6 Jenis Buah-Buahan Kegemaran Nabi Muhammad SAW

4:37:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments

Assalamualaikum...
1.Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup. Orang arab selalu mencampurkan barli ke dalam talbiinah. Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut.

2. Kurma – Antara pembekal anti oksidan yang terbaik. Disebut dalam sebuah hadis kurma terbaik adalah kurma nabi....jangan lupa time berbuka dengan sahur Ramadhan nanti amalkan..okay??(Tamar Ajwah adalah antara buahan syurga(Hadis riwayat Ahmad)

3. Buah Tin – Bukan buah dalam tin yer...sila baca betul-betul..hehehe..Boleh mengubati buasir. Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda,“Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata’, “inilah buahnya” (tin), sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya”. (HR Abu Darda; Suyuti).

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut. Anggur merangsang berfungsinya ginjal dan membantu mengeluarkan hampas-hampas tubuh seperti urea. Dengan mengeluarkan air yang berlebihan dari tubuh, anggur menurunkan tekanan darah.

5. Zaitun – Kandungan asam linoleik yang terdapat dalam buah Zaitun sangat bermanfaat bagi ibu-ibu yang menyusui anak. Kekurangan asam linoleik boleh mengurangkan pertumbuhan bayi malahan boleh menimbulkan beberapa penyakit kulit. Minyak zaitun juga sangat bagus dan berkhasiat untuk di gunakan dalam masakan. Yang yang paling utama untuk wanita ia adalah sangat elok untuk kulit.

6. Delima – Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi. Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak daripada rosak selepas tercedera. Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab.

6 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

The Lone Ranger

4:00:00 PM Sally Samsaiman 0 Comments

Assalamualaikum...

ada pernah dengar pasal ni..? ni bukan kisah Power Rangers merah yg selalu menang ataupun Otomen yg tak pernah kalah tu...ni pasal cerita terbaru yg dilakonkan oleh Johnny Depp...tau tak sape..?? alaaa...yang berlakon jadi Captain Jack Sparrow dlm cerita Pirates of Caribbean tu...tau tak?? tak jugak?? nah gambar dia!

dah kenal dah?? dah kan...haaa...tahun ni dia dah masuk umur 50 tahun...caya tak?? takkan...? hahaha...sama laa...so, kepada peminat tegar Johnny Depp...ni ada filem baru beliau...The Lone Ranger...incoming 4th July...same release time dengan Despicable Me 2...hehehe...

kat sini sally sertakan link TRAILER utk filem ni...okay..? Sinopsis nak jugak ker?? nah ambik laa!

From producer Jerry Bruckheimer and director Gore Verbinski, the filmmaking team behind the blockbuster "Pirates of the Caribbean" franchise, comes Disney/ Jerry Bruckheimer Films' "The Lone Ranger," a thrilling adventure infused with action and humor, in which the famed masked hero is brought to life through new eyes. Native American spirit warrior Tonto (Johnny Depp) recounts the untold tales that transformed John Reid (Armie Hammer), a man of the law, into a legend of justice-taking the audience on a runaway train of epic surprises and humorous friction as the two unlikely heroes must learn to work together and fight against greed and corruption.

p/s : Pirates of the Caribbean 5 incoming! ^_^

0 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Santai Giveaway Kad Raya 2013 by F & W

3:54:00 PM Sally Samsaiman 1 Comments

Assalamualaikum...

GiveAway yg rare sikit..jom join!

kenapa korang nak Kad Raya dari Farisha dan Wid??

sebab sally suka kumpul kad raya, pastu gantung dekat rumah...bila orang datang, orang baca...pastu bangga la...sambil cakap, "kau hadooo??"...

maaf, riak sikit ^_^

1 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Despicable Me 2.

1:17:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments

Assalamualaikum...

lambatnya esok!! hahaha....OMG!! DESPICABLE ME 2!
dah la comel gila si banana tu....comel! menci!! comel sangat...

dah tgk trailer dia..???

kalau belom boleh klik SINI...
mesti korang rasa dorang ni comel sangat! nanti dah tengok sally review filem ni okay??

love, XOXO

4 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Menang PASS masuk PERCUMA !

1:11:00 PM Sally Samsaiman 2 Comments

Assalamualaikum...

cer klik sekali sini...thanks!

hehehe...sally nak kasi tau semua orang...yang sally menang pass masuk utk menonton Badges of Fury! wewiitt...Jet Li kot berlakon...dapat 2 tiket utk menonton...tak kisah mana-mana pun korang nak pergi...camne caranya nak dapat tiket free ni...?

mudah jer!

kat sini korang just kena share movie trailer terbaru dan if korang bernasib baik...pihak KLIPS akan hubungi korang melalui email utk korang claim tiket!

as simple as that..?? serius ke korang tak nak??

apa lagi...klik sini dan sign up okay!!

sally nak g tengok wayang FREEEEE ni ^_^

2 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Pesan Ust Roslan Mohamed....

10:57:00 AM Sally Samsaiman 2 Comments

"Ada 4 Golongan yg hadapi Ramadan:

1: Golongan yang rindukan Ramadan untuk beroleh nikmat pahala dan redha Allah di sepanjang Ramadan,

2: Golongan yang rindukan Ramadan kerana peluang berniaga yang akan membawa keuntungan yang berlipat kali ganda,

3: Golongan yang bimbang dan takut bila datangnya Ramadan kerana ia bulan berlapar dan berdahaga, dan

4: Golongan yang tidak peduli dan ambil cakna tentang bulan dan hari-hari dalam kehidupannya sama saja baginya sama ada bulan Ramadan, bulan Muharram atau hari apa sahaja....

Jadilah kita golongan pertama yang amat merindui Ramadan sebagai bulan menjadikan kita semakin bertakwa kepada Allah swt.
 
2 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Natasha Hudson tukar nama anak.

10:02:00 AM Sally Samsaiman 0 Comments

Assalamualaikum....

pagi ni godek-godek Yahoo...jumpa berita ni....

1 Jul- Model dan pelakon jelita, Natasha Hudson telah menukar nama puteri keduanya dari Naeema Taqiyyah kepada Naeema Kalila.
 
Natasha Hudson tukar nama anak

Sebelum ini, Natasha dan suaminya Carleed Khaza ingin menamakan anak mereka dengan nama Naeema Taqiyyah kerana ia memberi maksud memudahkan, keberkatan, ketenangan, soleh serta bertakwa.
Namun, setelah mengetahui 'Taqiyyah' mempunyai makna yang kurang elok serta melibatkan pengikut ajaran Syiah, dia mengambil keputusan menamakan bayi comelnya itu kepada Naeema Kalila.

"Dalam bahasa arab, maksudnya masih lagi merujuk kepada perkataan bertaqwa. Akan tetapi kami tidak tahu ianya ada makna lain yang lebih besar dalam pengikut Syiah, sehinggalah kami menyertai sebuah sesi usrah. Melalui majlis tersebut kami telah merujuk perkara ini dan dapatkan nasihat daripada ulama Islam serta mufti. Kini nama bayi saya telah ditukar kepada Naeema Kalila dan bukan lagi Taqiyyah," katanya kepada Malaysian Digest. 

Natasha Hudson dan Carleed telah berkahwin pada April 2012 dan merupakan perkahwinan ketiga buat aktres tersebut. Hasil perkongsian hidupnya dengan suami yang terdahulu, Natasha Hudson telah dikurniakan seorang anak perempuan, Nessa Helena yang kini berumur lima tahun.