RESEPI : Kuih Butir Nangka


Korang ! Hari ni sally puasa...emmm...puasa sunat jer...saje...sbb malas nak makan pg td...tgk2 dah tengah hari...alang-alang, y not kita pose je kan...emmm...untuk bukak pose ni...sally teringin nak mkn kuih...nak beli susah, nak kene keluar...jauh pulak...lgpon ni bukan bulan Ramadhan...mana nak cari kan.. ?? so, I decided to make kuih butir nangka...penah dengar tak ? kalo penah bagus la...kalau tak, meh tengok meh...


Haa...? dah kenal dah...resepi ni mmg senang gila...sbb benda yg paling basic je yg digunakan...hihihi...jom la tgk bahan-bahan dia...ok..?

Butir nangka :
2 cawan tepung pulut
garam
air
pewarna hijau @ air daun pandan
sedikit kapur (jgn amik kapur tulis pulak ke...marah cikgu nnt)

Kuah dia pulak :
santan dari suku kelapa
garam
gula
suku sudu halba
daun pandan

ok...dah siap barang-barang dia..? meh kite try masak meh...hikhikhikk...

1. masukkan sedikit air ke dalam bekas, masukkan sedikit kapur makan bersama secubit garam serta pewarna. kacau sampai kapur sebati dgn pewarna.

2. masukkan tepung pulut tadi sedikit demi sedikit sambil di gaul.

3. buat sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. tambah air ikut keperluan.

4. panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentelkan... bila masak ia akan timbul...

5. apabila dah timbul tu, terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.

6. untuk kuahnya pula, masukkan semua bahan kedalam periuk, masaklah hingga mendidih.

7. bila dah siap bolehla dicampurkan butir nangka bersama kuahnya. sedia untuk dihidang.....lebihkan santan kalau nak kuah banyak. begitu juga dengan halba. boleh ditambah sukatannya kalau suka.

Tadaaa ! kan dah siap...senang je kan...sally rasa korang kena cuba...ni kuih dtg dari kelantan...sepatutnya dia manis sikit...tp utk kesihatan...sila kurangkan kuantiti gula...oke? selamat mencuba ! =)

Post a Comment

1 Comments

  1. Suka makan tapi tak penah try buat lagi nih!

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!