Hattan nikah semula dengan bekas isteri.

1:30:00 PM Sally Samsaiman 3 Comments

Assalamualaikum...

alhamdulillah dan tahniah...sebab Datuk Hattan akan bernikah semula dengan bekas isteri nya yang dulu...rasanya semua dah tau kot...sally je lambat sikit...

Setelah bercerai pada 10 Mac 2005 dengan Arianie Abidin, 42, sudah lama penyanyi Datuk Hattan, 49, menjalani ibadah puasa dan menyambut Syawal tanpa kehadiran isteri. Namun, Ramadan dan Syawal kali ini pasti memberi sejuta makna kepada penyanyi "Mahligai Syahdu" ini kerana dia bakal bersama kembali dengan bekas isteri setelah lebih lapan tahun berpisah.
 
Menerusi HIP, Hattan memaklumkan perkahwinannya akan dilakukan pada 24 Julai ini bertempat di Hotel JW Marriot, Putrajaya dalam suasana ringkas dan santai. Majlis pernikahan kecil-kecilan yang hanya mengundang 200 tetamu itu dimulakan dengan upacara akad nikah, jamuan berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan Terawih.

Hasil pernikahan kali pertama mereka pada 17 Disember 1996, Hattan dan Arianie dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Eiman yang kini berusia 15 tahun.

Kata Hattan lagi, dia ingin Adam merasa kemeriahan menyambut Syawal bersama keluarga dan mahu Adam hidup bahagia. Malah, Hattan juga tidak mahu Adam berasa janggal menumpang kasih sayang ibu tiri.
Apabila ditanya mengenai perasaannya yang bakal dinikahkan semula dengan Arianie yang bekerja sebagai pramugari itu, dia tidak merasakan debaran tapi lebih bahagia kerana dia memang susah untuk melupakan Arianie setelah mereka berpisah, Ketika itu, dia memang selalu berdoa agar mereka kembali bersatu kerana tiada satu pun wanita yang dapat menandingi Arianie. Doa itu juga turut dipanjatkan sewaktu mengerjakakn umrah tahun lalu. 

 Hattan nikah semula dengan bekas isteri
"Mungkin doa saya dan Adam dimakbulkan Allah SWT. Sewaktu mengerjakan umrah tahun lalu, saya meminta jodoh saya dan Arianie disatukan kembali. Saya turut bertanya pada Adam apa yang dimintanya di hadapan Kaabah. Jawab Adam, adik minta ayah berkahwin dengan ibu semula. Mungkin ini juga berkat mengerjakan solat sunat taubat tanpa jemu. Kalau sebelum ini, setahun sekali pun susah untuk dilaksanakan, tetapi sejak berubah, boleh dikatakan saya rajin melakukannya sehingga saya dapat merasakan perbezaan," ujarnya.Ditanya pula mengenai perancangan Hari Raya, Hattan mengatakan dia akan beraya di kampung halamannya di Seri Menanti, Negeri Sembilan bersama Arianie.

You Might Also Like

3 comments:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!