Kisah Kelahiran DORAEMON ^_^

3:43:00 PM Sally Samsaiman 1 Comments

Assalamualaikum...rata-rata blogger tegar yg suka menjengah ke blog sally tau kegilaan sally...so, meh kita kenal-kenal dengan doraemon meh..hahahah...kebenaran hanya tuan sumber yg tau...sally copy jer...kebetulan terjumpa ^_^


1. Apa maksud nama Doraemon?
- Nama Doraemon sebenarnya dicipta dari dua patah perkataan: Dora dan Emon. Dora adalah seperti kucing jalanan yang liar, manakala Emon pula adalah kata ganti untuk haiwan jantan bagi bahasa Jepun. Jadi maksud nama Doraemon adalah kucing jantan liar! Tapi adakah Dora the explorer bermaksud Si pengembara Kucing jalanan liar?

2. Tarikh Lahir Doraemon?
- Doraemon dilahirkan pada 3 September 2112 iaitu tarikh di mana Doraemon dihasilkan.

3. Doraemon Mempunyai Kod Pengeluaran?
- Ya! Doraemon memiliki kod pengeluaran iaitu MS-903. Ini adalah nama asli Doraemon sebagai robot dan dengan nama inilah ia dipanggil oleh pemilik kilang robot dimana ia dicipta!

4. Apa Warna Asal Doraemon?
- Warna cat asal Doraemon adalah kuning. setelah mendapat tahu telinga digigit tikus, Doraemon dengan mood sedih ala-ala feeling Ombak Rindu merasa tertekan dan menyelinap ke atas menara dan meminum air ramuan berlabel “kesedihan”. Ketika Doraemon menangis, warna kuningnya luntur dan suaranya berubah disebabkan ramuan itu.

5. Berapa Jumlah Alat Di Dalam Poket Doraemon?
- Terdapat lebih kurang 4500 alat telah dikeluarkan dari poket Doraemon, termasuklah yang paling terkenal iaitu Doko Demo Doa ( Pintu Ke Mana Saja), Tate Kopta (Alat Terbang Buluh) dan Time Machine (Mesin Masa).
6. Doraemon Mempunyai Nombor Ajaib?
- 1293!! Doraemon memiliki berat 129.3 kg (amboi beratnya, obesiti ke hapa nie?), dan tinggi 129.3 cm. Boleh berlari sehingga 129.3km/jam ketika dalam ketakutan disunat dan melompat setinggi 129.3cm ketika diancam bahaya. Lingkar pergelangan tangan berukuran 129.3mm, kaki berdiameter 129.3mm dan dicipta pada 3/9/2112.

7. Di mana butang On/Off Doraemon?
- Pada bahagian ekornya berbentuk bulat berwarna merah.

8. Kenapa Doraemon dan Dorami dikatakan adik beradik?
- Kerana kedua-duanya berasal dari tangki minyak yang sama, tetapi Doraemon dihasilkan dua tahun lebih awal.

9. Doraemon pernah bersekolah?
- Pernah, di sekolah yang namanya Sekolah Robot. Aku teka dia belajar menari ballet kat sekolah ni.

10. Bagaimana Prestasi Doraemon di Sekolah?
- Prestasi yang buruk sehingga tiada sesiapa yang berminat mengambil sebagai teman sehinggalah Sewaishi (cicit Nobita) sangat menyukai Doraemon dan menghantarnya kepada Nobita untuk menjaganya.



1 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

MAS Uruskan Semua Pemeriksaan Doktor, Dokumen Sebelum Bawa Pulang Izan Dan Bayinya.

1:40:00 PM Sally Samsaiman 3 Comments

Assalamualaikum...sedutan dari Kisah Air Asia Yang Tidak Berperikemanusiaan Meninggalkan Izan Dan Maryam Di Vietnam , pihak MAS (Malaysia Airlines) telah mengambil keputusan untuk membawa pulang ibu dan anak tersebut ke Malaysia..


KUALA LUMPUR – Penerbangan Malaysia (MAS) memberi layanan di luar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan semua prosedur bagi membawa pulang dari Vietnam seorang rakyat negara ini bersama bayi perempuan berusia 14 bulan, yang dihalang menaiki pesawat tambang murah.
Izan Suhaila Mohd Ali, 36, dan Mariam Sofea Mohd Reza dihalang menaiki pesawat tambang murah itu di Lapangan Terbang Ho Chi Minh pada Sabtu malam selepas bayi perempuan berkenaan disyaki mempunyai simptom penyakit berjangkit.
Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata petugas MAS membawa Mariam Sofea berjumpa seorang doktor kerana langkah itu adalah prosedur standard untuk semua penumpang yang memiliki simptom penyakit berjangkit bagi memperoleh sijil layak menaiki pesawat.
Ini bagi memastikan tidak ada penumpang yang mendatangkan risiko kesihatan kepada penumpang lain, katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau juga berkata doktor kemudian mengesahkan bayi itu tidak lagi dijangkiti dan sudah melepasi tempoh inkubasi manakala bintik hitam di tubuh Mariam Sofea sebenarnya keruping.
“Sejurus selepas itu, MAS membantu menyediakan dokumen perjalanan untuk Izan, Maryam Sofea dan dua lagi saudara mereka. Mereka ditempah untuk penerbangan MH759 yang berlepas dari Ho Chi Minh pada Ahad agar tidak perlu lagi bermalam di sana sekali gus terpaksa berbelanja lebih,” katanya.
Ahmad Jauhari berkata petugas MAS dari Saigon turut menghantar keluarga itu ke lapangan terbang dari hotel mereka, dan apabila tiba di lapangan terbang, pasukan perkhidmatan di situ sudah bersedia dengan semua dokumentasi yang diperlukan bagi memastikan daftar masuk pantas.
“Seorang petugas diarah mengiringi keluarga itu bagi pemeriksaan Imigresen dan Kastam. Ini penting kerana terdapat persoalan berhubung cop dalam pasport mereka berikutan insiden hari sebelumnya,” katanya.
Izan dan keluarganya berjaya menaiki penerbangan MH759 dan berlepas dari Saigon ke tanah air pada 4.40 petang.
Ahmad Jauhari berkata pihaknya gembira pasukan petugas MAS di Saigon memberi layanan mesra 100 peratus ala Malaysia dalam situasi ini.
Beliau berkata keupayaan pasukan itu bertindak di luar tugas mereka perlu dipuji, dan turut membanggakan mereka tidak melanggar mana-mana peraturan dalam prosedur standard.
“Saya secara peribadi ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua petugas yang terlibat secara langsung dalam kes ini,” katanya.

3 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!