Justin Wan arah filem "Fast 7"

10:00:00 AM Sally Samsaiman 0 Comments


Assalamualaikum!
Berita baik untuk semua peminat cerita bersiri Fast & Furious....

Pengarah filem seram, Justin Wan mengejutkan ramai pihak kerana menjadi pilihan produser bagi mengarah filem "Fast and Furious 7" yang akan datang. Dia akan menggantikan pengarah Justin Lin yang mengarah filem "Fast and Furious" sejak dari francais "Tokyo Drift".
Dalam satu temubual bersama Wan dan bertanya bagaimana jalan cerita "Fast and Furious 7" dapat menarik minatnya untuk mengarah filem ini, Wan mendedahkan bahawa dirinya telah meyakinkan produser "Fast 7" untuk mengambilnya bekerja.

Justin Wan arah filem "Fast 7"

"Saya benar-benar suka tema filem yang satu ini. Saya tidak boleh mengulas lanjut tentangnya tapi saya memang menyukai temanya yang mempunyai kaitan dengan saya. Cerita ini ini juga ada kaitan dengan nombor 7 selepas berakhirnya nombor 6, yang merupakan cerita dendam klasik," kata Wan.
"Saya merupakan peminat tegar (genre ini), Oleh sebab itulah saya ingin menjadi pengarah untuk cerita ini. Saya melihat filem ini seperti sebuah filem dendam pada tahun 70an, namun filem ini masih kekal seperti siri "Fast and Furious" sebelumnya.

Dia juga mengambil inspirasi daripada filem seperti "The French Connection" dan "Death Wish" untuk francais filem ini. Vin Diesel juga menyatakan bahawa francais baru itu akan dilakukan di Los Angeles.
James Wan kini sibuk dengan produksi "Fast 7" selain mempromosikan filem barunya iaitu "The Conjuring" yang akan ditayangkan pada 1 Ogos di Malaysia dan 15 Ogos di Singapura.

You Might Also Like

0 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!