RESEPI : Sotong Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang.


Masak apa tu hari ni...?

Sally mmg suka makan sotong berbanding ketam dan udang, sebabnya Sally jenis pemalas nak kopek kulit @ cengkerang udang dan ketam tuuu...jadinya harini Sally nak kongsikan dengan korang satu resepi yang mudah kalau korang malas nak masak sambal.


Bahan-bahannya:
1. 5-6 ekor sotong (potong kecik-kecik)
2. Kacang panjang (ikut la banyak mana nak,potong agak-agak panjang ibu jari )
3. 1 labu bawang besar ( di potong )
4. 2 ulas bawang putih ( di pecah atau di tumbuk )
5. 6 biji cili padi ( tumbuk sampai lumat )
6. 1 sudu makan sos tiram
7. sedikit garam
8. sedikit serbuk kunyit.

Cara-cara nak masak:
1. Gaulkan sotong serbuk kunyit ,sos tiram,garam dan perap antara setengah jam.
2. Panaskan minyak dan goreng sotong sehingga garing.
3. Ketepikan sotong tadi.
4. Masukkan bawang besar,bawang putih dan cili, goreng sehingga naik bau kemudian masuk kacang panjang.
5. Goreng sehingga kacang layu, campurkan sotong yang dah goreng tadi dan angkat boleh dihidangkan.. jangan goreng lama-lama, nnt sotong jadi kenyal dan keras pulak..

Senang je kan nak masaknya...jangan lupa cuba dan rasai sendiri sedapnya air tangan kita...Selamat memasak!

Post a Comment

3 Comments

  1. macamana nak ingat resipi kalau duk dapur? ad tips ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhahhaha...@trah zain, kalau susah2...siapkan barg2 dulu...baru start masak...hahahha...xpon print resepi...tepek dekat tmpat masak tuh..hihihi

      Delete
  2. nieza tak suke letak tiram..nieza letak serai pastu letak rempah gulai cap rose sikit... sedap :)

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!