Happy Belated Birthday Filzah & Noorsiah...

5:06:00 PM Sally Samsaiman 5 Comments

Assalamualaikum....

hehehe...yeaa...sally punya company mmg suka makan...
tengok la sally kan...aiseh! hahahaha...tapi hari ni makan kek jer...sebab malas la nak buat makan-makan...

*eleh...cakap jela belum gaji...malu pulak!

eh! yela...yela..a...a...mmg sebab belum dapat gaji lagi...hahaha...tapi...masa-masa sengkek ni...kek...tetap Secret Recipe okay..? jangan jeles..tengok gambar je la ek..? malas nak tulis banyak-banyak...


birthday girls :)






big BOSS :)

5 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

MatchMaker .. Releven ke?

4:30:00 PM Sally Samsaiman 2 Comments

Assalamualaikum...selamat petang...short entry sebelom balik kerja...short la sangat kan..?time-time camni mmg dah malas nak buat kerja...hehehe...ampun boss!! lain kali saya tak buat lagi...ohh! korang tau tak sally sebenarnya bekerja dalam bidang construction? yeaa...even though bukan la arkitek or site supervisor or engineer ke kan...tapi sally jadi Admin, Account and also utk Purchasing...kalau dah buat bangunan, kena la beli barang-barang nya kan...??

Nak dijadikan cerita...sekarang ni projek kitorang yang sedang up sikit ialah masjid di Shah Alam...yang nak tau sila tengok yer kat area shah alam tu...hehehe...ohh! ape kaitan tajuk dengan tajuk sally..? sebab kan sally purchasing officer...so, sally banyak kena call,call,call and interact dengan orang luar...especially dengan supplier la kan...? aiseh!

Nak dijadikan cerita, hari ni sally kena order tiles...sebab tiles ni kan permintaan daripada client...so, sally terpaksa la kena dapatkan jugak tiles ni...and tiles ni ade 1 je supplier dalam Malaysia ni...ade la kat tempat-tempat lain jugak...tp stok dia still datang dari kilang yang sama...so, takde beza kan...?

So, sally kena la call mamat ni...actually dah byk kali dah buat kerja dengan dia...pernah call banyak kali...dah 2-3 sally order tiles...sebab dia pun yg uruskan soal tiles office kitorang...so, mmg kena call dia la kan each time..??

Nak dijadikan cerita....at first dorang yang kat site dah order around 1300 pcs...but somehow tiba-tiba cancel...nak 700 pcs pulak...so, sally kena la call mamat tiles tu..Mr. A namanya...*kang ade orang cari dia pulak...hahaha...so, sally actually malas nak call orang selalu...sebab malas nak bercakap dengan orang...hehehe...

Budak site pun call sally...sebab dorang nak cancel...

Site : hehehe...sally nak cancel tiles tadi...nak 700 pcs jer...salah kira...
Sally : alaaa...korang ni mengada laa...tak pasal-pasal nak kena call Mr. A lagi...
Site : alaa...call jela...sore dia kan romantik jer...
Sally : pasal sore dia gitu la tak boleh call selalu...takutt...
Site : takut jatuh hatii la kan?? hahahha...dia ni hensem...
Sally : so...?
Site : dia single...ade jugak dia tanya sally hari tu masa datang tengok site...
Sally : yela tuu...*I was like haaaaaaaa?

yeahh right...mentang-mentang la kat opis ni sally sorang perempuan yang single...yang lain tak bini orang, makwe orang...tak site person, dengan bos sekali kadang nak rekemen kan orang...yela boss...saya tau la saya tak laku...nanti saya cari laki sorang...okay??

p/s : tak pasal-pasal nak call Mr. A jadi pikir lain pulak!! =,="


2 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!

Tips Penjagaan Rambut Wanita Bertudung

4:22:00 PM Sally Samsaiman 2 Comments

Assalamualaikum...
sally nak kongsi sikit tips dari kak Aina - RambutGugur.Com

1.Tak Seharusnya Cuci Rambut Setiap Hari

Cuci rambut setiap 2 atau 3 hari sekali dah memadai. Kalau yang nak cuci rambut sebelah pagi, boleh cuci 2 jam sebelum pakai tudung, biarkan rambut betul-betul kering. Cuci rambut juga perlu pilih syampu yang sesuai. Kalau yang rasa tak selesa & perlu cuci setiap hari, pilih syampu yang berasaskan herba.

*TIPS BERGUNA: Cuci rambut sebelah petang atau malam, selepas balik kerja atau outing siang hari.

2. Keringkan Rambut Secara Semulajadi

Tak kira lah panjang mana sekali pun rambut, rambut memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum mengenakan tudung. Keringkan rambut secara semulajadi. Biarkan ia lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan tuala.

Elak mengikat rambut ketika basah. Kalau nak cepat keringkan rambut, boleh guna pengering rambut yang jenis tak panas, atau last option boleh gunakan kipas angin sambil jari-jemari tu digunakan untuk meleraikan rambut yang basah secara perlahan-lahan. :-)

3. Pilih Kain Tudung Yang Lembut

Pilih fabrik lembut untuk tudung. Jangan pilih fabrik kapas, kerana kain tudung yang memerangkap haba tak sesuai sebab mudah memerangkap haba dan buatkan kulit kepala kita cepat berpeluh.
Kalau selesa, elakkan pakai serkup kepala. Pastikan tudung betul-betul dipin dengan selesa supaya rambut tak terkeluar.

4. Rehat Dulu

Bila sampai je di rumah, terus buka tudung dan biarkan kulit kepala "bernafas" terlebih dahulu. Rehat dalam masa 1/2 jam untuk peluh di kulit kepala kering. Sebaiknya, buka ikatan rambut dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Jangan biarkan rambut terus bertudung atau jangan pula terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.

Just rileks dan berehat sepenuhnya. Jangan lakukan apa-apa kerja yang berat kerana ianya akan berpeluh. Kalau ada air-cond lebih baik! Switch on aircond dan berbaring sebentar. Badan pun dapat berehat, dan kulit kepala pun kering daripada peluh!

5. Cari & Pilih Syampu Yang Sesuai

Syampu memang kena cuba untuk cari yang sesuai dengan rambut & kulit kepala kita. Pilih yang berasaskan herba dan semula jadi. Elakkan guna yang mengandungi banyak bahan kimia. Tapi apapun, ada guideline asas untuk pilih syampu jenis apa yang sesuai dengan jenis rambut kita.

Oh yes, jangan pakai syampu 2 in 1 yang ada conditioner sekali. sebabnya? Syampu untuk kulit kepala & conditioner untuk rambut, so tak berapa efektif kalau pakai 2 in 1 syampu.

6. Atasi Masalah Rambut Secepat Mungkin Jika Ada

Biasanya pakai tudung ni kadang-kadang boleh mendatangkan bau yang tak berapa best sebab faktor kelembapan, terutamanya untuk orang yang cepat berpeluh.

Kalau tak mempunyai bajet lebih untuk mendapatkan rawatan di salun, boleh gunakan produk rawatan rambut herba yang ada di pasaran. Tapi pastikan dulu ianya herba dan halal, dan paling penting berkesan. Jangan main cuba-cuba sebarangan takut daripada nak jadi elok jadi lebih teruk pula.

2 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!