6 Jenis Buah-Buahan Kegemaran Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum...
1.Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup. Orang arab selalu mencampurkan barli ke dalam talbiinah. Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut.

2. Kurma – Antara pembekal anti oksidan yang terbaik. Disebut dalam sebuah hadis kurma terbaik adalah kurma nabi....jangan lupa time berbuka dengan sahur Ramadhan nanti amalkan..okay??(Tamar Ajwah adalah antara buahan syurga(Hadis riwayat Ahmad)

3. Buah Tin – Bukan buah dalam tin yer...sila baca betul-betul..hehehe..Boleh mengubati buasir. Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda,“Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata’, “inilah buahnya” (tin), sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya”. (HR Abu Darda; Suyuti).

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut. Anggur merangsang berfungsinya ginjal dan membantu mengeluarkan hampas-hampas tubuh seperti urea. Dengan mengeluarkan air yang berlebihan dari tubuh, anggur menurunkan tekanan darah.

5. Zaitun – Kandungan asam linoleik yang terdapat dalam buah Zaitun sangat bermanfaat bagi ibu-ibu yang menyusui anak. Kekurangan asam linoleik boleh mengurangkan pertumbuhan bayi malahan boleh menimbulkan beberapa penyakit kulit. Minyak zaitun juga sangat bagus dan berkhasiat untuk di gunakan dalam masakan. Yang yang paling utama untuk wanita ia adalah sangat elok untuk kulit.

6. Delima – Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi. Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak daripada rosak selepas tercedera. Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab.

Post a Comment

6 Comments

  1. suka barli,kurma dengan delima tu.zaitun jarang guna.buah tin tu baru taw.hehee^^

    ReplyDelete
  2. eka ritu demam, minum barli, lega rasanya. Dan eka suka kurma. hehehe

    ReplyDelete
  3. Nice sharing Sally. Saya suka kurma dan anggur. Kena makan banyak ni.hehe

    ReplyDelete
  4. tq berkongsi. nana suka anggur n barli tp barli dah lama tak minum..susah nak dapat huhu

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!