Allah akan balas amalan anda 70x ganda pada bulan Ramadan!

11:10:00 AM Sally Samsaiman 2 Comments


Assalamualaikum...

Mesti tau kan? Bulan Ramadhan ni bulan yg paling berkat...bulan yg kita sepatutnya lebihkan bersedekah...lebihkan beribadah...bak kata Ustaz Azhar Idrus... 
"orang bulan Ramadhan sibuk TADARUS, dia pulak sibuk TIDUR TERUS"

so, hari ni sally nak ajak semua bersedekah...


pernah dengar? mungkin ada mungkin yang cume klik utk dapat CP...tapi sally rasa terpanggil untuk sama-sama menyebarkan berita ni...mungkin ada yang kisah nak share...mungkin jugak ada yang buat tak tahu...it's on our intention..kan?

Jutaan kanak-kanak dari seluruh dunia mengharapkan bantuan anda untuk masa depan yang lebih baik. “Al-Yateem Sponsorship” adalah satu program yang membolehkan anda untuk membantu anak yatim bagi mendapat masa depan yang lebih sempurna.

Al-Yateem adalah salah satu daripada strategi asas untuk melawan kemiskinan. Menyedari hakikat ini, sejak tahun 1986 Islamic Relief telah melaksanakan program menaja anak-anak yatim. Sehingga kini lebih daripada 32,000 anak-anak yatim ditaja. Kos bulanan untuk menaja anak yatim berbeza mengikut negara. Jumlah kos bergantung kepada taraf hidup negara di mana anak yatim itu tinggal.

Featured-Page-khairatYateem

"Hanya dengan RM160-RM230 sebulan, anda akan menyediakan kanak-kanak dengan makanan, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan sokongan emosi yang mereka perlukan. Anda akan menerima maklumat tentang kanak-kanak anda menaja serta gambar dan laporan tahunan anak yatim yang ditaja. Anda juga boleh mempunyai hubungan rapat dengan kanak-kanak yang ditaja dengan bertukar surat-menyurat kepada anak yatim yang anda taja dengan selamat melalui Islamic Relief.."

so, siapa yang berkemampuan atau syarikat anda nak cari tempat untuk menderma...boleh klik kat link atas tu...insyaAllah...sama-sama kita membantu..
^_^

You Might Also Like

2 comments:

  1. nice sharing akak sally. Moga moga mendapat kebaikan kelak. In sha ALLAH.

    ReplyDelete
  2. satu usaha yg sangat murni.. semoga ramai yg menyertai program ini

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!