiding among the unsuspecting on Earth. Once the wise-cracking Roy is assigned former rising-star detective Nick Walker (Reynolds) as his junior officer, the new partners have to turn grudging respect into top-notch teamwork. When they uncover a plot that could end life as we know it, two of R.I.P.D.'s finest must miraculously restore the cosmic balance...or watch the tunnel to the afterlife begin sending angry souls the very wrong way. (c) Universal
Director 
Robert Schwentke
Casts 
 Jeff Bridges, Ryan Reynolds, Kevin Bacon, Mary-Louise Parker, Stephanie Szostak
 
Genre 
Action & Adventure

Release Date Malaysia
1st August 2013 
 

CLOSE by Westlife

10:17:00 AM 0 Comments
CLOSE - WESTLIFE

Across the miles
It's funny to me
How far you are but now
Near you seem to be
I could talk all night
Just to hear you breathe
I could spend my life
Just living this dream
You're all I'll ever need

You give me strength
You give me hope
You give me someone to love someone to hold
When I'm in your arms
I need you to know
I've never been
I've never been this close

With all the lovers
I used to know
I kept my distance I never let go
But in your arms I know I'm safe
'Cause I've never been held
And I've never been kissed in this way
You're all I'll ever need
You're all I'll ever need

Close enough to see it's true
Close enough to trust in you
Closer now than any words can say

And when, when I'm in your arms,
I need you to know I've never been
I've never been this close

You give me strength
You give me hope
You give me someone to love someone to hold
When I'm in your arms
I need you to know
I've never been
I've never been
I've never been
I've never been this close

Thursday, July 18, 2013

7 Sebab Anda Patut Makan Kurma

12:17:00 PM 1 Comments
Assalamualaikum...

hari ni nak kongsi antara sebab kenapa anda disarankan atau dituntut untuk makan buah kurma...

1. Membuat Anda Bertenaga
2.  Kaya dengan serat dan potassium
3.  Penguat memori
4. Baik untuk wanita mengandung/bersalin
5. Penawar Racun
6. Merawat penyakit
7. Mengubati gangguan usus dan sembelit

untuk baca lebih lanjut...sila ke ---> SINI  


 

The Red Velvet by Secret Recipe

12:03:00 PM 7 Comments
Assalamualaikum...

mula-mula sekali nak mintak maaf kot-kot la kalau ada yang tertelan air liur tgk entry ni...ampun!
niat dihati just nak bagi tau je..kot-kot kalau ada yang mengidam kek daripada Secret Recipe...sally cadangkan korang cuba kek terbaru daripada Secret Recipe...

RED VELVET!

Yang membezakan kek red velvet ni dengan kek red velvet yg lain-lain ialah...dia ada buah aprikot kat dalam dia! nice...pada yang malas nak buat red velvet boleh la try Red Velvet by Secret Recipe ni...tp jangan la banding dengan buat sendiri ye...lain!

ohh! lupa nak cakap...sambil beli tu...cukupkan resit sampai RM30..boleh masuk contest dekat Secret Recipe...mana tau Raya dengan TV baru ke kan..rezeki..mana tau..

Happy Ramadhan!

Wednesday, July 17, 2013

Gara-gara filem Istanbul, Aku Datang!

10:36:00 AM 3 Comments
Assalamualaikum…Salam Ramadhan ke 8…

Tajuk! Tak nak kalah kan….hahaha…actually kelmarin sebelum berbuka sally tengok cerita ni…kalau yang dah pernah tgk mesti ingat kan part yang Lisa Surihani makan Maggi Assam Laksa Beto Kusyairy…

Dah la time-time puasa ni kan…tengok dia makan terus mengidam gila kot! Tapi ibu dah masak masa kitorang tengok cerita tu…so, terpaksa la pendam…bajet lepas terawih nak masak maggi tu…tp hampeh! Perut still kenyang lagi…hahahha…macam nak meletop!

So,taraaaa….
Akhirnya semalam dapat jugak…sebab setiap Selasa dengan Khamis, Dato’ akan kasi nasi bungkus kat semua staff…so, sally pun ambik dua je…sebab dah ada budak praktikal…so, macam tak baik la pulak kalau tak bg kat dia kan…even utk dia actually takde...sbb last minute dia masuk...baik tak sally?? 

*penampar

Dua…untuk ibu dengan abang sally…sally mengadap Maggi Assam Laksa yang super sedap! Sorry ye sebab terpaksa tengok maggi ni...Hehehe…ampun!