10 Sebab Tidak Digalakkan Memilih Suami Orang :)

9:44:00 PM Sally Samsaiman 0 Comments

hai..hai...assalamualaikum...malam ni nak kongsi satu artikel yg sangat menarik perhatian cik sally...korang cik sally xtau la pulak kan...


Pada usia yang masih muda, kita sebagai manusia biasa sering tersilap langkah dalam membuat pilihan. Fikiran yang belum cukup matang menjadikan kita sering terpengaruh dengan ajakan rakan, teman lelaki mahupun suami orang. Mudah sahaja kita terpengaruh atapah lagi jika dijanjikan dengan wang ringgit, kenderaan serta kemudahan yang lain seperti gadjet-gadjet terkini.
Untuk jangka masa pendek, mungkin kita akan berasa bahagia, disayangi, dimanjai serta diberi perhatian yang secukupnya. Namun ingatlah, itu semua hanya sementara serta tidak menjanjikan apa-apa yang nyata. Hal ini kerana, sampai satu masa kamu akan terkapai-kapai seorang diri apabila ditinggalkan kerana seorang suami pasti akan mengutamakan keluarganya.

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU

Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri.
Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja! Di dia pasti lebih memilih keluarganya daripada kamu.

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA

Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu.
Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak. Jika si dia boleh menipu isterinya, kenapa tidak kamu bukan?

3. HUBUNGAN SECARA SULIT

Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah.
Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG

Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah.
Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?

Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya.
Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU

Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Si dia juga mungkin akan merasakan kamu hanya perempuan murahan.
Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja.Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN

Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri.
Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI

Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu.
Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!). Daripada kamu terus melayan si dia, ada baiknya kamu memilih lelaki yang lebih baik daripada itu. Tepuk dada tanya selera ya.

9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”

Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu.
Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita.Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita!

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA

Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi.
Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua, khususnya kepada wanita.

p/s : peringatan la kat semua gadis kat luar sana...dan jugak cik sally sendiri...







You Might Also Like

0 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!