RESEPI : Red Velvet Cake

12:12:00 AM Sally Samsaiman 23 Comments


Assalamualaikum...lepas tulis entry yang ni, sally dah janji nak sertakan sekali resepi kan...? Actually resepi ni sally dah banyak kali buat kek ni...tapi tak pernah pun terasa nak menepek resepi ke ape...so,resepi ni sally cedok daripada blog Irma tapi sally ade tukar sikit-sikit la mengikut citarasa sally...


Bahan A - Untuk diayak bersama
250 gram tepung gandum
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp serbuk koko

Bahan B - campur dan kacau sebati
240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah
Pilihan kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Campurkan 240ml susu segar dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.

Bahan C -
113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

Bahan D -
1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda


Cara-caranya:
1. Baca bismillah dan selawat ke atas Nabi SAW. Moga Allah bagi kek yang kita buat jadi sedap.
2. Panaskan ketuhar dalam 175 darjah celcius.
3. Pukul butter dan gula kastor sampai kembang...tau kan sampai kembang macam mane..?
4. Sebelum masukkan telur satu persatu. Basuh dan lapkan telur biar kering. Masukkan telur satu persatu.Pecahkan telur sebiji. Pukul dalam masa 2 minit. Kemudian pecahkan satu biji lagi. Pukul lagi dalam masa tiga minit.
5. Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit.
6. Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan.
7. Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.
8. Tuangkan ke dalam loyang berukuran 9 inci sebanyak dua bekas. Kalau takde bekas 9 inci pun tak apa. Guna aje loyang yang ada. Kalau loyang besar, gunakan satu. Nanti anda kena memberanikan diri untuk memotong kek kepada dua atau tiga lapisan.
9. Masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius atau sampai masak la..


Topping - Cream Cheese Frosting
1/2 cawan gula ising
360 ml whipped cream
250gm cream cheese

Cara-cara membuat Topping Cream Cheese
1. Campurkan semua adunan untuk buat topping cream cheese.
2. Kemudian tambahkan esen vanilla. Putar lagi sampai mereka sebati. Pukul sehingga adunan kelihatan likat dan pekat untuk dihias.
3. Sekiranya adunan kelihatan cair. Boleh masukkan sekejap dalam peti ais untuk memudahkan kerja-kerja menghias.

23 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!