Jehan Miskin tamatkan zaman bujang.

Assalamualaikum....hehehe...pagi Jumaat ni kita gossip sikit...sikit jer...tau....


Desas-desus bahawa pelakon Jehan Miskin bakal mendirikan rumahtangga di sebuah hotel bertaraf lima bintang pada Sabtu ini dengan seorang gadis Korea ternyata sahih.

Apatah lagi, aktor kelahiran Pulau Pinang yang berusia 34 tahun ini amat berhati-hati bila berbicara tentang kehidupan peribadinya. Selama beliau berkecimpung dalam dunia seni lebih 10 tahun lalu, jarang-jarang Jehan dilanda kontroversi yang membabitkan dirinya dengan mana-mana wanita. Dalam diam, hati Jehan rupa-rupanya telah dimiliki wanita idamannya.

Menurut sumber terdekat, Jehan telah lama menjalin cinta dengan buah hatinya yang telah lama menetap di Kuala Lumpur. Apabila dihubungi Yahoo! Malaysia untuk beliau mengesahkan tentang berita baik ini, Jehan ketawa dan berkata, “jujur saya tidak mahu berbicara tentang perkahwinan ini kerana saya percaya pengumuman seumpama ini lebih manis jika dibuat pada hari pernikahan itu sendiri.”

Tambahnya lagi, keluarga kedua-dua belah pihak bersetuju untuk mengadakan majlis  secara kecil-kecilan dan bakal dihadiri hanya lebih kurang 100 jemputan termasuk keluarga dan kenalan rapat.

Bekas ahli gimnas negara, Faiznur Miskin, yang merupakan kakak kepada pelakon itu, dikhabarkan telah tiba dari Amerika Syarikat untuk memeriahkan majlis perkahwinan adiknya. “It’s going to be a very private affair (ianya merupakan majlis kecil sahaja). Biarlah pengumuman itu saya dan isteri buat bersama-sama selepas majlis itu nanti,” kata Jehan.

Post a Comment

3 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!