Crayon Burger.

Memang sah, sally dan makanan mempunyai ikatan yang kuat antara satu sama lain..hahaha...Pernah dengar Crayon Burger..? Selalu kita dengar pasal Burger Bakar Abg Burn, Burger Bakar Kaw-Kaw, Burger McD....Crayon Burger ni apa pulak...? sambil makan sambil melukis guna crayon ke ape..?

Hehehe...actually Crayon Burger ni adalah sejenis makanan dan restorannya yang terletak di SS15 Subang Jaya, baru dibuka pada tahun ini. Minat owner dia terhadap makanan popular dunia iaitu burger memberi inspirasi kepada si pemilik untuk mempelbagaikan citarasa. Daripada isi kandungan daging, sehingga sos strawberi dan mentega kacang.

http://static.bmalaysia.com/assets/pages/09/49/09491b62cd9f58a4e5a4d59fb36927de_330.jpg

Setiap roti yang bewarna mempunyai rasanya tersendiri. Burger ini mempunyai kombinasi salad segar, nachos rangup bersama sos keju. Khas buat penggemar mentega kacang, pernah tak anda terfikir mentega kacang enak di makan bersama burger? Kenikmatan berganda boleh di peroleh dalam burger jenis ini. Burger daging bersama bacon daging diselaputi mentega kacang dan jem resberi. Pelik kan? Yang penting dia "no cholesterol weh!!"

Sally belum pernah makan lagi burger ni...sebab kat Subang Jaya...rasanya baru sekali dua je jejak ke Subang tu..hahaha....tapi saje nak review...macam best je kan...macam sedap je...hehehe...ada ke yang dah pernah cuba Crayon Burger ni..?? Korang suka makan yang mana..? Kongsi la sikit...

Restoran ini dibuka setiap hari Selasa hingga Ahad pada pukul 11 pagi hingga 10 malam. Untuk lebih maklumat tentang Crayon Burger, sila layari laman Facebook mereka, www.facebook.com/crayonburger

Post a Comment

18 Comments

  1. ingatkan mainan tadi. nampak kreatif, mesti sedap :)

    ReplyDelete
  2. Cantiknya beger ni..mesti sedap ni...sya mau2.. :)

    ReplyDelete
  3. kat sini ada kedai burger jugak, kedai tu nama 'loveeats'.. Burger dia pelik sebab roti burger tu kaler ijau macam ada kulat je tapi ramai yang kata burger tu sedap.. tp anne tak berani nak try.. hahaha..

    ReplyDelete
  4. pelik nama tu daya penarik hehe..biasa makan buger mekdi ja :)

    ReplyDelete
  5. rare nih.. tak pernah makan pun lagi. nampak macam sedap ja. :D

    ReplyDelete
  6. pernah keluar kt JJCM rasanya..tp didiey xberminat tgk sbb nmpk pelik bila burger dgn bermacam2 warna..huhu

    ReplyDelete
  7. omey-omey je warna roti burger tu ^^

    ReplyDelete
  8. mcm sedap.. yum2x... ^_^

    ReplyDelete
  9. wahh. mcm menarik je.. hope nnti dpt g mkn situ... lapa plak tgk burger!

    ReplyDelete
  10. kpop sangat burger ni.warna warni gitteww..kak sally kena cuba ni hehehe

    ReplyDelete
  11. haa serius ke kak sally? haha kalau ada dekat melaka nie hana nak try. warna pown dah menarik. :D

    ReplyDelete
  12. ok set, lepas 100 hari pantang, sally bawak akak gi makan sini, sally belanja boleh? ahakss...nanti akak bawak anak buah sekali...

    ReplyDelete
  13. wuu,comelnye crayon burger kat atas tu,hehe :) unik :) saya pun tak pernah tau pasal crayon burger ni,hakhak :p tq share,akak! :)

    ReplyDelete
  14. comel sangat ni sally burger ni, nak makan pun rasa macam tak sampai hati hewhew
    insyaAllah ada masa boleh laa try nanti :)
    jom sally ;)

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!