RESEPI : Red Velvet Cake :)

12:12:00 AM Sally Samsaiman 23 Comments

Assalamualaikum...lepas tulis entry yang ni, sally dah janji nak sertakan sekali resepi kan...? actually resepi ni sally dah banyak kali buat kek ni...tapi tak pernah pun terasa nak menepek resepi ke ape...so,resepi ni sally cedok daripada blog Irma.
Tapi sally ade tukar sikit-sikit la mengikut citarasa sally...

Red Velvet Cake.

 
Bahan A - Untuk diayak bersama.

250 gram tepung gandum
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp serbuk koko

Bahan B - campur dan kacau sebati.

240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah

Pilihan kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Campurkan 240ml susu segar dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.

Bahan C -

113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

Bahan D -

1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda

Topping - Cream Cheese Frosting.

1/2 cawan gula ising
360 ml whipped cream
250gm cream cheese

Cara-caranya:

  1. Baca bismillah dan selawat ke atas Nabi SAW. Moga Allah bagi kek yang kita buat jadi sedap.
  2. Panaskan ketuhar dalam 175 darjah celcius. 
  3. Pukul butter dan gula kastor sampai kembang...tau kan sampai kembang macam mane..? 
  4. Sebelum masukkan telur satu persatu. Basuh dan lapkan telur biar kering. Masukkan telur satu persatu.Pecahkan telur sebiji. Pukul dalam masa 2 minit. Kemudian pecahkan satu biji lagi. Pukul lagi dalam masa tiga minit.
  5. Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit. 
  6. Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan.
  7. Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati. 
  8. Tuangkan ke dalam loyang berukuran 9 inci sebanyak dua bekas. Kalau takde bekas 9 inci pun tak apa. Guna aje loyang yang ada. Kalau loyang besar, gunakan satu. Nanti anda kena memberanikan diri untuk memotong kek kepada dua atau tiga lapisan. 
  9. Masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius atau sampai masak la.. 

Cara-cara membuat Topping Cream Cheese.

Campurkan semua adunan untuk buat topping cream cheese. Kemudian tambahkan esen vanilla. Putar lagi sampai mereka sebati.  Pukul sehingga adunan kelihatan likat dan pekat untuk dihias. Sekiranya adunan kelihatan cair. Boleh masukkan sekejap dalam peti ais untuk memudahkan kerja-kerja menghias.


Abaikan rupa kek yg comot, tuan dia dah penat tahap gaban dah...

You Might Also Like

23 comments:

  1. wahhh , boleh try laa lepas ni :)

    ReplyDelete
  2. wah thank ada resepi..boleh buat nie..yummy2 cam sedap jer..hmm..(^_^)

    ReplyDelete
  3. Wahh. Menarik. Boleh cuba nihhh

    ReplyDelete
  4. wah..cantik la sally..
    pandainye buat..tringin nk gigit sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..ilustrasi je kak yumida...hahaha

      Delete
  5. ouhhh cemni laa rupa kek velvet ehh , selalu dengar jea orang cakap . Nyummmm :)

    ReplyDelete
  6. femeskan red velvet ni sally....bolehlah try nanti ...tp anak anak okhe kurang suka kek sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...sangat kak! jangan lupa cuba tau!

      Delete
  7. senang jer..hahah..tapi nak buat susah..comel lah kek sally

    ReplyDelete
  8. tak reti nak buat kek2x nie..
    kalo makan boleh la...hahaha

    ReplyDelete
  9. secara jujurnya...aku suka tengok resipi ni kak...tapi aku tak reti nak buatnya kak...hoho...tak pandai masak...sadis aku nih! huhu

    p/s: kalau ada lebih boleh le sharing2...hehe

    ReplyDelete
  10. looks yumyyyy .. nanti2 bley yana selalu singgah sini untuk refer recipe hehehe ^_^

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!