Etika berfesyen : Edisi Perempuan ke Pejabat

2:19:00 PM Sally Samsaiman 15 Comments

Kebanyakkan kita kan bekerja kan...yang suri rumah pun boleh jugak baca..hehehe...Sally bukan la Fashion Goddess...just nak kongsi je...alhamdulillah la kat office sally mostly yang perempuan muslim...so, takde la yang pakai pelik-pelik...tapi macam kawan sally cakap...dia lelaki....dia kalau kat office kena banyak beristighfar..hehehe..tau kan kenapa...?

Memakai alat solek dengan tebal
Kepada wanita yang suka bermekap elakkan dari bermekap tebal kerana jika terlalu tebal ianya bukan mencantikan tetapi kelihatan pelik dan bukannya kecantikan semulajadi. Sebaiknya guna solekan yang nipis . Selain itu, pemakaian pembayang mata seperti 'eye shadow', warna lipstick tidak perlu terlalu terang dan menonjol sehingga membuatkan anda menjadi seperti badut. Elakkan penggunaan mekap yang keterlaluan bukan seperti anda nak pergi ke pejabat tetapi kelihatan seperti anda nak pergi parti.

Elakkan dari memakai pakaian telalu seksi
Memakai pakaian seksi yang menjolok mata seperti mendedahkan lurah dada boleh merosakkan imej profesional dan tidak sesuai untuk persekitaran profesional.Nanti kalau kena sexual harassment kat office nak salahkan siapa..? huhu....

Pakai pakaian yang sesuai untuk badan anda
Pilihlah pakaian yang mengikut etika tempat kerja anda dan mengikut standard yang telah ditetapkan kerana sekiranya tidak mengikut garis panduan itu menunjukan anda seorang yang tidak berdisplin yang mana sekaligus menunjukkan imej anda yang tidak tahu bergaya.
Elakkan dari memakai aksesori yang berlebihan
Tidak salah untuk bergaya lebih ke tempat kerja tapi haruslah bersesuaian seperti tidak memakai aksesori yang aneh dan ganjil kerana ianya akan membuat anda menjadi perhatian rakan sekerja dan untuk pemakaian kasut sebaiknya tidaklah memakai selipar kerana ia tidak melambangkan professionalism anda itu sendiri.

Kita ni berpakaian, biar la kalau orang kata baju dah lama atau ketinggalan zaman...jangan kita berpakaian macam manusia di akhir zaman...

^_^

You Might Also Like

15 comments:

  1. kita pakai baju kurung no assesori..:)

    ReplyDelete
  2. Part lurah tu paling sensitive. Byk org skrg suka beli v-neck punya ternampak lurah. Ya ampun, rasa nak tarik ke ats je baru dorang. Haha. Lg2 laa para Madam kat sini. Hilang respect kat dorang. Huhu..

    ReplyDelete
  3. Betul..nk berpkaian kna bersederhana begitu juga dgn solekan..nnti lbih2..nmpk plik pulak..hehe

    ReplyDelete
  4. nak bergaya biarlah kena pada tempatnya ye tak?

    ReplyDelete
  5. kak pegi keja macam nak pegi jalan2. kdg2 pakai baju kurung. bab mekap tu memang tebal tapi xsmpai tahap badut kot, tak tau la kot ada org kata kak macam badut tapi kak xtahu hehe

    ReplyDelete
  6. adeh sape la sgup pakai nih gi ofis

    ReplyDelete
  7. terlalu banyak aksesori..susah juga kan..huhuw..

    ReplyDelete
  8. festen dalam gambar tu memang burukk -_-"

    ReplyDelete
  9. hm,yg pakai tudung sanggul tinggi2 pastu besar plak tu mcm sarang tebuan atas kepala padahal receptionist je...

    ReplyDelete
  10. kalau hana sbg qualified nurse hana kena make up. sebab nak ceriakan pesakit. kalau tak kena marah dengan puan hana masa belajar dulu lah. haha tp hana tak praktik kan pown. malas. so act make up tu perlu tapi yang lebih2 tu melampau. haha :D

    ReplyDelete
  11. setuju dengan semua tips ni sally.. pakai pakaian bersopan, jiwa pun tenang..

    ReplyDelete
  12. gambar last tu memang takleh blah..hahaha

    kita setuju dengan entri ni

    ReplyDelete
  13. ok that one nice going office wearing like this..konfem kepala sangkut kat pintu..kekekek

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!