Slot Mutiara Hati TV9 | Saranghae I Love You

8:00:00 PM Sally Samsaiman 13 Comments

Rutin harian sally setiap hari balik kerja je...mesti layan cerita sinetron kat TV9 lepas tu sambung pulak kat Astro Ria...nak buat macam mana...kat rumah TV ada satu je...so, kena layankan ibu....dia kan duduk rumah...so, habis semua cerita kat TV tu dia nak khatamkan...hehehe


Semalam, cerita Binar Bening Berlian dah habis and digantikan dengan drama baru...tapi yang best nya cerita ni kombinasi sinetron Indonesia dan jugak KOREA! yeay!! mmg best sebab ada la pelakon Korea even tak terlalu banyak scene pun kan...

Bawah ni sally sertakan sinopsis cerita ni ek...drama ni di lakonkan pada tahun 2012


Drama "Saranghae I Love You" menceritakan tentang kisah Young Min (Tim Hwang), anak kepada Kim San, seorang pengusaha terkenal di Korea. Kim San memiliki sahabat sekaligus rakan perniagaan Harno, yang merupakan ayah kepada Dewi dan Ayu (Revalina S. Temat).

Ibu Young Min meninggal di Bali dan Ayah Young Min menganggap beliau curang kerana ada yang menghantar gambar ibunya bersama seorang lelaki di Bali. Setelah 6 tahun berlalu, Young Min yang juga artis terkenal di Korea berkesempatan mengunjungi Indonesia untuk urusan perniagaan ayahnya. Sebenarnya, Young Min hendak menggunakan kunjungannya ke Indonesia untuk menyelidiki penyebab kematian ibunya kerana dia tidak percaya ibunya sanggup mengkhianati dan curang kepada ayahnya.

Young Min lalu pura-pura hilang dan menuju ke Bali untuk mengungkap misteri ini. Dalam persembunyiannya di Bali, Young Min bertemu dengan Ayu. Keduanya sering bertengkar namun seiring waktu, mereka saling jatuh cinta. Sementara konflik demi konflik terus terjadi sampai kunci utama dari kematian ibu Young Min terungkap.

Drama Saranghae, I Love You merupakan kerjasama budaya antara kedua negara Indonesia dan Korea Selatan. Selain Tim Hwang dan Revalina S Tmat, beberapa artis lain turut menjayakan drama ini diantaranya Geum Dan Bi, Rini Yulianti, Richard Kwon, Rudy Salam, Ronald Gustav, Mike Lucok, dan Anna Tarigan.


AUTO PUBLISH

You Might Also Like

13 comments:

  1. Patutlah... Tadi tgk tv9 cite ni.. Tpi smpat tgk sekejap je. Hihi

    ReplyDelete
  2. ish.. orang indon ni maju betul kan sampai buat kerjasama ngan korea then buat drama? cemburu pulak dah.. teringin nak tengok artis kita bergabung dengan orang korea jugak.. huhu.. mesti lagi best.. ^^

    ReplyDelete
  3. Abis da citer bening binar tu? Akhirnya.. Mieza tak berapa minat sanagt citer2 sinetron.. Macam boring jer jalan cerita lebih kurang sama.. Tp sinteron ni macam best jer.. Sebab ada pelakon korea.. Hehehe.. Esok, kena layan.. Yeeeha!
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  4. Best ke?klu best bleh tgk jgk nnti..

    ReplyDelete
  5. ala...kita tak rajin follow drama..

    ReplyDelete
  6. akak jarang tengok tv.. menarik sinopsisnya..

    ReplyDelete
  7. skun melayan drama2 melayu je hehe

    ReplyDelete
  8. Revalina S. Temat ni yg berlakon bawang putih bawang merah tu kan?

    ReplyDelete
  9. hmm akan dipertimbangkan nak tengok tak cite nie hehe

    ReplyDelete
  10. saya tengok cita ni,hehe...macam best je,tu saya tengok,hehe :)

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!