Friday, May 31, 2013

Selepas 5 Tahun .

3:05:00 PM 2 Comments
Assalamualaikum...
 
diam tak diam...dah 5 tahun berlalu...sekejap jer aku rasa...pejam celik pejam celik...dah 5 tahun benda ni berlaku...mungkin ada hikmahnya...atau mungkin aku yg masih tak nampak....?

Lima tahun....kenapa aku bertahan selama itu?

"adik! aku anggap kau mcm adik aku.."
sumpah! sgt sakit bila aku ingat kenangan kami mlm tuh...adik...itulah status aku dimata dia...
kenape perlu bg harapan kalo kau x boleh nk tunaikan?? kenapa kau treat aku macam kepunyaan kau kalau kau cuma anggap aku sebagai seorang adik?

hurm...
5 tahun dah berlalu sejak peristiwa tu...dan aku masih belum dpt nak lupekan dia...
terlalu byk yg aku simpan,pendam...sampai kadang kala aku terase aku bukan lg aku...

senyum..bergelak ketawa...tak siapa yg tau betapa sakit hati aku...
5 tahun masih blom cukup buat hati aku tenang...
entah knape aku mengira detik masa utk jumpe dia...
walau sakit aku masih tunggu dia...

Ya Allah...bantulah hambaMU ini menempuh jalan hidupnya...
 
*maaf atas penggunaan aku dan kau
 
 

RESEPI : Strawberry Syrup

12:02:00 PM 6 Comments
Assalamualaikum...

haaa...sape suka makan strawberry?? sally suka! so, hari ni nak ajar buat strawberry syrup...boleh makan dgn roti or pancake....tak pun lempeng! hihi....boleh curah atas dessert atau ice-cream vanilla ke kan....sluruppppp...sedap! boleh jugak nak tukar buah...kiwi ke...ikut sukati laa...tapi durian tak mo laa...tak kena....ohh! kalau campur dalam air aiskrim soda pun sodappp...

sally bagi direction dalam english la ek...malas nak taip balik...copy jer....hihi...

INGREDIENTS
  • 2 cups granulated sugar
  • 1 cup water
  • 1/2 pound strawberries, hulled and sliced
INSTRUCTIONS
  1. Place the sugar and water in a medium saucepan and stir to combine. Bring to a gentle boil over medium-high heat. Reduce the heat to medium low and simmer until the sugar is completely dissolved and the syrup is slightly thickened, about 5 minutes.
  2. Add the sliced strawberries and return to a simmer. Cook, stirring occasionally, until the strawberries have softened completely and the syrup has a distinct strawberry flavor, about 10 minutes. Remove from the heat and let cool to room temperature.
  3. Strain the syrup through a fine-mesh strainer and discard the solids. Transfer to a container with a tightfitting lid, cover, and refrigerate for up to 2 weeks.
kalau dah malas sangat...beli je la yang Hershey punya...pun sedap jugak...eheeee ^_^  

Strawberry Syrup

Thursday, May 30, 2013

Movie | Fast & Furious 6

5:03:00 PM 5 Comments
Assalamualaikum...

TERBAIKKKK!!!!
tu jer mampu cakap...memang best la...tp akalu nak sally rate kan out of 5 star, sally kasi 4 and a half la...sebab bagi sally Fast 5 is much better la...hahahaha....

Fast & Furious 6 is awesome!! boleh pulak dorang pi letup kapal terbang...siap ada kereta kebal ! perghhh...kalau sesape yang follow cerita ni...pasti tau ending dia Han akan mati...kalau yang tengok Tokyo Drift mesti tau yang Han dah mati dalam episod tu...tapi bila ada kesinambungan semua pelik kenapa Han ada dalam Fast 5 & Fast Furious 6...sebab nyaa....actually lepas Fast 5 & Fast Furious 6 baru la terjadi Tokyo Drift sebab Giselle mati...kesian Han...

okay la...sape yang tak paham...sila baca synopsis and all about Fast Furious 6

hehehe...jangan lupa g tengok Fast & Furious 6...super awesome guys!

Wednesday, May 29, 2013

Sakit Pinggang :(

3:16:00 PM 4 Comments
Assalamualaikum....

lewat sikit update...banyak koje weh! mmm...lately ni sally selalu sangat sakit pinggang....nak kata nak "bercuti" baru jer habis...tapi sakit sangat...mungkin kurang minum air barangkali...? omak aihh...pinggang sakit rasa macam dok tahan sakit gigi kot...sakit sangat! Even ada orang kata sakit pinggang tu tanda-tanda awal nak hamil...tapi sally bukan tergolong dalam geng-geng bakal ibu okay? -__-''


Agak-agak kenapa ek..?


Tuesday, May 28, 2013

Kucing Disumbat Ke Dalam Botol dan Dijadikan Hiasan

2:57:00 PM 4 Comments
Assalamualaikum...rasa sedih...sampai mengalir air mata sally bila binatang yang lemah diperbuat macam ni...apa dah takde benda lain yang dorang nak jadikan hiasan...memang manusia yang dilaknat Allah dorang ni!



Terdapat seorang Jepun di New York sedang menjual suatu produk baru; yg dikenali sebagai ‘Kucing Bonsai’. Apa yang orang Jepun ini buat ialah memadatkan seekor anak kucing ke dalam balang atau botol yang diperbuat daripada kaca.

Kemudian, dua batang straw akan dimasukkan ke dalam balang itu melalui dua lubang kecil yg ditebuk di atas penutup balang itu. Tujuan dua straw itu ialah satu utk memberi makanan kepada anak kucing itu, dan satu lagi utk mengeluarkan najisnya.

Untuk memastikan anak kucing itu membesar dan mengikut rupa dan saiz balang atau botol itu, dia akan memberi anak kucing itu makan sejenis dadah yang akan menjadikan tulangnya lembut, supaya badannya mudah utk mengikut bentuk dalaman balang itu. Dia hanya akan berhentikan pemberian makanan dadah ini sekiranya anak kucing itu mati.

Adakah penganiayaan dan pengzaliman seperti ini dapat dihentikan? Anak kucing itu pasti tidak boleh bergerak di dalam balang itu, apatah lagi utk membersihkan badannya, dan langsung tak boleh membuat apa-apa. Kalau dia menjerit sekalipun, siapa yang akan mendengar jeritan batinnya di dalam balang itu?
Barangan yang zalim seperti ini telah dipasarkan secara meluas di serata New York, Indonesia dan New Zealand.

Apa yang lebih menyedihkannya ialah, dia menganiaya haiwan yang tidak dapat mempertahankan diri mereka. Padahal masih banyak lagi objek lain yang boleh dikormesialkan… Bukan menzalimi benda hidup seperti anak-anak kucing itu!

Kami benar-benar mengharap penganiayaan seperti ini dapat dihentikan secepat mungkin. Jika ‘kucing bonsai’ seperti ini menjadi trend baru dan setiap orang ingin membelinya, tiada apa lagi yang dapat kami katakan lagi jika unsur-unsur kemanusiaan sudah hilang dalam sanubari manusia itu sendiri.

Saturday, May 25, 2013

Pengambilan Baru Program Sarjana Muda iNED(e-PJJ & PLK) Sesi Sept 2013.

11:00:00 AM 1 Comments
Assalamualaikum...

rata-rata mungkin tau sally salah seorang student e-PJJ yang tgh sambung ijazah...so, sally kat sini nak ajak korang yang bekerja tu untuk sama-sama dengan sally...jom kita ke Menara Gading! jangan jadikan alasan bekerja sebagai halangan untuk kita capai cita-cita...ynag mana dah ada degree, boleh sambung Master or InsyaAllah PhD kan..?

so ni link untuk kemasukan baru bagi sesi September 2013...tapi kena cepat sikit sebab tarikh tutup hari Jumaat minggu depan bersamaan 31st May 2013. Sorry sally lambat sangat share!

Pengambilan Baru Program Sarjana Muda iNED(e-PJJ & PLK) Sesi Sept 2013.

Friday, May 24, 2013

Menangis guling-guling!

11:46:00 PM 3 Comments
Assalamualaikum...

huwaaaa....nak nanges....hehehe...bukan sebab apa pun...sebab sally belum berkesempatan nak g tgk Fast & Furious 6...sedihnya...takde geng langsung nak g tengok...alahaii....

mmm....hari selasa dah gaji...so, hari rabu InsyaAllah nak g tgk wayang jugak! kena pastikan....sentap gila bila budak-budak kat FB including sally punya lecturer pon dah g tgk kot!!

hehehe...sekarang nak tido...yela! esok kena kerja pulak...sehari cuti,sehari kerja,sehari cuti...pastu masuk balik kerja...apa pun tak boleh! lupa nak mintak cuti dengan Dato'!

sape nak join sally g tgk Fast & Furious 6 rabu depan...datang la join kat TGV KLCC...okay??

Thursday, May 23, 2013

Fast & Furious 6' is just another formula race saga.

1:55:00 PM 3 Comments
Fast & Furious 6 might have just as easily been called Planes, Tanks and Automobiles.
Muscle cars square off against hulking Army tanks and a cargo plane the size of a small planet. Demolition abounds. When the vehicular mayhem subsides, brawling and gunshots take over — aboard a plane, in a metro station, around buildings and open lots. This sixth installment (* * out of four; rated PG-13; opening Thursday in select theaters and Friday nationwide) is all commotion, clashes and crashes all the time
When the familiar squadron of outlaw racers needs to catch its breath, out pops a clichéd phrase, a puerile comment or maybe just an enthusiastic "Yeah!"
Here's a movie that could easily have been dialogue-free. And probably would have been better for it. But the volume is a key element, especially for those who find the sound of revved-up engines evocative.

Plot wise, the previous Fast and Furious, in Brazil, was superior. This ultra-formulaic entry definitely has a few exciting stunts — a car hurtling out of a flaming airplane, two bodies flying through the air and landing safely in a clutch (of the hug variety, not a car component). But the story is standard-issue. The racing crew of international criminals globe-trots, as in past films, though much of the action takes place in London. Amazingly, the British capital's busy streets are wide open for racing — except for the occasional double-decker bus that nearly gets toppled.
Brawny U.S. Agent Hobbs (Dwayne Johnson) is seeking the help of the car-crazy crew to take down the evil Shaw (Luke Evans), a mercenary terrorist/crime lord who has gotten his hands on top-secret military equipment. In exchange, they will be given amnesty for previous crimes. And the world will avoid annihilation. It's a pretty sweet deal.
But their old compatriot Letty (Michelle Rodriguez), thought dead, has resurfaced as one of of Shaw's henchmen. The ever-loyal lug nut Dom (Vin Diesel) insists she be rescued. Dom loves Letty. We know this because he drag-races with her and then proclaims throatily: "Show me how you drive, and I'll show you who you are."
In a particularly inane story arc, Brian (Paul Walker) spends 24 hours in a California prison to extract information from a prisoner. Inexplicably, he gets sprung just in time to join his pals back in Europe for the climactic race against the villainous Shaw.
The quips generally fall flat, and Diesel's delivery is the worst. But he's a brawny one, and that's all that really counts, since the actors are more like action figures than humans. On the plus side, women get to play as rough as the men. Rodriguez, who made her screen debut in 2000's Girl fight, takes part in an extended smackfest with Gina Carano, who plays Interpol officer Riley.
After laying waste to a couple dozen cars, seemingly oblivious to the loss of innocent lives, they end up at a modest house in L.A. Holding hands, they say grace, thanking God for their family and, "most of all, for fast cars."
For a hint about this speedy coalition's next stop, be sure to sit through the credits.
Better yet, hightail it home and fire up 2011's fresher Fast Five.


p/s : sape nak tengok wayang hari ni..? :)

Wednesday, May 22, 2013

#Promise

6:30:00 PM 2 Comments
Assalamualaikum...


p/s : Jangan la janji kalau tak dapat nak tepati .. sebab aku suka percaya ...

Rumah Pokok Suku Korowai Setinggi 35 Meter Di Papua!

3:00:00 PM 5 Comments
Di tengah hutan belantara timur laut Indonesia daerah Papua, terdapat satu suku kaum yang dikenali sebagai Korowai. Suku ini sangat terpisah dari dunia luar dan bergantung sepenuhnya kepada hasil hutan untuk terus hidup.

Suku kaum Korowai ini tinggal diatas rumah pokok atau ran yang mempunyai ketinggian sekitar 6-12 meter. Tetapi, ada juga yang membina rumah diatas pokok setinggi 35 METER! Tujuan mereka membina rumah yang tinggi ialah untuk mengelak daripada nyamuk dan juga bunyi bising dari jiran. Selain itu juga, mereka percaya bahawa roh-roh jahat selalu mengganggu di bahagian lantai hutan.

BACA ▬▬► http://www.guablog.com/in/43634/0/rumah-pokok-suku-korowai-setinggi-35-meter-di-papua-8-gambar
Rumah Pokok Suku Korowai Setinggi 35 Meter Di Papua (8 Gambar)

Di tengah hutan belantara timur laut Indonesia daerah Papua, terdapat satu suku kaum yang dikenali sebagai Korowai. Suku ini sangat terpisah dari dunia luar dan bergantung sepenuhnya kepada hasil hutan untuk terus hidup. 

Suku kaum Korowai ini tinggal diatas rumah pokok atau ran yang mempunyai ketinggian sekitar 6-12 meter. Tetapi, ada juga yang membina rumah diatas pokok setinggi 35 METER! Tujuan mereka membina rumah yang tinggi ialah untuk mengelak daripada nyamuk dan juga bunyi bising dari jiran. Selain itu juga, mereka percaya bahawa roh-roh jahat selalu mengganggu di bahagian lantai hutan.

BACA ▬▬► http://www.guablog.com/in/43634/0/rumah-pokok-suku-korowai-setinggi-35-meter-di-papua-8-gambar

18-year-old’s invention can recharge a cell phone in 30sec

2:16:00 PM 3 Comments
A teenager from Saratoga, California took home one of the top prizes at the Intel International Science and Engineering Fair late last week after showing off her invention, which can fully charge a cell phone in 30 seconds or less. Eesha Khare was given the Intel Foundation Young Scientist Award and a $50,000 prize for being runner-up in the competition, which was won by a 19-year-old who unveiled a new spin on self-driving car technology. Khare’s battery technology requires a new component to be installed inside the phone battery itself, and Intel notes that it also has potential applications for car batteries.

Cell Phone Charging Tech 

p/s : gila genius budak ni! hahaha :)

"Saya tak salah!"

10:09:00 AM 4 Comments
"Saya tak salah, saya tak curi pun...saya cuma nak cuba ambil tanpa kebenaran....sebab ikan tu nampak sedap.........." - kucing


"cuba nak ambik dengan mencuri tu tak sama ke kucing??" - sally


Tuesday, May 21, 2013

Kisah Kelahiran DORAEMON ^_^

3:43:00 PM 1 Comments
Assalamualaikum...rata-rata blogger tegar yg suka menjengah ke blog sally tau kegilaan sally...so, meh kita kenal-kenal dengan doraemon meh..hahahah...kebenaran hanya tuan sumber yg tau...sally copy jer...kebetulan terjumpa ^_^


1. Apa maksud nama Doraemon?
- Nama Doraemon sebenarnya dicipta dari dua patah perkataan: Dora dan Emon. Dora adalah seperti kucing jalanan yang liar, manakala Emon pula adalah kata ganti untuk haiwan jantan bagi bahasa Jepun. Jadi maksud nama Doraemon adalah kucing jantan liar! Tapi adakah Dora the explorer bermaksud Si pengembara Kucing jalanan liar?

2. Tarikh Lahir Doraemon?
- Doraemon dilahirkan pada 3 September 2112 iaitu tarikh di mana Doraemon dihasilkan.

3. Doraemon Mempunyai Kod Pengeluaran?
- Ya! Doraemon memiliki kod pengeluaran iaitu MS-903. Ini adalah nama asli Doraemon sebagai robot dan dengan nama inilah ia dipanggil oleh pemilik kilang robot dimana ia dicipta!

4. Apa Warna Asal Doraemon?
- Warna cat asal Doraemon adalah kuning. setelah mendapat tahu telinga digigit tikus, Doraemon dengan mood sedih ala-ala feeling Ombak Rindu merasa tertekan dan menyelinap ke atas menara dan meminum air ramuan berlabel “kesedihan”. Ketika Doraemon menangis, warna kuningnya luntur dan suaranya berubah disebabkan ramuan itu.

5. Berapa Jumlah Alat Di Dalam Poket Doraemon?
- Terdapat lebih kurang 4500 alat telah dikeluarkan dari poket Doraemon, termasuklah yang paling terkenal iaitu Doko Demo Doa ( Pintu Ke Mana Saja), Tate Kopta (Alat Terbang Buluh) dan Time Machine (Mesin Masa).
6. Doraemon Mempunyai Nombor Ajaib?
- 1293!! Doraemon memiliki berat 129.3 kg (amboi beratnya, obesiti ke hapa nie?), dan tinggi 129.3 cm. Boleh berlari sehingga 129.3km/jam ketika dalam ketakutan disunat dan melompat setinggi 129.3cm ketika diancam bahaya. Lingkar pergelangan tangan berukuran 129.3mm, kaki berdiameter 129.3mm dan dicipta pada 3/9/2112.

7. Di mana butang On/Off Doraemon?
- Pada bahagian ekornya berbentuk bulat berwarna merah.

8. Kenapa Doraemon dan Dorami dikatakan adik beradik?
- Kerana kedua-duanya berasal dari tangki minyak yang sama, tetapi Doraemon dihasilkan dua tahun lebih awal.

9. Doraemon pernah bersekolah?
- Pernah, di sekolah yang namanya Sekolah Robot. Aku teka dia belajar menari ballet kat sekolah ni.

10. Bagaimana Prestasi Doraemon di Sekolah?
- Prestasi yang buruk sehingga tiada sesiapa yang berminat mengambil sebagai teman sehinggalah Sewaishi (cicit Nobita) sangat menyukai Doraemon dan menghantarnya kepada Nobita untuk menjaganya.



MAS Uruskan Semua Pemeriksaan Doktor, Dokumen Sebelum Bawa Pulang Izan Dan Bayinya.

1:40:00 PM 3 Comments
Assalamualaikum...sedutan dari Kisah Air Asia Yang Tidak Berperikemanusiaan Meninggalkan Izan Dan Maryam Di Vietnam , pihak MAS (Malaysia Airlines) telah mengambil keputusan untuk membawa pulang ibu dan anak tersebut ke Malaysia..


KUALA LUMPUR – Penerbangan Malaysia (MAS) memberi layanan di luar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan semua prosedur bagi membawa pulang dari Vietnam seorang rakyat negara ini bersama bayi perempuan berusia 14 bulan, yang dihalang menaiki pesawat tambang murah.
Izan Suhaila Mohd Ali, 36, dan Mariam Sofea Mohd Reza dihalang menaiki pesawat tambang murah itu di Lapangan Terbang Ho Chi Minh pada Sabtu malam selepas bayi perempuan berkenaan disyaki mempunyai simptom penyakit berjangkit.
Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata petugas MAS membawa Mariam Sofea berjumpa seorang doktor kerana langkah itu adalah prosedur standard untuk semua penumpang yang memiliki simptom penyakit berjangkit bagi memperoleh sijil layak menaiki pesawat.
Ini bagi memastikan tidak ada penumpang yang mendatangkan risiko kesihatan kepada penumpang lain, katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau juga berkata doktor kemudian mengesahkan bayi itu tidak lagi dijangkiti dan sudah melepasi tempoh inkubasi manakala bintik hitam di tubuh Mariam Sofea sebenarnya keruping.
“Sejurus selepas itu, MAS membantu menyediakan dokumen perjalanan untuk Izan, Maryam Sofea dan dua lagi saudara mereka. Mereka ditempah untuk penerbangan MH759 yang berlepas dari Ho Chi Minh pada Ahad agar tidak perlu lagi bermalam di sana sekali gus terpaksa berbelanja lebih,” katanya.
Ahmad Jauhari berkata petugas MAS dari Saigon turut menghantar keluarga itu ke lapangan terbang dari hotel mereka, dan apabila tiba di lapangan terbang, pasukan perkhidmatan di situ sudah bersedia dengan semua dokumentasi yang diperlukan bagi memastikan daftar masuk pantas.
“Seorang petugas diarah mengiringi keluarga itu bagi pemeriksaan Imigresen dan Kastam. Ini penting kerana terdapat persoalan berhubung cop dalam pasport mereka berikutan insiden hari sebelumnya,” katanya.
Izan dan keluarganya berjaya menaiki penerbangan MH759 dan berlepas dari Saigon ke tanah air pada 4.40 petang.
Ahmad Jauhari berkata pihaknya gembira pasukan petugas MAS di Saigon memberi layanan mesra 100 peratus ala Malaysia dalam situasi ini.
Beliau berkata keupayaan pasukan itu bertindak di luar tugas mereka perlu dipuji, dan turut membanggakan mereka tidak melanggar mana-mana peraturan dalam prosedur standard.
“Saya secara peribadi ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua petugas yang terlibat secara langsung dalam kes ini,” katanya.

Monday, May 20, 2013

PUASA | Bad News + Good News!

4:59:00 PM 3 Comments
Assalamualaikum...

lambat sikit dapat update entry...hari ni super busy! mmm...hari ni puasa...ganti pose lagi 2 hari...so, ada lagi sehari je nak kena ganti...hehehe...memang agak lewat ganti...sebab dugaan lapar kan...hehehe...

back to topics, hari ni dapat berita baik and berita kurang baik...nak dengar mana dulu...?? bad news first...ikut turutan penerimaan....

bad news, Community Service (CS) yg sally kena jalan kan utuk subject kat UiTM sekarang kena sabotaj...actually sally ketua utk bahagian seminar which is lain-lain...CS dgn seminar sepatutnya 2 event yang berbeza...tapi we olls kan PJJ students...so, we olls decide nak jalan kan sekali...benda ni akan berlangsung on 1st June masa Birthday Agong. Nak dijadikan cerita, ketua utk CS dah siap proposal,dah approved by UiTM dan dah dapat budget..and kitorang pon dah decide nak jalankan seminar dalam CS...guess what?? hari ni dia call and cakap, "You guys should fine your own sponsor.."... I was like...haaaa...kau biar betul...lagi 2 minggu kot....dah la budget semua nak kena buat from the very start...equipment kena cari sendiri, cenderahati, payment utk penceramah...sumpah kejam gila dorang....banyak kot benda sally n group sally nak kena settle...haihhhh...

ada 2 good news...first, penceramah sally dengan senang hati cakap..."I'll give a talk for FREE..I wanted to do some community service too just like you all"....syukur...syukur alhamdulillah...sekarang sally cuma nak kena cari sponsor utk bg penceramah sally cenderahati and makan la kan...kesian dia bg ceramah free pastu takde pape kita bagi dia kan....
second good news....I've got my sponsored...sape yang baik hati tu...? mesti la my Dato' Mohamed Nazir Meraslam, bos sally yang suka bebel sebab sally gemuk =,="...jenuh buat muka seposen dekat dia...actually mula-mula segan sebab dah selalu susahkan dia...tapi...hehehe...ni kes darurat!

So, that's my day...korang macam mana?? kepada sesiapa yang puasa tu...selamat berbuka...!!


Friday, May 17, 2013

Fast & Furious 6.

2:26:00 PM 0 Comments
Summary:
Since Dom and Brian’s Rio heist toppled a kingpin’s empire and left their crew with $100 million, our heroes have scattered across the globe. But their inability to return home and living forever on the lam have left their lives incomplete.
Meanwhile, Hobbs has been tracking an organization of lethally skilled mercenary drivers across 12 countries, whose mastermind is aided by a ruthless second-in-command revealed to be the love Dom thought was dead, Letty. The only way to stop the criminal outfit is to outmatch them at street level, so Hobbs asks Dom to assemble his elite team in London. Payment? Full pardons for all of them so they can return home and make their families whole again.

 Assalamualaikum...

sally merupakan peminat tegar cerita Fast Furious .. since yang awal sampai la yg akhir...dalam laptop yg hilang dulu ada semua episod...semua full HD punya download...apek jugak yg download...bukan sally....hahahha...rata-rata korang mesti dah perasan yang Fast & Furious akan keluar yang no 6... Fast Five last time dorang rompak peti besi...awesome gila kot!

serius! tak sabar nak tunggu cerita ni main kat Malaysia...next week! save the date peeps!! 23rd May...alaaa...Jumaat tu kan Wesak Day...pun boleh tgk jugak...hahaha...sape nak ajak sally pun okay jugak...siap belanja sekali la tau...hahaha...sebab belom gaji...huwaaaaaaaa.....


Thursday, May 16, 2013

Memang nampak agak pathetic!

12:06:00 PM 6 Comments
Assalamualaikum...

apa yang pathetic..?? hahaha...sally ditegur ramai bloggers...kenapa tak letak iklan Nuffnang kat blog...meh sally kasi tau kenapa! Masa zaman muda remaja baru nak tulis blog dulu...sally pernah jugak letak iklan Nuffnang...so, bila dah nak dekat 2 tahun...masa tu followers tak bertambah...tetap jer 38orang selama 2 tahun ..=.=" bayangkan dah 2 tahun takde langsung dapat pape dari iklan Nuffnang tu...

nampak sangat takde orang baca blog kau sally.... *penampar!

sally tengok iklan Nuffnang tu macam takde guna kat blog sally...last-last kena buang la beliau!

Nak dijadikan cerita...semalam hati ni tergerak nak tengok Nuffang sally....eh, dah takde iklan...ada pulak duit...? adoi! ni ialah kes menyesal pergi abandoned sally punya Nuffnang!

hehehe...kesimpulannya, sally dah letak balik iklan Nuffnang sally kat dalam blog..dah tu? tak reti-reti lagi nak klik..?? derma la kat budak yang baru letak iklan Nuffnang ni...kesia dia...tak macam korang yang dah beribu riban Nuffnang kasi duit! derma...derma...dermaa...tau!!

sayang korang kalau korang klik! kalau tak klik tak nak sayang!! xoxo ...


Monday, May 13, 2013

Major Headache a.k.a Migraine

4:06:00 PM 4 Comments
Assalamualaikum...maaf sebab hari ni sesi blogwalking takkan berlaku...sebab sally dalam keadaan migrain...hanya Allah yg paham sakit menahan migrain...sape yang ada penyakit ni mgkn akan paham...kalau setakat sakit kepala mungkin sally masih boleh tahan...tapi ni...haihhh....

Bukan mengeluh, jauh sekali nak bebel pasal penyakit...sekarang ni rasa nak baring jer...nak makan pain killer tapi takot terbongkang tido pulak jap lagi....haaihhhh lambat lagi ke nak pukul 5pm...penat laa...dah la migrain ni sakit menangkap tengkuk...rasa nak karate jer kepala ni...eh?

So, sally mohon maaf jer...lain kali sally blogwalking kome semua...eh, jangan lupa...Simple Segmen by Sally Samsaiman akan tamat tepat pukul 11.59 malam ni...semoga kome semua sempat join...yg mana dah join tu...sally ucapkan banyak-banyak terima kasih...InsyaAllah dalam masa terdekat ni sally akan umumkan pemenang dia...so far top referral tu milik lelaki...mana-mana yang mengidam nak notebook tu...sila ajak kawan-kawan anda join!

Thursday, May 9, 2013

Sesi menghabiskan duit Incik Boss :)

3:00:00 PM 1 Comments
Assalamualaikum…
actually ni entry khamis lepas, lupa pulak nak update…hahahha…boleh gitu?? Alaaa…baru lewat seminggu jer update, still kira baru lagi kan?? Cuma tak fresh laa…

Kisahnya start bila bulan ni incik boss dapat duit kutu, sebab tgk dia happy lain macam…sally pun pau la dia…at first ajak dia pi tengok wayang, main bowling, makan-makan sedap…tapi sbb incik boss terlalu busy…so, dia belanja kami lunch jer…

Lunch yang sepatutnya kat Nando’s, bertukar tempat ke Restoren Ayam Penyet Wong Solo…pernah dengar tak?? Mesti pernah….even jauh beza dengan Nando’s still halal kan je la…orang nak belanja jangan kisah…janji kenyang perut…

 
Incik boss kitorang ni bangsa tak suka makan yg set-set…disebabkan dia terlewat sbb lambat habis meeting kat site, so kami di halau pergi ke kedai tu dulu..hahaha…ohh! btw, sbb tempat lunch kitorang bertukar sbb dia hbs meeting lambat and dia takot kitorang lapar tunggu dia…sambung balik, sebabkan kitorang sampai dulu…kitorang pun pilih la lauk…hbs semua jenis masakan la kami dah order…alih-alih dia call, mintak set ayam penyet… =,=”





Can you imagine??? Lauk yang sebanyak 6 pinggan atas ni kami 4 orang jer makan??? Mmg pecah la perut lepas tu…sampai ke malam, sampai ke pagi esoknya pun still kenyang…


Hahaha…so, morale of the story, bila bos belanja…tunggu dia pesan ape…kalau tak…menderita perut nak habiskan makanan!
To incik boss, thanks yer…jangan lupa janji hujung tahun…kita naik makan kat RESTORAN BERPUTAR KL TOWER utk kali ketiga...! 
*mmg tiap-tiap kali pun incik boss yg bawak!
Loves, xoxo …. 


Bandung Trip (Part 4) - Shopping!!

12:36:00 PM 4 Comments

Bandung Trip (Part 1) - Foods 
Bandung Trip (Part 2) - Junk Foods 
Bandung Trip (Part 3) - Must Visit Place 

Okay ! ni part 4…and perhaps will be the last part dalam review sally di Bandung…guess what??? Hahahha…mestilah tempat shopping!! Hoooreyyy!!! Semua mesti tau yang Bandung ni ada banyak Factory outlet, tapi tak banyak yg sally ambik gambar…so, sally list kan ajer okay?? Kebanyakkan factory outlet ni ada di Jalan Dago, Jalan SetiaBudhi,Jalan Riau and etc.

Ohh! Before korang serang factory outlet, sally dengan ini sarankan korang pi la serang Pasar Baru….sana kalau nak cari kain pasang, telekung, barangan solat, sejadah cantik-cantik, tudung, perfume, ole-ole macam kacang bandung dgn pisang salai…semua ada dalam satu bangunan…ada 6 tingkat semuanya…confirm habis duit wooo!! 

Jangan risau kalau habis duit…kat sini pun ade ATM…Maybank & CIMB…Cuma kat sini Maybank tak dipanggil Maybank…dia dipanggil Bii.. sally sarankan sebelum keluar negara, pastikan dah activate korang punya pengeluaran luar negara…untuk Maybank, charge tax dia sama…RM12…setiap kali pengeluaran...

Okay,yang kat bawah ni…antara Factory Outlet yang best & affordable! 

  • GLOW
  • Heritage
  • Fashion World
  • Toko Tiga (Tempat jual jeans original…harga separuh dari pasaran Malaysia!)
  • Grutty (tempat jual barangan kulit original and murah!)
  • Rumah Mode (super mahal!)
  • The Summit
  • Grande
  • The Secret
  • Donatello (House of Leather)
Actually ada dalam 50 Factory Outlet...ada yang dah tutup sebab tak laku...masa sally pergi ada lagi yg baru bukak...so, kalau korang ada Pak Supir...mintak jer dia bawak...mesti dia tau nak ke mana!!

Happy Holiday's In Bandung!!!!! ^_^